Nuffnang

Friday, November 11, 2011

kisah benar yang saya dapat dari sekor encik lipas.

sempena jumaat mulia nih, saya nak laa berkongsi sebuah kisah benar. berkaitan pengajaran yg saya dapat dari sekor lipas. pelik, tapi benar. dah lama saya simpan sebab takde masa nak menaip. ok, alasan.

kisahnya bermula macam nih...

satu malam. jam menunjukkan angka 9.30mlm. saya baru pas makan, tgk2 tv.. eh aku nih dah isyak ke belum nih... sebab kekenyangan, saya putuskan tido la dulu, nanti pukul 2-3 pagi baru isyak, katanya isyak punya masa terpanjang kannn....

saya pon tido. tido. tidoooo... sampai saya mimpi, satu binatang gigit kaki saya. memula sakit la gak, ah, dalam mimpi, bangun nanti mesti tak apa2 *sempat plak fikir macam tuh kan!

tapi bila sakitnya 3-4saat tak hilang, cecepat saya bukak mata, pingggg!!!!!! rupanya sekor encik lipas gigit kaki saya *lipas muda, ceh!

saya paling benci lipas, segala keturunan dia saya sumpah kalau dia merayap dlm rumah, kalau lipas terbang? lagi laaaaaaaa berbesen saya sumpah. saya mmg tak suka dan takkan suka pada lipas. walau katanya, lipas natang yg paling kurang revolusinya, maksudnya 50juta tahun lepas ko tgk lipas gitu gayanya, tahun 2011 pon diorg tetap gitu rupa bentuknya.

ok, sambung balik.

lepas jumpa, saya melompat la, apa lagi! amek spray, spray laju2, sampai mati. peliknya, en lipas remaja tuh tak bergerak langsung, walau secara logik akalnya, lipas mestilah akan lari macam lipas kudung kalau dia dikejar, kan? dah laa dia jenis lipas bangsa superman *terbang. tapi peliknya, dia....


*bersambung..

2 comments:

sindiketsulit said...

jom kita bukak page "kami benci lipas! kill! kill! die! die! die!" kat fesbuk nak?

julietchun said...

bila nak sambung ni? :O