Nuffnang

Monday, November 1, 2010

JANGAN: mencari yang terlalu sempurna....

(dah penah kopipes kat blog jodoh aku, tapi tak penah tepek kat sini, baru jumpa balik kat FB)


Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.



Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....



Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

6 comments:

Ms.Lilies said...

Kenapa kamu tidak belanja daku makan..

Kelak pasti kamu merindui mulut cumil ku


Ehhh?!


Kira aci la kan? :p

gadisBunga™ said...

dah pernah baca ni, tapi mmg best kata2 dia. baca byk kali pun tak jemu. :)

julietchun said...

mimi,
belanja kamu sajakah? daku bagaimana? kecik hati u :C

dah susah2 pancing, buat apa nak lepaskan pulak ikan tu. kena pulak pancing kat kolam yg berbayar :P

||alis|| said...

kakmimi: kamu kamu daku daku. eh dukong kat sini murah2 dan manis tau kak! (melencong yang hamat jauh ya Rabb.. ;P)

GB: kan?kan? kiter pon suka! GB, dah 3x try komen, asek kena rejek. tak, tak, bukan blog GB yg rejek, nih ha, BB kiter demam. xpe, dah baca byk n3 GB. nice blog :)

kakjuliet: kan... sama kekdahnya dengan "gunakan laa sarung tangan yg sesuai untuk menarik tali"

;) thanks kak!

Tijah said...

ahhhh. apa yg saya perlukan adalah sepinggan kfc.

btw. nice n3...

||alis|| said...

kakjahhhhhhhhh

*tetibe dah craving wedges, salah siapa? salah siapa?*