Nuffnang

Friday, April 11, 2014

langkawi, lepas 6 tahun tak singgah..

ke Perth dulu, last minit (esok nak gerak, 2 hari sebelum tu baru confirm transportation)

ke Guangzhou baru ni pon, last minit buat visa (3 hari lagi nak fly baru kutip visa kat embassy)

ke Langkawi ni, SEGALANYA LAST MINUTE! arghhhhhh! awal2nya memang tensi. tensi. tensi.

kansel plan flight, sebab adik yg cikgu di JB nak kirim sekotak coklat untuk sambutan hari guru sekolahnya ok alasan sipi2 jer tuh sebenarnya, hihihi~!

nak duduk mana pon 3 hari 3 malam dok browse kat internet pon tak setel2 lagi (ntah apa yg aku hadapkan sangat ntah!)

dulu2 ke Langkawi takde siapa kat sana, so segalanya main redah. penah kami satu family (4org saja masa tuh) decide 24jam je nak ke langkawi sebab si bongsu gesek ayahnya "ayah adik nak ke langkawi laa..." zass..zass..packing kain baju terus pi naik bas, 9jam kendian, tau2 sampai kuala perlis dah. masa tu la baru nak deal kereta, baru nak cari tempat penginapan (masa tuh booking online belum maju tahap sekarang)

Alhamdulillah untuk kali ni, adik lelaki no 5 aku tuh ada praktikal di sana selama 6 bulan, jadi sempena kira ni bulan terakhir dia kat sana, so kami amek laa peluang jalan2 dengan orang fasih tempat kat langkawi ni. dia pon mengajak berapa kali dah.

bila last minit nak ke sana, Alhamdulillah senang plak laluannya...

-kereta sewa tak yah risau, guna kereta housemate dia, FOC bayor petrol jek. (housemate dia sendiri yang offer, hiks!)

-penginapan dapat di Sweet Inn, adik gtau tempat tuh dekat dengan semua benda, termasuk pantai cenang dan kedai ceklat serta kedai makan, yiha!

-takyah fikir nak kemana-kemana-kemana sebab tourist guide ialah adik sendiri merangkap driver tak bergaji.

-jumaat-ahad, Langkawi, inshaAllah kami datang :)

UV lotion, shades, sandals, all ticked! ^_^

weather, minggu depan please be nice to us ya   ^-^

7 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Jgn lupa beli coklat byk2. Klu berkenan Leh beli pinggn mgkuk

t.a.t.a said...

haah lis. kalau coklat tu tak habis, meh pos bagi gue.

hehe

||alis|| said...

kak iina

apsal sy x jumpa coklat Lindt ke hapa nama nya tuh? sy borong pepero je 3kotak beso. pergi naik bas 8jam, ok lagik, balik naik bas 12jam. giler sungguh perasaan dan sengal habis bonbon! pinggan mangguk? takde. p idaman suri sambar kuali je 2 ketul. hihi

||alis|| said...

cikta

meh ah, datangggg Melaka. due smpai mggu ni, minggu depan habis. coconut shakes n karipap sedap adalah, heh. umah aku x smpai 10 min je dari perigi hang tuah cikta. homestay pon banyak. meh ah.

t.a.t.a said...

Ayat kau yang tang "rumah x smpai 10 min je dari perigi hang tuah" tu kan, macam la perigi hang tuah tu sebelah aje rumah aku eh?

||alis|| said...

ehehe..

cikta, nak kasik pujuk, kena la bagi hat sweet2 dulu. ahahaha!

t.a.t.a said...

hahahaha. yo la tu.