Nuffnang

Saturday, January 10, 2009

Dibawah ini: rumah-rumah kesayanganku



Dedikasi khas buat tuan rumah yang peramah dan happening!

Aku bermula dgn rumah
beliau, ajari aku
Tentang dan bagaimana mengurusi Tendang Terajang (2T)
Makhluk bernama manusia-manusia negative.

Kemudian,
Aku sapa
si manis ini,
Dia duduk berjiran dengan rumah pertama tadi..
Dia, betapa terkejutnya aku, membalas,
Mesra sekali.
Peramah… Baik… susun ayatnya bagus;
Biarpun ujarnya padaku..
“ada banyak kurangnya saya..”
Tidak apa.. kan manusia itu boleh berubah?
Hmm.. sudah mula menghitung detik..
Menjadi suri dalam rumah
si jurufoto wajah anak-anak ini

Waktu terbang dengan sayap pena;
Dari atas, sayup terlihat rumah minang ini;
Minang-minang jugak, tapi dia
mama rock;
patutlah.. dia wanita riuh, semua tamu suka;
Ada sahaja topic nak bentang;
Kak, kalau ko bertanding P46 sekarang;
Aku afundi ko kak, berapa banyak undi ko nak?
*hehehe….

Ops… berhenti!
Kalian, ke sini sebentar;
Mundurkan 3 langkahmu..
Kemari, iya, kamu, ha, dan kamu juga..
Lihat rumah cik
peguam kita ini, comel bukan?
Itu belum masuk ke dalam rumahnya yg aman…
Iramanya, aduh, bukan main sekali..
Dia ini juga bakal bergelar Mrs Lampard...
Yuhuuu… Bulan May tidak lagi sayup kelihatan ya~

Sempat menjenguk ke rumah
temannya juga peguam;
Alang-alang dah sampai taman per‘peguam’an ni kan…
Dengar ceritanya; bakal suri orang kapal…
Selalu sunyi diri denganku..
Tidak mengapa, dia sibuk barangkali.

Dan menyusur, terus menyusur;
Jumpa pula appartment
wanita tercantik dunia
Aduh, tingginya tingkat 11…
Aku baru tingkat 4; kalau naik lif, iya, sampai..
Tapi tidak mungkin tahu apa yang berlaku antara tingakt lain,
Psst.. jaga-jaga, dalam rumahnya, ada NAGA!

Jalan…ku berjalan; sambil mata menacap;
Ha! Jumpa satu-satunya rumah
bonda matsalleh ini;
Aku layankan saja… pegangan agamanya kejap juga~
Punya dua hero yg handsome;
Sorang 4tahun, sorang baru 1bulan usianya.
Davis si 4 tahun itu, bagai cermin Muhd Akmal Doughtson.
Hmm… si kacak itu pasti sudah menginjak 11tahun..

Susur lagi…
Mana lagi tempat yang tidak sunyi;
Akhirnya, petang tadi..
Jumpa banglo wanita tak bergambar ini..
Huii.. rumahnya, tamu boleh tahan..
Manakan tidak,
Hidangnya macam-macam..
Yang pedas; yang ranum; yg kelat…
Riuh, Oh ya, rumah dia depan
tasek..

Ada juga ku beri salam; atau sekadar menjengah..
Pada rumah bentuk cendawan
ini;
Dan rumah yang pemiliknya sangat
elegen ini;
dan rumah yang bercat ceria
ini
dan pemilik rumah ini bakal bernikah juga....

ini antara rumah-rumah yang aku lawati;
terdengar ada yg soal; rumah kami; bila lagi?
Nantilah; biarkan aku DINGIN sebentar ya.
Kelak bila ku beri salam,
kalian jawablah “alaikumsalam ya alis..”

jarak.kosta.merah: suka rumah kampong.




2 comments:

madam kheyr hameed said...

salam kenal alis.
ihiks..
yeah..gemar sekali yg lullaby
biar semua org lena lantas rapikan ku tidak dibaca...ahaks..:P

wah..bermonolog bagai :D

||alis|| said...

cik khay: ya allah, baru nari ku baca komen mu ini... hehehe~