Nuffnang

Friday, March 28, 2014

cerita sebelah aku

 
di METRO GUANGZHOU.
pelbagai line berwarna tersedia. jika tersilap, ada 2 kemungkinan.
1- sesat
2-bayar saja jumlah sepatutnya.
 
2 kali kami terpaksa bayar extra sebab kurang faham dengan arahan, takpe, muka pelancong :P
 
>*<---------->*<
 
waktu mula2 membaca sesetengah komen yang menyatakan orang2 Malaysia menerima layanan teruk daripada pihak kastam/imigresen China selepas kejadian #MH370 terjadi, memang agak menggerunkan. ada yang bagitau passport mereka dicampak sahaja lepas di cop, ada yg kata lepas saja kotak barangan mereka dilalukan x-ray, terus kena campak sampai terabur dan kena kutip satu persatu (part ni aku kurang percaya sikit), tapi tak kurang juga mereka yg baru pulang dari china kata, ok saja layanan. takde pulak campak atau hempas. 
 
Chinese Mainland terkenal dengan sikap kasar mereka, tapi apa pun, itu semua adalah sebahagian sikap atau dah memang menjadi budaya mereka, kita ni pula masih ada sopan dan baik hati (walau kadang2 baik tak bertempat)
 
KEADAAN DI DALAM METRO-LINE 5. SESAK.
 
rata2 yang aku baca komen, semuanya takut nak ke china buat masa ni. gara2 MH370. ada yang ke sana sebab ingin bercuti, ada yang kerana tugas, ada yg jadi leader group, yg batalkan tiket ke china pon ada. huhuhu...
 
HUMEN STATION, HIGH SPEED TRAIN (MANDARIN: GAO TIE)
10min perjalanan, 37yuen. rumusan: terbaik!
PEMERIKSAAN DAN PROCEDURE SEBIJIK MACAM STANDARD AIRPORT CHECKING.
 
 
INI IALAH HADAPAN SHANGXIA JIU LU PADESTRIAN STREET
JARAKNYA 1KM SELEPAS BEIJING ROAD YANG TERKENAL DI KALANGAN KAKI SHOPPING. DISINI SEMUA PEMBELI DAN PENIAGA IALAH LOCAL. 100%. MUKA PELANCONG CUMA KAMI 2 ORANG, DENGAN BEG BESAR T__T
 
 
SHANGXIA JIU LU PADESTRIAN STREET
SESAK DENGAN PENDUDUK TEMPATAN. DISINI BUKAN KEUTAMAAN KAKI SHOPPING LUAR NEGARA KERANA RATA2 BANYAK MENJUAL BARANGAN BERMUSIM. TAPI HARGA BEG2 DAN BAJU2NYA, MURAHHHHH SANGAT!
 
SALAH SEBUAH LORONG KECIL DI SHANGXIA JIU LU PADESTRIAN STREET
 "AUNTY, SHIO YI SHIO!" (AUNTY, SENYUM SIKIT! :p) UJAR KU SAMBIL BERSEDIA DENGAN KAMERA COMPACT KU. DAN AUNTY PON TERSENYUM IKHLAS.
 
 
GERAMNYA DENGAN BUNGA-BUNGA YG AUNTY NI BAWAK.
 
perhatikan sebelah kiri, kedai yg hijau. itu ialah kedai bangsa muslim XinJiang. ni laa kedai makan yg terakhir kami singgah. jumpalah warga tua hinggalah anak2 muda ada dlm kedai ni. total makan 30yuen, sedekah cucu tokey kedai 40yuen, sebab lama kami melepak dalam kedai tu. dan takde plak insiden kena halau, hiks. sambil bagi sambil aku ucap terima kasih pada layanan cucu perempuan nya yg baik hati tuh, usia sekitar 13-14thn.
 
 
china southern airlines
 
waktu ni, aku harap aku akan sampai lagi ke china. sebab rasa tak puas walau hari ke 4 dah rindu karipap panas2! Alhamdulillah, doa termakbul. aku akan ke sana inshaAllah. kali ini lebih lama.

2 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

wah bila alis nak p china lagi...

||alis|| said...

x sure date lagi kak. tapi cud be may or jun nnti. tapi tak posa atau beraya kat china la pastinya.. haha