Nuffnang

Tuesday, December 16, 2008

12,13,14 December 2008… minggu yg penat tahap mentibang laut…!!!!


ehem...

solat sunat selepas nikah, eksklusif nih, aku sorang je amek pic nih~

nikah
akibat banyak sangat belek majalah pengantin, hehehe... 2-2 terror posing nih...
pengapit of the day :P
our LOVE.. is eternal...
Hmmm… mmg penat. Tak boleh nak cakap. Tapi minat n sedara nyer pasal…ku teruskan jua~
Pertama:
cousin lelaki aku kawen SERENTAK dengan best friend aku kawen! Camne nak buat eh…
Kedua:
Pening pikir nak choose to attend more frequent/tunjuk muka lebih kat kenduri mana 1… my male cousin OR my best friend’s..

So…Begini.

11 dec, Khamis pagi:
aku dah bersidai kat umah sepupu aku. Nasib lelaki. Pakai catering plak. So takde laa banyak keje yg kena rewang.

11 dec, Khamis petang:
jengah2 rumah best friend aku. Dia pon buat catering. So, rumah cam lengang lagik… sedara2 singapore, pahang, KL pon belum tiba. Relax lagik..

12dec, Jumaat pagi:
siap2. sepupu aku nikah pas zuhur. So, dlm 12pm dah gerak dari rumah. Nasib baik masa kelam kabut nih, baju kurung segala helai aku dah siap iron 2 minggu before. So, takde laa tergesa2 benar… sempat masak asam pedas, and goreng ikan.

12dec, Jumaat petang:
Alhamdulillah…selamat nikah dah sepupu aku nih. Jodoh sampai pada usia 31 tahun. Ok la tuh. Isterinya, 24, anak yatim piatu. So, kenduri memang agak meriah kat side lelaki. Aku jadik photog tak rasmi untuk sepupu aku… (sempat baked 2 bijik chocolate cakes b4 bertolak pi sana!!)

12dec, Jumaat dah nak dekat maghrib:
selesai 1 task, sampai rumah pukul 6pm. So, rehat, bernafas, mandi, asar.

12dec, Jumaat malam:
juju nikah pas isyak. So, aku datang lepas maghrib. Bersama detik itu, aku dengan rasminya menjadi 2nd photographer untuk beliau. Snapping time.

12dec, Jumaat tgh malam:
sebab juju pakai terus baju salin2 selepas nikah, tugas aku tamat pada 11.45pm. mak andam & main photog dia 11pm dah pulang, ak masih lagik bz snap2…

13dec, Sabtu pagi:
- Dalam bz2 aku deco my cakes, aku ligat berfikir, nak pi majlis my cousin or my best friend? Sambil tangan tekun buat itu ini…(dah laa 1st time buat & deco cakes!!!)

Last2.. AKU PILIH UNTUK HADIR MAJLIS JUJU INSTEAD OF MY COUSIN. Sebab selepas dia, aku kira akan ade gap yg jauh untuk next best friend aku berkahwin. (yes I know, jodoh tangan Allah~), tapi juju bukan takat my best friend, dia juga ialah antara my earlier client bila aku join UT.
- Kami juga berkongsi god mother yang sama (which now happen to be her Mother In Law J), pergi holiday sama2 (Cameron, Pangkor..), sumber rahsia aku, kaunter pertanyaan and tempat segala luahan perasaan aku.
- Untuk itu, inilah antara tugas aku;
- Aku jadi pengapit juju.
- Aku jadi 2nd mak andam juju (main mak andam, Aisyah, same age with me, memang rocks seh!)
- Aku jadi 2nd photog juju.
- Aku jadi penggaya untuk pengantin. Sebab main photog, abg chik (razali), part timer photog. - Tolong cedok lauk untuk pengantin. Zaidy, pengapit Aizal la pemula tukang cedok2 nih.. sabooo jer la aku…
- Banyak tak tugas aku pada hari sabtu tuh??

13dec, Sabtu petang:
Aku balik rumah, asar, terus on laptop tgk hasil pic taken by me on majlis juju. Terus susun and edit skett2.. mana yg termampu.

13dec, Sabtu malam:
Malam tuh- tak boleh tido.. terus buat editing lagi.. layan TV kejap then sambung edtting. 1.30am baru tido… hari yg panjang….ZZzzzzZZzzz…(tak sempat mimpi apa pon!)

14dec, Ahad pagi:
Perut aku tetibe meragam! Adush~ ibu demam. Sambil cari pil tahan sakit perut, aku sempat lagi layan apa yg patut kat dalam rumah. Juju sms, nak aku jadik pengapit dia. Alahaiii….

14dec, ahad tgh hari:
Aku putuskan akan jadi pengapit juju… doa2 perut tak meragam. Aku bertolak seorang diri. Pengantin n the geng dah jalan awal 10minit dari aku. Nak buat camner kan.. lambat siap. Sebab tak jangka aku akan jadik org sebelah.

14dec, petang:
- Sampai rumah nenek aizal (tempat majlis berlangsung) tepat pada waktunyer (lambat 2minit sebenarnyer..). rombongan juju masih lagi kat luar saat aku sampai. Ok la tuh kan.. sampai je aku terus masuk rumah nenek, ish, macam bukan sebelah jerk aku nih kan.. ade few sedara aizal cam pelik tgk aku, hahahaha~
- Masuk jer rumah, aizal terkejut tengok aku dah sampai. Hehehe.. terus aku tanyer bilik pengantin. Terus jumpa juju. Terkejut juju! Terus aku diperkenalkan as “inilah pengapit ju…”
- Berarak, makan, bergambar. Then ketentuan Allah, hujan selebatnyer tepat kul 3pm. Takper.. hujan itu RahmatNya… majlis pon dah berakhir kul 2pm tadik.. yg tinggal sedara2 jer.. family juju pon dah berangkat. Aku jer tinggal temankan ju.
- 4.30pm, aku terpaksa mintak diri. Angah n suami dia dah nak balik JB dah. Aku kena ade kat rumah secepatnyer... so, aku tinggalkan juju dengan family barunyer..

15dec, isnin pagi:
Dari pagi, sampaiiii ke tgh hari, aku leka editing n videoing *boleh~? Rest kejap, masak kat dapur, ibu tak sihat sngat lagik, selsema tak hilang lagi. So, sempat la buat daging masak kicap, and sayur goreng. Asam pedas semalam, panaskan+campur 2potong tenggiri baru. Siap!

15dec, isnin petang:
- Aku sms juju, dia ada kat mana sekarang nih. Dia jawab: rumah. Aku pening. Sekarang, ini wanita sudah ade dua rumah. Rumah yg mana satu? Rumah *bukit ke rumah *sungai? * Bukit Lintang *Sungai Udang. Dia tergelak2.. jawab kat rumah bukit (rumah dia sendiri), kalau rumah bukit, 5minit perjalanan dari rumah aku nih ha.. tak payah kena traffic lite pon.. jumpa 1 simpang, masuk kanan, dah sampai.. kalau rumah sungai.. mak aii.. 10trafic lite, countless simpang, mau makan 50minit perjalanan ooo… baru sampai.
- Sampai rumah bukit, 1 family tgh relax2, makan kopok, minum teh o.. cecah biskut cap ping pong *best, dah lama tak pekena biskut nih~ just aku rase sedikittt pelik bila aizal ada sekali.. biase dia takde, hehehehe!
- Tunjukkan hasil segala pic taken n edited by me. Mereka suka. Aku lagi suka~ hehehe..
- Nak save tapi pen drive takde, so they promise to send CD to me. Ok.. tugasku selesai.

Tamat! Alhamdullilahhh…..

jarak.kosta.merah: Juliza, kini kau dah jadik Puan Juliza… ingat tuh! Panggil MAMA, NO Makcik2 ok… haha!
Cheers~




2 comments:

Anonymous said...

Hai kakak...akhirnyer aku jumper blog ko kakak............
dah 2 bulan kawen...tapi rase macam baru semalam dah kawennyer.....
thanks sgt2 kat kakak........
i love u muchest...........
mmmmuaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh

||alis|| said...

juju: ini lagi satu komen tersembunyi! hehehe...