Nuffnang

Monday, September 30, 2013

antara kebencian saya...

.
.
.
.
.
.

ialah bila seorang anak terang-terang tunjukkan kekurangan-ajarnya kepada ibu, atau bapa, atau kedua-duanya, depan khalayak umum.

sungguh saya benci.

cakaplah saya nih apa saja. memang itu sangat kepantangan saya.

banyak kali saya menyaksi, tapi kisah jumaat lepas betul2 buat hati saya, sebagai anak, tercuit kuat!


saya ke klinik, kurang sehat. lepas jumpa doctor yang tempohnya 18min lebih cepat dari menunggu, saya pilih untuk duduk disebelah ibu tua, anggaran saya dalam 60an, yg kelihatan agak uzur. saya tak dapat nak bertukar senyum, sebab ntah la yer, lupa. biasanya senyum saya murah. mungkin sbb terlampau focus pada sakit/alahan kot. sebelah makcik tuh ialah anak perempuan, dalam hujung 20an. atau mungkin sebaya-sebaya saya.


kendian sorang makcik lain keluar, dalam usia 45thn, keluar dari bilik doctor. makcik tuh tiba-tiba tersenyum, saya pon membalas, sebab saya memang memandang kearah dia. rupanya silap, dia tersenyum pada anak makcik 60an tuh. gadis itu terus menghulur tangan, menyalami makcik 45thn itu.

"eh, sakit apa?" Tanya makcik 45thn.

"bukan orang, niha, mak." gadis hujung 20an. memuncung ke arah ibu tua.

"mak sakit apa?"

"dia ada gout..."

"owh kalau gout banyak kena pantang.. seafood semua tak boleh makan.."

"tulah dia, mak orang jenis tak boleh jumpa kacang, mesti nak makan.. harini adik orang plak keje jauh, terpaksa laa orang amek cuti nak bawak dia pergi klinik nih.." nada suda bertukar. saya hanya duduk, terpaksa mendengar. takkan nk katup dua belah telinga, sebelah saya je kot.

kemudian mereka berdua saling berborak, saya pula menunggu giliran untuk mengambil ubat.

"hasnah...!" pembantu klinik menjerit kecil memanggil nama makcik 60an rupanya. kelihatan makcik tersebut mahu bangun, dengan susah payah, serangan gout terlalu kuat gamaknya.

yang hairankan saya (dan makcik 45thn jugak aku rasa), si anak tetap tak rasa nak papah ibunya untuk masuk ke dalam klinik, tetap jugak ingin teruskan borak2 kosong. makcik 45thn sendiri sudah pandang lain macam.

"eh, tak nak papah mak masuk bilik doctor ke?" ada gusar sedikit dalam nada suara makcik 45thn tersebut. saya jugak mula memandang ke arah gadis hujung 20an.

"..biar jela dia berjalan sendiri.. mak, boleh berjalan kan? masuklah bilik doctor, orang tunggu luar" takde rasa dalam nada. saya telan liur.

makcik 45thn lantas berkata "eh, papahlah mak tuh, lain kali kita borak lagi.."

kemudian kami, kebanyakan pelawat klinik, melihat langkah tapak ibu tua itu. terjingkit dia melangkah, saya rasa cuma berjarak 1 inci. atau kurang. anak buat muka tak puas hati. ibu tua tertunduk saja.

bila makcik melalui saya, saya cuma telan liur semula. membayangkan ibu tua itu ialah gadis hujung 20an. dan membayangkan ibu tua itu ialah ibu saya, yang masih sihat, di rumah, ketika itu.

perasaan saya bercampur. kalau ikot saya, saya nak papah ibu tua itu sebelah lagi, masuk ke dalam bilik doctor. tapi ntah, saya tak tahu kenapa saya tak melakukannya.

terngamam.

mungkin.



sampai saat ni, saya jadi benci dan sakit hati, bila kenangkan kelakuan si anak.
















6 comments:

julietchun said...

kalau kekanak kat rumah buat perangai dengan org tua memang kami akan nasihat dan marah.

||alis|| said...

kak Juliet
kalau bukan kekanak plak.. acaner nak buat?

julietchun said...

kak juliet? hurmmmmmmmmmm

nak tegur mesti segankan, mungkin diam sajalah.

t.a.t.a said...

saya bab tu memang akan tegur terus terang. walau di khalayak ramai. pernah dulu ada seorang gadis dengan emaknya datang ke pejabat saya, terus terang dia marah mak dia.

saya pun kacau daun la. saya cakap lembut je. "dik, cakap dengan siapa tu? dengan emak kan? kenapa cakap kasar macam tu?"

dia diam. si emak saya tengok bergenang air mata. saya minta maaf makcik, saya tak berniat nak tunjuk kekurang pandaian makcik dalam mendidik anak, tapi saya memang tak tahan kalau anak-anak buat emak macam tu.

walaupun saya tak rapat yang sepatutnya dengan emak saya, saya tak bersikap kurang ajar pada emak. saya masih hormat mak saya lagi.

||alis|| said...

kak Juliet
itu yang buat sekarang. diam je.


tata
awak buat perkara yang baik. tahniah.

Unknown said...

Mak aih..kita ni kalau
Blh bila kluar jalan pun nk pegang tgn mcm masa kecik2 mak antor g tadika pegang tangan tau!! Haishhh la org muda skang...