Nuffnang

Wednesday, December 25, 2013

bunga tujuh warna..



makcik (jiran) datang. anak lelaki dia bawa. naik motosikal.

menyapa dan memberi salam. makji baru nak start masak, dengan bantuan menantu baru.

"boleh sy minta sikit bunga2 di laman?"

"boleh, petik sajalah, tapi untuk apa?"

"untuk dibuat mandi bunga anak dara saya laa kak hajah.." tersenyum makcik jiran membalas.

esoknya, makji diberitahu, makcik jiran itu singgah serumah ke serumah, demi mencari bunga untuk mandi bunga anak daranya yang dirasa lewat jodohnya.

kalau saya, saya malu.

kalau betullah, katakan, makji nak saya buat mandi bunga, saya sendiri rela senyap2 pergi cari, kalau tak jumpa, saya beli. zaman sekarang, mahu atau tidak saja...
daripada satu kampung tahu saya nk mandi bunga kan..


dan anak daranya baru 25tahun. tidaklah lewat lagi, pada jangkaan saya.

8 comments:

t.a.t.a said...

25? Mudo laie la. Itu bagi kita. Tapi bagi mak pak depa mesti umur tu dah lanjut kan?

Tijah said...

Asal x pegi je kedai india jual bunga kan? Etlis aci tu je tau.

||alis|| said...

cikta
maybe la kot. anak daranya sungguh duduk dirumah, pandai serba serbi. hari2 mop rumah. saya mop bilik pon tak sebulan sekali, pheww~

||alis|| said...

kakjah
ada yg kata, bunga untuk mandi tak elok beli dari bangsa lain. wallahualam. tapi pd aku la kan kak, bunga je pon, right?

Petak Bunga said...


pernah try mandi bunga nak ubat resdung, cousin pandai perubatan islam.
sy ambil semua jenis bunga keliling rumah termasuk bunga kertas. cousin kata..carilah bunga wangi sikit. tapi sebab xde, bunga kertas pun jadi. tp berubat mcm x jd je..sebab sy rasa lucu buat dengan cousin sendiri..ha..ha.

||alis|| said...

hi petak bunga
bunga berwarna bawa aura yg berlainan kan.. tang wangi plak dri segi saikologi.. 20sen sy mcm tu jela. lebih2 pon ntah. mcm tak masuk la plak. tp utk perubatan digalak.

sy pon penah je mandi bunga. petik2 7jenis kaler. selawat.. bersiram. dah. tuje. hehe

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Kalau kt kg akak p rumah jiran ambik bunga bnda biasa je. Lgpun mn tau org yg bg bunga turut doa sama. Berkat tu ;)

||alis|| said...

mmg biasa pon kak. tpi ntah la yer. mybe dunia dh maju, zaman dh berubah ;)

*tapi jujurnya, sy lebih suka waktu family sy hidup bjiran dalam taman perumahan (23thn duduk taman). org ckp the best thing ever. bila balik kampung plak, masing2 lebih sendiri2. pelik, tp benar.