Nuffnang

Monday, April 28, 2014

agak jijik untuk bacaan pagi2, tapi belasah jela. WARNING: risiko sendiri tanggung, kekeke!

balik dari kenduri kawen sabtu lepas, bertiga (pama+aku), makji nak beli barang kat kedai runcit. ok, jom laa kita singgah kedai runcit.

aku park berdepan dengan gerai2 jual makan/minum petang. macam2 stall ada. jual goreng pisang, apam balik, rojak, mee2 goreng, nasi ayam. mcm2 la. situ mmg port makan minum untuk lebih kepada tapau. nak makan2 saja susah sket sbb ruang terhad.

depan aku, ada satu gerai. mari tengok apa akak gerai ni buat.

-memula, dia yg tengah pakai tudung express tu rasa panas, lalu bukak tudung tengah2 alam, dan sauk2 rambutnya yg tengah berpeluh (mungkin busuk jugak sebab cuaca tengah panas berdenting) dan diikat kemas2 semula. tudung disarung segera.

-lalu, dia kopek2 jerawat di muka, berdarah, amek tudung dan kesat2 darah jerawat sampai darah hilang.

-kemudian, korek giginya (sebab sebelum tuh dia sedang makan sesuatu, betik potong)

-in between, dia pegang anak keciknya (yg pasti berpeluh jugak sama macam ibunya)

semua di atas berlaku dalam masa kurang 10min.

yer, 10 min untuk aku rasa jijik dah nak makan kat gerai yg ada budak kecik, dan mak yg... pengotor?

aku dan ayah melihat sama perbuatan akak tuh. ya Allah, memang aku loya dan kembang tekak terus.

baru 10 minit, aku melihat pelbagai benda kotor akak tuh buat TANPA BASUH TANGAN. cuma dalam masa 10minit, berapa banyak kuman kat tangan akak tuhkan? dan apa yg akak tu niagakan? BUAH2 POTONG. imajin kalau 5jam aku dok peratikan apa lagi kelakuan akak tuh... ok sambung kembang tekak.

aku biasa beli dari gerai2 mcm ni, tapi aku lihat, rata2 peniaga lelaki jauh lebih bersih. baik jual cakoi, jual kacang kuda, jual beger, jual air macam2 jenis, jual yong tau fu. bersih. pakai kopiah/topi/sarung tangan. ada jugak peniaga pompuan yang bagus. tapi tak ramai. ini bukan nak mainkan isu gender. tapi hasil pemerhatian aku, si pembeli jajan minum petang atau jajan pasar malam....

harapan aku, mari kita sama2 berjaga2 dalam membeli makanan2 gerai tepi jalan atau dalam kedai sekalipun.. malang tak berbau, kalau nak kena sakit perut atau jangkitan2 lain, kejap je, baik kita extra hati2 dan extra perhati. mungkin tak boleh nak perhatikan semua, tapi sebaik2nya usahakan laa untuk perhati secara extra. paham kan maksud belit2 aku ni?

.

4 comments:

t.a.t.a said...

Aku memang kureng membeli makanan di tepi² jln mcm tu. Atas sebab itu juga la.

||alis|| said...

cikta

tak hygine. yeah. bitter sweet. i know.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

kdg2 lebih bersih makan kat fast food walaupun harganya mahal.. akak jrg juga beli kat gerai2..

kalau kat pasar malam itupun akak akan pilih kedai yang mmg dah selalu beli dan tau rasa dia camna.. lebih baik beli makanan yg kita nampak dia masak kat situ dan terus bungkus depan mata.. nak beli yg dah terdedah tak berani.. pernah sekali akak nampak.. dia letak putu bambu siap2 dalam bekas.. pastu lalat hurung.. confirm ler tak beli kat situ dah..

||alis|| said...

kak iina

samalah kita. yg betul2 kita yakin je baru kita beli. tingkatkan sket tahap kebersihan sbb baru berkat niaga.. langsung terus ada pelanggan tetap. kan? hurm..