Nuffnang

Friday, December 12, 2008

Aku tak tahu sama ada kebetulan yg amat atau petanda apa…


Khamis pagi, aku pergi merewang apa yg patut di rumah arwah makwe(nek blah ayah) ku, sepupu lelaki ku mahu nikah minggu nih. Lepas rewang, aku lepak2 n borak2 kosong dengan mak usu dan suaminya, mereka serentak bertanya:
“kak long dah ada pacar atau belum?” aku geleng secara auto.

Mereka bertanya lagi, serentak lagi:
“berapa umur kak long?”
“lagi 5 bulan 27 tahun…” kali ini aku tunduk.
Pak usu: “eh… patutnya umur baya kamu dah matang.. boleh kahwin dah.. dah anak dua dah pon…”

Mungkin mereka tidak berniat menuturkan sebaliknya. Iya, sebaliknya itu maksudnya mengecilkan hati ku. Mungkin mereka terkejut sebenarnya. 27 tahun dan masih bujang. Anak mereka, fara, baru 26 sudah punya anak usia 1tahun 3 bulan.

Aku diam. Mereka memang tak mengerti. Tak mengapalah. Aku tidak ambil pot sangat.

Petangnya.
Aku ke rumah juju. Sehari sebelum dia nikah.. dia juga, soal aku 1 soalan yg paling payah aku nak jawab untuk abad ini:
“kak lynn dah ade boifren?” waktu membelek2 hantarannya kali ketiga.

Gulp! Aku terus pandang dia. Dia pandang aku kembali. Aku tunduk, hela nafas, sebelum dengan yakin, aku jawab: “tiada”. Terus selepas itu, dia tidak lagi bersoal2 denganku.

Hai…. Jodoh itu kan bukan perkara urusan aku. Mana bisa aku cernakan, siapa, dimana dan bagaimana rupa adam yg menjadi peminjam rusuk kirinya kepadaku itu.. aku tak kisah. Kahwin lambat atau cepat.

Tapi… iya… insan2 sekeliling bikin aku ribut dalam hati. Bibir tersenyum, tapi dalam hati.. Allah saja Maha Tahu. (sebetulnya mungkin aku memilih sedikit, iyalah, kau mahu hidup dengannya lebih lama daripada kau hidup bersama orang tuamu, kalau panjang umur dan jodohnya, iya bukan?)

Sabar ya wahai hati… tetapkan iman. Yakin bahawa jodohmu itu juga sedang mencari2 kamu, sebagaimana kamu mendoakan ia.. amin!

jarak.kosta.merah : jangan kecil hati terhadap mereka2 yg mendoakan kamu
cepat2 berjumpa sama peminjam tulang rusuk kamu.





No comments: