Nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

450: laluan kerja menjadi bahan

laluan kerja ku ialah 12min perjalanan melalui highway AMJ. highway nih bukanlah bizi mana pon. sebab laluan kerja aku nih menongkah arus. pagi2 orang akan sibuk ke bandar melaka. dan aku plak terhengeh2 nak pi kerja di laluan yang tak sama.

sepanjang perjalanan pergi dan balik, banyak jugak yang aku boleh perati apa-yg-ada-di-tepi jalan highway AMJ nih. antaranya..

- selalu akan ada binatang mati kena langgar. kucing, anjing, monyet, kera, ular, biawak, burung, pernah sekali, orang. haaa.... ngeri ok! nasib aku tak tau menahu, saksi yg bercerita.

- akan selalu ada kereta berhenti dalam kawasan org nak buat U-turn dan melihat pemandunya sedang tidur akibat keletihan memandu. laluan kerja aku menghala melaka direct ke johor. area sini kedai makan boleh dibilang dengan sebelah tangan saja. dan menjelang petang, tutup. tuh sebab ramai pilih tidur tepi laluan buat u-turn tuh.

- traller2 pon akan banyak stop... kesian tengok diorang. yer la traller kan selalu bawak malam-subuh... supaya tak ganggu perjalanan orang ramai time peak hours.

- paling sadis, ada sekali petang, 2 kali berturut2 aku ternampak situasi nih: LELAKI PEE BETOL2 TEPI JALAN HIGHWAY TUH! HAIYAAAAA... BUAT RABUN MATA GUA SAJA LORRR LU ORANG!

8 comments:

marinahunny said...

hahaha slalu jugak nampak mat2 motor pee tepi jalan...hahaha x malu tul..kurang2 cari la semak..huhuhu

||alis|| said...

mariah
hahaha! sangat betol! malu seh.. bukan nak tertengok, tapi TER... tapi alih2 nampak pee jer la kan, yg lain tak nmpak! sumpah! haha!

Cik Pah said...

alis..tgk orang kencing boleh rabun mata ek? heheheh

Ms.Lilies said...

berapa dah power mata ko skrg ni lis

ekekekeke

||alis|| said...

cikpah
kalau ikut jadual berkala, boleh rabun cikpah, kekeke..

kakmimi
aha! 300, amacam kak, ada bran mahu lumba, ahahaha!

julietchun said...

ternampak ngan tertengok lain kan maksudnya? :D

julietchun said...

seploh kali gi giant asek lupa je nak beli roti bom kamu,haih :D

||alis|| said...

kakak
hahaha.. ader jer nak ngusik kiter tau, mencik!

kakak ii
tuh la haiii.. kang soh gak akak datang melaka ;P