punca utama aku senyap sebulan nih (atau lebih) ialah sebab:
adik nak kawen awal julai nih. aku plak yang lelebih sexited nak siapkan itu ini. ceh!
pastu aku kena buat keje luar KL kejap. yg ini sila salahkan boss aku.
hmm.. bekas bos sebenarnya.....
sebab....
sekarang aku dan seorang teman dah usahakan satu bijik kantin. tak sangka pada usia 28 tahun, aku dah ada tanggungjawab nak bayar gaji orang. dulu orang yg bayar gaji aku :P
so terpulang laa kat kalian, nak masuk blog aku lagi ke tak, memula rasa nak quit blogging, pasal mmg takde masa dah sekarang, tapi memandangkan kantin aku nih baru semalam ada wifi, maka aku akan lebih banyak menulis dan tiada lagi gambar2.. maaf laa tang itu. tak dapat nak tolong.
hmmm...
hari nih partner aku masak gulai tempoyak ayam cili api (orang pahang suka gulai tempoyak rupenyer eh, baru aku tau), aku plak buat petola masak air, ayam goreng halia, telur dadar, dan sambal manis ntterung. hari nih pihak Misdec ada order minum untuk meeting 20 orang dari MRSM, so a bit kelam kabut sket.
berniaga mmg seronok. aku pon dulu penah bukak kedai makan jap tolong mak aku. so kali nihtak berapa kekok sangat.
cuma tanggungjawab dah lebih, ayam belum bangun berkokok lagi aku dah bangun. hari pertama lepas balik bertugas, aku mandi sambil duduk. aku tak penat, kaki yang penat. so bila dah masuk hari ke-4 nih, kaki aku dah kuat, hahahaha!
yang kelakar, dulu aku gelak org pakai crocz, skrang aku yg kena pakai sebab kasut jenis nih mudah.
so untuk kali nih sekian saja.
report by;
makcik kantin.
;P
11 comments:
Wahhhhhhhh dah ada muscle la kaki yu :p
ai nak tempah untuk kenduri kawen bulehhhh? :P
lilies,
kot balik melaka ko singgah ler kantin alis ni, takkan ngan kengkawan pun nak berkira,ehehehehe.
adik kawen taknak jemput kami ke? sedeyyy....
tahniah alis dah jd usahawan muda..maju setapak lg..
Juliet: giler kuasa ko arini yek :p aku pi melaka harus suh alis masak sesedap ni...xkan ngan kengkwn nak bkira kan lis...hahaha
kak mimi dan kak juliet, datang melaka lalu2 tesco tuh gitau jer ai, takyah dah nak singgah2 mcD nih.. hahaha!
p/s: jemputan kawen adikku akan menyusul kemudian :)
kak lieza; thanks kak. pengubat jiwa gak sebenarnya nih :)
salam sahabatku ^_^
akhirnyee alis muncul kembali...rindu ^_^
tahniah dah bergelar usahawan wanita...makcik kantin pun toke tuuu ^_^
semoga dipermudahkan segalan urusan niaga alis...cabaran n dugaan adat beniaga...
salam liza :)
yer.yer. dugaan mmg hebat, kiri kanan atas bawah. patut laa tak sume orang suka niaga.
kalau niaga nih mudah, sume nak niaga :P
takpe, ada satu buku cakap: ujian n cabaran nih macam jerung :0. takut, tapi buat kita segar :P
nk rasa masakan yu yang...
:)
kaktm: tak sesedap akak tm masak :)
Post a Comment