Nuffnang

Saturday, November 26, 2011

tulisannya cantik persis seorang... hmm...

makan tengahari, mydin mitc.

baru nak nyuap, terkesan dengan panggilan "assalammualaikum", aku memandang ke atas sedikit, kakak yg ikut sama lunch juga pandang ke atas, kemudian saling berpandangan.

"kawan ke?"
"bukan"

masing2 bagi telepati.

rupanya dia, muka cerah beraut sejuk itu, menjual buku cara2 pelbagai jenis solat bserta vcd untuk praktikalnya sekali.

sudah berbasi2, aku dan kakak pon terus amek duit, niat nak beli, sebab aku jenis kalau dia tak maksa, and buku tuh ada manfaatnya, takyah lebih kurang kira, aku capai dan beli, lagipun aku baru nak makan, so terasa macam 'cepat anda berlalu, cepat laa saya dapat makan'

'nak resit tak?' jejaka persis apex tuh bertanya.

'tak, takpe' aku membalas.

'kalau vcd nih rosak tak boleh nak tgk macam mana?' kakak bertanya.

'kena tunjuk resit dan akak boleh datang opis penerbitan saya' lembut dia menjawab.

'oh, kalau macam tuh saya nak resit laa..' haha! dan2.

'baik, tunggu sekejap yer..' dia ke meja sebelah yang kosong, siapkan resit untuk aku. bila dia beri, aku terus JATUH CINTA DENGAN TULISANNYA! SUNGGUH.

sambil2 tuh aku berbisik pada kakak "pssttt.... lawa tulisan tangan dia, akak cuba tgk" aku menghulur. akak pon melihat dan terus tunjuk muka kagum sesaat kemudian! mmg cantik.

bila dia selesai tulis resit, aku bertanya "tumpang tanya eh, mana belajar tulisan tangan art macam nih? macam kaligrafi bersambung2, cantik."

dia tersenyum. ok, jiwa gua dan2 longlai, gua lemah kalau org senyum manis bak gula nih haha!

dan dia mula bercerita...

"saya sorang arkitek sebenarnya, ada dua firm kat kl, cuba buka syarikat penerbitan kat melaka nih dan sebarkan ilmu dan agama melalui buku, saya timbalan penngurus syarikat, jadi tujuan saya turun padang hari nih sebab saya nak tgk bagaimana bakal anak2 buah saya bila turun padang macam saya, saya nak tgk hala market sebenarnya"

"ok, haa.. selamat maju jaya la yer dengan company awak" wah, hayammm jer kansss ucapan sopan aku~ :D :D

sambil ucapakn terima kasih, sambil makan, aku halakan pandangan ke bawah. ohmyprada, dia pakai bonia oke! aku bonia cap hayam pon takde. ko hader?


*setelah diselidik spy:
-company penerbitan, sah, ada kat area masjid al-azim tuh.
-firm, sah, mmg ada 2 kat KL tuh, aku tahu sebab aaa... malas nak hurai :P :P
-macamana aku tau tuh tulisan arkitek? sebab adik aku lulusan arkitek sebelum dia pilih untuk jadik cikgu, so sepanjang dia belajar 4thn tuh, aku dah puas tgk tulisan rupa itu melalui dia dan kawan2 sekuliahnya.
-balik rumah, aku tunjuk kat bunda, tulisan mamat nih, bunda pon cakap 'ha'ah, cantik tulisan dia'

-ada masa aku scan resit tuh ok, sekarang tak dapat la.. aku kat sini, resit kat sana, perjalannya melebihi 2marhalah.


.

No comments: