Nuffnang

Tuesday, September 29, 2009

Bagaimana mahu beritahu pada dia ya?

Aku punya seorang kawan. Ok, dia lelaki, kawan sekolah lama dulu. Tiga bulan lalu kami jumpa semula. Bukan... dia bukan fahri saya. Buat masa ini laa... Kalau lain hari saya tak tahu. Tiada usaha ke arah situ pon. Pasal 2-2 gile, kekeke!

Ok ok, lupakan tentang ‘kami’. Mari kita bincang pasal dia. Err... personal jugak laa, tapi demi kebaikan, saya nak share dengan kamu semua kat sini : Tabiat makanan dia ni buat aku boleh dapat mimpi ngeri tiap malam kak jenab weh....!

Masa aku jumpa dia pun, aku dapat lihat bagaimana mamat nih makan. Telan air liur gua beb!

Ok, dia nih jenis keje 9am-6.30pm. atau pon 1.3pm-10.30pm. dia jenis suka makan luar. Tempat keje plak mmg laa teramat dekat dengan tempat makan, samaada a la carte atau pon fastfood.

Nak tgk jadual harian makan dia? Nih yang lebih kurang aku tahu la based on cerita2 dia oke..

Masuk keje 10.30am: kul 11 atau 12 kang dia akan makan. Cake resepi rahsia ka, ataupon paling2 kay aff see, atau tapau a la carte kat foodcourt.

3petang: carik lunch. Nasi menjadi pilihan. Wajib. Tak kisah nasi ayam ka nasi tomato ka, atau nasi ayam merah ka. As long as ianya NASI.

5pm: makan lagi. Ringan2 pon simple set kay aff see.

6.30ptg: balik umah, mak dia akan soh makan lagik. Nasiiii.... bersama lauk.

11.30malam: kawan2 ajak pi minum luar. Takde maknanya minum jer, mahu makan2 gak tuh....

1am: lepas borak2 minum2 teh tarik ka kopi tarik ka.... ada masa dan tenaga lagi mahu lepak kat McKedi 24-7 tuh! Makan lagi....

Macam tuh laa keadaannya. Aku syak mamat ni berat dia dah over 100kg. Dia sendiri pernah citer dengan aku, sekali makan pizza, mahu amek 7 slices, makan burger kosong (roti, daging, tomato, mayonis) sekali hadap ialah minimumnya 5 ketol! (sempat aku tanya: tak muak ke mayonis makan banyak2.. jawab beliau: ehhh... mayonis tuh cam pelancar saya dalam pewot! Erk!!!)

Aku sempat tanya lagi: hang makan sume2 pizza ngan burgers tuh baca bismillah tak? Katanya: EH BACAAAA..........

(so korang boleh bayangkan tak kalau dia makan tak baca bismillah? Mahu doble set dia makan tuh, pizza mahu sekali hadap 14slices, burger kosong tuh mahu 10 ketul! Yer la makan sama setan kan....)

Menurut seorang teman rapatnya yang tak kurang jugak besar (malah lebih besar dari kawan aku nih tapi makan tak bape nak banyak, ni pon based on my naked eyes laa kan...), kawan aku nih punya tabiat makan gini sejak setahun lalu, means sepanjang 7-8 tahun mereka berkawan, baru tahun lepas dia buat tebiat makan secara melampau gini.

Aku, sejak tahu dia makan secara uncontrollable nih, ringan jer mulut aku nak tegur, cara depan atau cara sms, takut dia terkecik hati. Yer la org badan beso nih salunya hati kecik!

Sampailah malam tadi, dia cakap pewot dia sakit. Aku bagitau rechck balik apa yg dia makan. So dia bagitau laa apa yg dia makan sehari tuh (dah aku nih macam ped dia plak kan???? Takpe, kawan punya pasal kan...), dia gitau makan nasi 2 kali, makan kek resepi rahsia sekali. Aku jawab mungkin ada masalah dengan menu nasi dia.

Sekali dia jawab: aku rasa mungkin aku makan banyak sangat nari kot......

Korang tahu la kan lepas tuh aku jawab apa?????

”HMM.. AKU NAK CAKAP NIH KO JANGAN MARAH ATAU TERASA OK.. I THINK YOU SHUD REVIEW BACK UR DIET. AS A FREN, I’M REALLY CONCERN ON UR EATING HABIT… FIKIRKAN 5 TAHUN AKAN DATANG IF KO TETAP DENGAN DIET KO SEKARANG NIH… ”


Haram tak balas sms aku weihhhhhh…… aku syak dua jer laa… either dia marah aku tegur dia… or dia muhasabah diri sambil solat tahajud malam tuh gak! Hahaha!

Aku jenis sayang kawan2. kalau aku tegur tuh maknanya sama ada aku sayang atau aku benar2 prihatin. So apa yg aku bagi, its either you take it, oe leave it.. right?

8 comments:

Tijah said...

hikhik. ok ok. aku check blk diet aku pasnih.

err...terasakah kau wahai tijah?

julietchun said...

Dah kena macam2 penyakit sok baru nyesal tak sudah.Aku syak kulit perut dia stretchable tu yg buleh masuk banyak2 dlm sekali harung je,hehe.

Ms.Lilies said...

perghhh...dia makan byk gitu buang byk x??

kalo simpan je masalah gak tu hihihi

Frodo Baggins said...

huahuahuahauhau ...

gua raser after dia rcved ur msg, dia "bertafakur dikesyahduan" ...


xoxoxooxoxo

zahidah dihaz said...

kalu pizza aku mampu makan 4slide skali hadap...kalu nasik, mintak maaf la...lalalalalala

||alis|| said...

nazrin: will do, thanks.

kakjah: apekah?? takkan laa ko makan semangat gitu kan... saling mengingat. gemini mmg suka try cam2 makanan, yer tak? tiada syak dan keraguan lagi ttg itu, huahuahua!

kakjuliet: tuh la kak.. biar pedas hari nih, jgn pedas kemudian hari... kan?kan? aku syak kantung kanggaro..

frodo: kekekeke.. kesyahduan yg tak tahan tuh, muehehehe...

miss_zahidah: terror laa ko, aku makan sorang pon had 3slices jer, huhuhuhu...

cik selamah kundang said...

alis.ko tegur tu dah betul.tp kalo dia mendiamkan diri tu mknanya dia mrh lr tuh.lynkan jer

||alis|| said...

cik selamah: lani dah ok. dia siyes nak jaga diet dia :)