Nuffnang

Monday, March 17, 2014

pengalaman ala-ala backpack ke Guangzhou, China (part 1)

sebahagian pemandangan Dongguan City pada 11 mac 2014. Sejuk
 
Joy Scenery Hotel, 4*, terbaik dari 4-4 hotel yg dihuni.
 
pandangan dari tingkat 10 Joy Scenery Hotel
 
paham dari gambo je ye ? heh.
 
nak kenal kedai halal mudah je, kaler hijau apple gini.
 
(harap maklum, kamera beso tapak tangan je, kualiti kurang memuaskan, tengah tggu gambar2 kamera beso dihantar kepadaku)
 
**aku ke Guangzhou atas dasar kerja dan sebagai penterjemah BM-BI-BC**
 
 
DONGGUAN CITY
 
 
panggilan kerja yang datang dalam masa 2 minggu. mujur semuanya dipermudahkan oleh Allah swt. sebab halangan2 bukan kecik. bila benda last minit, semua jadi super kelam kabut. paling legend, esok lusa nak terbang, visa china masih lagi di embassy T___T

but above all Alhamdulillah Allah ease everthing. dah masuk perut kapai pon rasa mcm tak caya, heh.

sampai airport, dah ada orang sana tunggu. so cabaran dia "0". kalau 1st timer dan tak kenal sapa2, ada metro yg direct dari Baiyun airport ke Bandar Guangzhou (noted that Guangzhou ni bukan Bandar yg kecik ya..), perjalanan dari Baiyun Airport ke Bandar utama Guangzhou (contoh terkenal, Beijing Rd, mungkin dalam sejam plus2..)

Dongguan ialah Bandar Industry, bukan Bandar Pelancongan. maka disinilah bermula segala pengalaman kelakar+haru nak dikongsi. sebenarnya aku tak sempat nak study lebih2 pasal trip kali ni, so mode dia yg utama ialah "PASRAH".

aku ringkaskan apa yang terjadi di Dongguan ya

1) botol air kecik, wajib bila masuk dlm tandas (perkara biasa bila di negara2 luar, kebanyakannya la kan..), if nak lebih 'kreatif', kalau dapat pancuran air hujan tu, pulas saja kepala nya dan taraaa.... anda sudah mendapat paip panjang untuk mudah istinjak (jangan lupa pasangkan balik ok!)

2) untuk yg tak mahir guna chopstick mcm aku, dinasihatkan, bawaklah bekal sudu dan garfu plastic T___T. leceh ok nak makan mee tarik panas kaw2 sambil terkial2 tertiup2 lalu orang lain dah separuh mangkuk nk habis aku masih lagi dok menimba2 eh bila mee aku nak habis ni? mcm tak luak2 pon??

3) potion untuk makanan, baik nasi atau mee, ialah sekali ganda banyaknya dari Malaysia, sediakan plan diet anda sebaiknya. lel! nasi deme pendek2 dan sangatttt berkanji, tapi makan 12tengahri kul 4ptg dah lapo balik. pecer?

4) kalau nak sebut "halal food" or even "ching zhen" dalam BC pon kebanyakan orang sana tak paham, maka sebut sajalah "xin jiang dian" (pronounce: sin jiang tian, kedai xin jiang), maka taxi driver atau local akan tunjuk kat korang kedai kaler hijau. kat sana surprisingly, mudah carik kedai bangsa xin jiang ni (bangsa cina muslim), ada satu Bandar ni, dari Beijing Rd hala ke Panyu (hotel kami, approx 40min perjalanan by teksi) siap ada sederet kedai2 makan Turkish yg bapak mahal dan THE ONLY TEMPAT yg aku jumpa ramai muka2 arab kat sini. ada juga kedai runcit halal diusahakan oleh peniaga2 xin jiang yang kerek, putih mlepak dan fasih berbahasa arab turki.

5) di Dongguan, manusia berhijab dan tak baper nak cerah mcm cina ialah alien. atau dianggap datang dari india T_____T, atau dianggap bangsa xinjiang. harap maklum.

6) pengetahuan baru: wanita xinjiang memakai tudung kepala apabila mereka telah berkahwin. selagi tak kawen, selagi tu tak pakai tudung kepala yg sebenarnya masih nampak rambut.

7) walau dah berbelas tahun tak cakap cino, lepas dapat tau kena terbang ke china, gigih aku tengok drama cina semula demi nak sharp kan sebutan. banyak vocabs yg dah lama aku lupa, aku polish balik by ingat sebutan2 yg locals sebut terlebih dahulu. contohnya "tui fang" ialah check out. klu terjemah betul2 in bahasa, "tolak bilik" T__________T

8) terkena waktu beli buah2 di dalam kedai. dia tunjuk setengah kg ialah 30yuen. aku plak ingat sekilo 30 yuen, haha! nasib baik manis plum tuh. beli saja buah2 dari peniaga tepi jalan, segar dan opcos, murah sangat!

9) di mana2 kami pergi, pasti dapat perhatian mengalahkan artis. Imajin aku nak beli face washer 24yuen je dalam Watson tapi kena hurung dengan 5-6 staff yg melayan maybe sebab diorang ingat aku manusia tanned yg datang dari Negara omputih kot. lol~

10) nak tak nak, bila masuk china, ko KENA make sure ko tahu bahasa cina. tak tau bahasa cina, langsung boleh membawa kepada tekanan kot. sebab orang sana, baik dari level peniaga, local pejalan kaki, kastam, teksi driver, kedai makan, semua 95% bahasa cina semata. 5% tuh sbb kwn kitorang yg kat sana, and sorang penjaga metro yg paham n balas simple2. sbb aku yg boleh dengar n cakap sikit2 ni pon kadang frust bila maksud tuh tak smpai. haha!

ada point2 dan gambar2 lain. later la yer. penat dah menaip. heh.






2 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

wah bestnya p china.. sana ada kecoh2 tak pasal MH370..

mesti shopping sakan nie :)

||alis|| said...

kak iina

sy pi kawasan kilang dan industry. sempat singgah Beijing road pon x beli apa. dasar bukan kaki shopping. padahal Beijing road tuh sorga kaum hawa kot, hihi!

sy tapau FM Guangzhou je. coklat pon 'terpaksa' beli kat epot, gara2 bz x dan pi tmpat beli2 ni, huhu~

kak, nanti email kami eh, alis_mysara@yahoo.com :)