Nuffnang

Monday, May 16, 2011

sorry, saya tak sanggup!

suruh makan, saya makan, suruh jadi guru, saya tak sanggup. ingat lagi kata2 guru besar saya, bukan mudah jadi guru. sebab silap ajaran dari kita kepada seorang anak murid, kita yang menanggung sampai kiamat. giler besar tanggungjawab guru kan? saya tak mampu. nak mengajar pon tak pandai. rasa budak2 akan jadi terlebih paham, aku yang tak paham2 sampai ke sudah, huhuuu!

saya pandang tinggi guru. tak kisah guru pra kindy ke, kindy hinggalah pensyarah kepada pensyarah yg lain. bukan mudah nak fahamkan orang. pada saya guru ialah gifted.

cikgu fadzlun:
cikgu tabika perpaduan saya. saya sekolah tadika setahun jer, masa umo 6thn. garang jugak, tapi tak segarang makcik munah (kot itu namanya, saya lupa), makcik nih jaga makan mihun kelas kami dulu, kalau cikgu fadzlun takde, dan kalau dia jaga kelas, kalau cikgu fadzlun garangnya! rotan sentiasa kat tangan. kami penah dirotan secara berjemaah, sebab apa, oh, dah terlupa ;)
terima kasih cikgu fadzlun dan makcik munah sebab ajar saya nyanyi lagu burung kakak tua dan sediakan bihun goreng takde togeh dan biskut kering patsegi cicah teh o. makan tak seberapa tapi yg penting enjoy dapat jumpa kawan2. oh, saya dah terputus hubungan dengan kawan2 tadika sebab saya sekolah cina lepas tuh. ada yang jiran saya, jadi untuk masa sekarang, jika ada yang terserempak, kami cuma akan hai2, angkat2 kepala ;)

cikgu2 sekolah rendah:
sedia maklum, saya dulu bersekolah cina. back in 1989, darjah satu, pakai pinafore. dulu giler kurus, pakai pinafore pon baju luar biru navy tuh boleh tergebeh (senget) sebelah. guru2 saya banyak perempuan.

-guru lelaki sorang jer. tuh pon ajar PJ (dan dia juga tenangkan saya lepas kena inject rubella masa darjah satu). yg saya ingat time sekolah dulu saya selalu kena rotan, berdiri atas kerusi dengan kawan2 pasal keje sekolah tak siap (sebab banyak tak paham & dulu mana ada study2 group bagai nih).

-guru kelas kami dari darjah satu hingga empat ialah guru yang sama, dan super garang. dan super seksi. guru terlawa kat sekolah. untung dlm derita, haha!

-sorang lagi guru cina nih, dia sangat fasih bahasa melayu,saya jadi anak emas beliau sebab BM selalu A, tapi penah makan ais krim panas beliau, sekali. ais krim panas maknya seketol kayu tebal yg panjangnya kira2 10inch, kalau ko tak siap keje sekolah, ko kena kat sebat atas tangan.

-cikgu bahasa english saya ialah seorang yg mixed with mat salleh. tak garang, tapi kalau tak siap keje sekolah dia, dia tak pukul, tapi dia akan amek helaian2 rambut kat area depan telinga kita dan akan tarik sekuat hati! nak tau rasanya, sila suruh adik anda buatkan pada anda. dia juga bertanggungjawab betolkan beza sebutan soap dan sup saya.

-sebulan lagi nak UPSR, cikgu air krim panas saya bersalin, maka sorang cikgu BM lelaki cina lepasan UPM ganti. muda dan hensem, beliau hampir saya tergoda bila dalam kelas suruh saya bezakan antara asrama dan asmara. kalau sekarang saya ditanya, saya akan jawab "asmara ialah suami kepada zalia, cikgu"

cikgu sekolah menengah:
-saya menuntut di dua buah sekolah menengah. remove class hingga form 2 di sekolah menengah cina, dan selebihnya di sekolah menengah kebangsaan. tak banyak kenangan waktu di sekolah menengah pertama selain berjumpa asri dan kelas agama saya dikenali dengan "kelas bawah tanah", serius, kelas agama saya mmg betol bawah tanah T__T, dan minggu pertama sekolah, saya terpaksa berkungfu untuk pakai baju kurung dan tudung, minggu kedua saya menangis nak pakai pinafore kaler biru air tuh sebab takmau berbaju kurung dan bertudung! haha! big L. big L.

-sekolah menengah kedua, saya alami kejutan budaya. ramainya budak melayu. cikgu melayu. disini juga saya jumpa kawan2 mari kita kawan sampai mati. lelaki dan perempuan. julai nih reunion pertama kami yg rasmi, kalau tak asek jumpa ramai2 kat banda hilir dan mekdi jer. ramai dah berkeluarga. 13 tahun dalam sahabat, dan masih..

-cikgu siti aminah yunos, guru kelas form 4 yg akan saya kenang sampai bila2 sebab ya ampun hamat lemah lembut. suka gunakan pendekatan yg saiko. bila ramai anak murid dia suka ponteng kelas, dia amek satu inisiatif "bulan meraikan siapa yang punya kehadiran penuh", hadiah dia tak bagitau, maka semua org tak mau miss datang sekolah semata2 nak tau apa hadiahnya. bulan pertama dapat dua batang pensel 2B, bulan kedua dapat sebatang pen hitam. hadiah tak seberapa tapi kami teruja bila nama kami disebut beliau dan bila datang ke depan, kami diberikan hadiah itu sambil menerima hadiah yang lebih besar dari beliau ialah "tahniah"

-cikgu khairunnisa, sangat dekat di hati saya walau tak penah masuk kelas saya. dia ialah guru PS saya. bila saya salah seorang daripada 2pelajar sains stream amek PS, saya jadik dekat dengan beliau. last2 PS dapat A1.

3 comments:

julietchun said...

sekarang ni bila jumpa ngan bekas guru2 saya diluar, mereka akan cakap, kamu nampak lain Juliet, :P

Ms.Lilies said...

aku pernah ngajar jd guru ganti kat sek cina...kelas belakang skali...
ya ampunnnnn.....punya seksa aku nak ajar...nasib baik 2 bulan je...
tp diorg paling suka kalo waktu seni

||alis|| said...

kakJuliet: hehe.. lain tang manakah itu ;)

kakmimi: haa.. luper.. salam hari guru buat kak mimi jua walau guru ganti *eh, akak penah ngajar lama gak dulu kan? b4 kawen? sekolah cina kelas last? ohoooo ku cukuppp fahammmmm siksaaaaa nyaaaaa ;D