Nuffnang

Wednesday, February 17, 2010

entry ini untuk contest weekend @ sheffield :)


(entry ini ialah untuk contest weekend @ sheffield)

contest dari papajoe kembali lagi!

weekend @ sheffield
cara-caranya
buat satu entry berkenaan dengan 'true meaning of love' ATAU ' unity through sportmanship'
cara entry dibuat bergantung pada daya kreativiti masing masing, video, gambar, tulisan atau apa sahaja yang difikirkan menarik sudah siap tulis entry, hantar link anda di ruangan komen di bawah

syarat syarat
entry mestilah berdasarkan tema
penyertaan dihantar sebelum 20 februari 2010
hanya bahasa melayu dan bahasa ingeris yang diterima
tulis ayat ini dalam entry anda - entry ini untuk contest weekend @ sheffield (linkkan weekend @sheffield ke link entry ini) -paham ke?- (joe, baru akak paham :P)

pemarkahan
pengundian dari blogger

hadiah
pertama : 20 pound
kedua : 10 pound
ketiga : 5 pound
peneka terhebat : 10 pound
promoter terhebat : 5 pound
50 POUND untuk dimenangi!!!!
--------------------------------------------------

ini sajak aku untuk contest tersebut :)

ERTI CINTA SEJATI PADA AKU

erti cinta sejati pada aku
tak perlu lihat sejauh angkasa menerawang
hingga petala langit ke tujuh
atau sayupnya pemandangan jelapang
cukup aku lihat
wajah kedua ibu dan ayah yang tersayang
kerana pada wajah keduanya
aku tahu aku bukan bayang bayang

kerana
kalau aku keliru,
pandang saja wajah ibu untuk sebening ketenangan
kalau aku buntu,
lihat saja wajah ayah untuk sebuah jawapan
wajah ibu yang tersenyum manis, dan wajah ayah yang selamba
itulah titik syurga dunia akhirat, ruang yang paling aku damba.

erti cinta sejati pada aku
tak perlu selam hingga ke laut dasar
cukup dikeliling teman teman yang bukan hanya
angguk laju dan gelak besar bila dibawa ke pasar besar

tapi juga teman teman yang sanggup turun ke padang sasar
dimana kala kau rasa gelisah, dia yang menawarkan busar
untuk membidik tepat semua yang kau rasa semak dan gusar
dan
apabila kau rasa kemanisan itu penyambung nyawa
mereka, dan mereka, sanggup membina sebuah istana gula gula
untuk kau diam, selama mana kau mahu, selama mana kau suka

tapi terkadang
pada aku kalau benar mahu tahu erti cinta
tak perlu kau jauh menerawang
tak perlu kau selam dalam dalam
cukup kau duduk diam diam
selepas itu aku berani bagi jaminan
kau akan faham apa itu sebuah cinta sejati

Apa? Tak faham lagi?

Itu, degup jantung kau yang berbunyi
haa dan itu juga, desah nafas kau tiap saat
Bukankah itu bukti cinta sejati si DIA?

jangan lupa
Kerana DIA lah, kita mampu menerawang
Kerana DIA lah, kita mampu menyelam
Kerana DIA lah, kita punya titik syurga dunia
Kerana DIA lah, kita miliki busar dan istana gula


alis_mysara
11.50am-12.20pm, 17 feb 2010


.

10 comments:

joegrimjow said...

hihihik
joegrimjow like this
xde link pun
ku amek juge sebagai penyertaan sebab da ckp kat tajuk. hoho

||alis|| said...

papajoe: takde link? aduh.. camne nak buat eh? ingat dah lengkap sume nyer.. sorry2.. :)

SHIMI said...

memang layan...
pehh, tangkap lentoq

||alis|| said...

shimi: thanks shimi. kamu nih geng2 sama ngan kakjah nih, hehehe~

julietchun said...

aku sedang duduk diam2 menanti, dah penat berlari dan mencari :P

||alis|| said...

kakjuliet: jangan berhenti berlari kakak! nnt momentum menjunam turun~

joegrimjow said...

dah buat review, untuk elakkan org lain ingat entry ni tak lengkap sebab tak taruk link, rasanya baik baca balik syarat yang mudah tu, huhu

pape
thx u sebab join

Cahaya Yang Riang Gembira said...

Best2.. Penyampaian menarik.. Ngee.. All the best alis.. ;)

||alis|| said...

farhanaDR: salam :), tengs farhana :)

joegrimjow said...

keptusan da diumumkan;)
terima kasih sebab join