Nuffnang

Thursday, January 14, 2010

TOLONG EH, SEBAB AKU SENDIRI DAH BUNTU!

salam..
malu sebenarnya mahu mintak tolong kat kamu kamu dan kamu nih. tapi aku dah buntu amat! ini kisah teman baik ku.

- dia, ibu tunggal muda. punya seorang anak. berkahwin dan bercerai dua kali dengan lelaki yg sama. dari sini kau aku kita, tahu, kerana kasih dan demi kerana anak, dia rujuk kembali dengan bekas suami.

- selepas 5 tahun talak kedua dijatuhkan, dia masih lagi berhubungan baik sama bekas suami, demi anak tunggal. anak kini 10 tahun, berharap amat agar papa dan mama rujuk kembali dan bersama sebagai satu unit keluarga yang sempurna. 10 tahun, sudah bijak meluahkan apa yg terbuku.

- bekas suami tidak punya kerja tetap. dari awal kenal, berkahwin cerai dua kali itu, macam mana dia dulu, begitulah dia kini, tidak mahu berubah. kalau ada pon perubahan, sementara. chop, lelaki ini juga kadang2, akan menjadi transformers "KAKI PEREMPUAN", lepas insaf sekejap, jadi ayah n bekas suami mithali. tak lama, kemudian perangai lama datang balik. begitu laa yang jadi, dari dulu hingga kini.... tapi teman aku nih tetap sabar. jujur, aku kagum sama setia, sabar, dan sayangnya dia pada lelaki nih, yg pada aku tak layak langsung untuk semua tuh~ * tahap geram dah nih~

- temanku ini seorang businesswoman yang agak berjaya (bangkit lepas diceraikan kali pertama). dan dia mudah memaafkan. cepat kalah, dan kerana anak. dari dulu, dia cuba dan cuba dan cuba dan cuba cuba cuba (tengok tengok bilangan 'cuba' dia, kalah tajuk COBA by Faizal Tahir, ceh!) membantu bekas suami untuk majukan diri dalam hidup. cakap la apa juga perniagaan yang bekas suami nak cuba, pasti dia akan bantu 80% modalnya. "ko tak bayar balik pon takpe, janji ko bangkit dan ada perniagaan untuk dijalankan. hasil dan untungnya ko nak bagi aku ke tak, takpe, yang penting ko berjaya dalam hidup ko. lepas ko berjaya, ko tak ingat aku pon takpe, aku halalkan apa yang aku invest sepanjang masa sebelum ini." haa... mana mahu cari wanita camnih? aku pon belum tentu mampu!

- ok, ex asben dia mula berniaga. business no 1-4, gagal. dari sebesar bisness nak bukak perniagaan kanopi, hinggalah terbaru bisness berniaga nasi lemak biasa dan berlauk secara harian dan tetap di depan sekolah, bekas suami ini gagal. terbaru, bisnes nasi lemak itu laa, selasa minggu nih baru mula berniaga, ntah apa masalah yg datang, atau mungkin keje sket dah terasa penat, dah takmo berniaga semalam! (giler tak giler, ex wife dia punya laa penat carik tukang masak nasi lemak berlauk ex asben dia, keje 2 hari dah ngadu penat! tak terima syukur punya orang betol tau~)

- so sekarang, teman aku ngadu2 kat aku, "macam mana aku nak buat lagi nih, alis? aku dah penat laa... kalau macam nih, nak rujuk kali ke-3 pon aku kena fikir banyak kali, anak aku bukan budak kecik lagi yg boleh ditipu2, dia dah besar... dia faham apa yang jadi keliling dia sekarang nih.. aku terhimpit sekarang nih, dengan keinginan anak, dan sikap tak serius bapak dia~"



apa yang boleh aku nasihatkan dia yer? ikut aku yang sendiri dah tak tahan dan kasihan dengan masalah dia, nak jer aku cakap "ko carik satu lelaki baik, kenal, kawen. ex ko pon tak boleh nak buat apa masa tuh.." (errr aku rasa aku penah cakap kot camnih.... huhuhu!)

aku dah penah nasihat cam tuh, tapi tak jalan... camner aku nasihatkan dia kali ini eh? aku sayang kawan aku nih, sebab susah senang kami share sama. and alhamdulillah dia teman yang bukan jenis berkira, dan punya hati yg baik.







B.U.N.T.U



.

6 comments:

julietchun said...

pendapatku yg masih mentah ni, tak perlu rujuk semula. kasih ayah dan anak boleh diteruskan walau tak dok serumah. org mcm tu susah berubah. bukakan hati kepada lelaki lain yg lebih baik diluar sana.

IRIS said...

salam.

Aduhai.

Iris selalu kata ayat ni;
'Jika ada peluang pertama hargai sebaiknya, jika masih ada peluang kedua kalinya pastikan jgn lepaskannya kerana jgn pernah impikan peluang ketiga....memang tak akan dapat peluang dah.'

~ya, bukakan hati kpd insan lain.

mrs zach said...

ada beberapa solusi:

1. kalau nak rujuk, kena sanggup & sedia terima apa pun jua yang bakal dia hadapi. mungkin husband dia boleh jadi Mr. Mama. tapiii...tu pun kalau dia tak ngadu penat la.

2. tak payah rujuk. teruskan je hidup dengan sewajarnya. kalau anak dah umur 10 tahun, rasanya dah boleh jelaskan dengan sebaiknya pada ank tu. 10 tahun tu umur yang boleh nilai buruk & baik. terus terang je dengan anak. tapi dalam masa yang sama, jangan sampai cerita tu buat anak benci pd bapa. berhikmah dan hati-hati tapi telus. kalau tak nak cerita terus terang pun, cerita kiasan. pasal jodoh, pasal qada' qadar. but jangan yang terlalu berat utk budak tu memikir.

sekian.

mr edz said...

tak payah rujuk.. buat nyusah aje.. aku sebagai seorg lelaki menasihat kan tak payah.. buat malu jer..

kalau bekas laki dia nak sangat lagi tetapkan syarat.. suruh dia hafaz quran dan belajar fardu ain dulu

tasekM said...

aku pun kata tak payah rujuk.



.

Ieza said...

lupakn dudanya itu..cari yg baru jer..hubungan ayah dn anak xkn putus klau maknya kawin lain pn..caya la..huk..huk