Nuffnang

Tuesday, November 9, 2010

tuh la mak kau, tak sakit, carik sakit...

2 minggu lepas.

aku ke hospital besar melaka, ziarah makcik.

tumpah darah, sakit org pompuan lewat 40an.

maybe sebab dia dimasukkan 'marina', maka dia ditempatkan area wad ibu hamil/bersalin. (sungguh takde kaitan, kan? or.. eh ada eh..)

depan katil makcik, ada seorang ibu baru, macam baru bersalin. muda lagi, awal 30an, kata makcik, dia oztazah.

kemudian, makcik2 aku yg lain datang, kemudian, sorang wanita, lewat 40an gak, sampai, bersama seoarng lelaki, dan kanak2 perempuan, 2 orang, menuju ke katil ibu baru tuh, sambil ngendong baby boy, yg rupanya ialah baby akak tuh.

dalam kami borak2 tuh, tetibe wanita lewat 40an (yg rupanya akak ipar ibu muda tadi), alih2 cakap dengan kuat, dan berkali2:

"haa.. tuh la mak korang nih, takde sakit, cari sakit..." (dengan bunyik yg sangat oh-so-rite-aku-nak-pelempang-jer)

aku lihat, akak tuh diam jer, suami dia pon. kanak2 yg 2 beradik tuh, asek main2 ngan adik dia. kesian. aku tak tau laa apa sakit akak tuh sampai kakak ipar dia bahasa2 kan dia sampai macam tuh.

bila family tuh balik, akak tuh pun rehat.... tido.

makcik pon bukak cerita: adik yg depan nih dia 'ikat' dah. anak dah 5. 2 laki, 3 pompuan. kakak ipar dia bela baby tuh kejap, dlm 4 hari.. sayang ikat awal, anak2 dia muka sume lawa2, cantik2...

oh, macam tuh rupanya. aku terdiam. 5 orang aku rasa dah ramai. aku rasalah, untuk masa sekarang nih. tapi ikat.. hmmm.. no komen eh. ai tak kawen lagik. mungkin mereka ada plan tertentu. kawan aku yg nurse cakap, biar dah ikat, tapi boleh bukak balik (sila baca dengan nada ilmu perbidanan, heh!)


tapi, camner pon, aku tetap tak setuju akak ipar tuh cakap kuat2, dengan katil yg berisi 4, sume orang dengar. biarlah orang tuh nak ikat pon kan.... keputusan atas tangan akak and suami dia.

aduh, manusia nih, tak tahu laa aku camne nak puaskan hati memasing, kiter yg penat kadang tuh!


.

6 comments:

gadisBunga™ said...

nak puaskan hati manusia sampai ke kubur pun takde yang akan puas.

kan?

Sidratul Muntaha said...

sil dia percaya rezeki ank2 tetap ade
tpi mungkin dia lupa tekanan yg kuarga si adik ni bakal hadapi...
takde salahnya ikat pun..
dalma islam pun takde larang bile benda tu membahayakan kesihatan...
tpi mmg tak ptut sungguh sil dia tu gitu.
tak menjaga air muka org...
doakan jerlah mudah mudahan esok,air muka beliau dia lindungi Allah bila dia menhadapi perkara yg mengaibkan.

Ms.Lilies said...

Patut ikat je mulut akak ipo tu sampai muncung bleh sangkut baldi...

Tengok bleh x dia memetir2 lg


Heheheeh

Seri said...

macam kasar je cara dia.
kalau nak nasihat bukan tu caranya. mengaibkan

||alis|| said...

GB
betol tuh. manusia mana yg penah puas? ada harta rm300juta pon masih nak kejar imbuhan rm8juta, sampai sanggup berbunuhan. ops!

Sidratul Muntaha
kan.. ada baiknya kita sama2 doakan sesama kita agar dilindungi dari aib yang mengaibkan, huhu~

kakmimi
ai nak ikatkan jer kat kak poc poc kakjah tuh, jgn bagi lepas, meuhehehe~

seri
tuh la, saya orang melaka, tak kasar pon. eh? ;)

Fantasy Bundle said...

Hai.jom singgah.ada blouse dan dress yang cantik,berkualiti dan murah serendah harga RM20 kat sini http://fantasybundle.blogspot.com