Nuffnang

Wednesday, April 30, 2014

niari tak WW sebab...

...sebabnya, malam tadi rumah hampir2 dimasuki pencuri. hurm.

kisahnya, adik kajangku balik Melaka 1 minggu bersama anak2 dia, saja suaminya hantar lama sebab takut 1 may nanti suami dah tak dapat cuti direct 3 hari (biasa cuti sabtu-isnin kalau balik Melaka)

nak dijadikan cerita, malam tadi sekitar jam 12.30malam, adik bangun sebab nak minum air dan solat. waktu dia nak minum air, dia membelakangkan tingkap dapur (tingkap glass tolak kiri-kanan), bila dia paling ke arah tingkap, jeng3! Nampak kepala orang dok menjengah2. dia panik tapi tak menjerit. dia dok call pama tapi pama pulak tak angkat2. dia ketuk pintu bilik aku tapi slow sangat ketukannya, aku mana laa dengar. bila kali kedua dia ketuk, dah kuat sikit dan aku tersedar.

aku bukak2 je pintu, dia terus bisik "long, kat dapur ada orang masuk!"

malangnya adik aku ni mmg terkenal dengan sikap suka buat lawaknya tak kira masa sebenarnya. aku yg tengah mamai ni boleh plak ingat dia bergurau dan terus cakap "ye ye je ko ada orang masuk, ko main2 eh? jangan jadik macam citer serigala ngan penjaga kambing tuh..." sumpah masa tu aku masih mamai dan and yet boleh plak aku dok fikir kisah serigala time tuh!

adik aku tiba2 marah.. "ko ni long, aku tumbuk jugak ko kang! (sambil bagi aksi penumbuk), aku cakap bebetul ni lah!" muka serius+nak marah. haha!

masa tu aku baru la tersedar sepenuhnya dan ambil cermin mata aku kat tepi katil, tapi tetap lepas tu nak gelak sebab cara adik cakap sebijik macam Johan Era.fm "aku tumbuk muka kau bhaaaaa..." (Johan kan suka cakap macam tu in sabahan slang..)

bermulalah operasi jaga2 cik salmah burung hantu kami anak beranak. masa tuh pama memang dah terjaga. kami 2 orang dah tuju ke dapur. dengar macam bunyik gesek2 kat pintu, rupanya ayah! dalam kelam kabut kami marah2 ayah kenapa tiba2 ada kat pintu dapur! hahaha.. tula gamaknya kan bila mamai+panik! aduh! ayah ke dapur sebab nak make sure pintu dapur diselak betul2 atau tidak. kejadian ni berlaku SELEPAS adik perasan ada orang kat luar rumah.

adik memang yakin kat luar ada orang sebab lampu luar terpasang terang (biasanya tak pasang tapi ntah kenapa malam tu aku saja pasang sebab nak elak kalkatu masuk rumah dan biar kalkatu p attack lampu putih kat luar je, wrong act) dan dia memang nampak ada kepala menjengah (tinggi tingkap dari luar rumah kami ialah separas leher orang dewasa, manakala dari dalam dapur cuma paras bahu, maksudnya lantai dapur kami tinggi dari kawasan luar rumah tudiaa punya explaination bakhang!)

kira2 sejam jugaklah kami dok jaga2, tapi semua jaga2 dari dalam bilik. sebab masa kami kelam kabut dok pangpungpangpung rupanya orang tuh masih dok sembunyi kat store belakang dekat dengan dapo sebenarnya. sebab apa bila semuanya dah beransur dari dapo, alih2 adik dengar lagik pintu gate kecik kat luar berbunyik gesel dan kuat. 2nd panic attack for her. poor adikku.

she took around 2 hours before going back to her bed with her kids, while me took only 30mins before I doze off! dalam takut2 pon still bleh tido within 30min je kan.

pagi ni tak sempat nak p siasat kat area halaman luar dapur sebab semua dah bz. mungkin petang ni baru jalankan CSI.

jiran kami cakap mungkin budak baru belajar nak masuk rumah orang. while makcik aku (kebetulan jiran jugak) cakap, kemungkinan indon yg baru duduk area kampong kami, sebab katanya ada satu petang tu selambaaa je indon2 ni tarik guni berisi kelapa curik depan rumah dia. kami sekeluarga tak penah jumpa plak indon2 tuh..



6 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

rumah mak akak pun pernah dimasuk pencuri.. dia cuba masuk ikut tingkap dapur tapi xlepas sebab tingkap tuh ada dawai besi yg kuat xleh bengkok..

last2 dia masuk ikut kolong bwh rumah yg ada pintu kecik .. nasib takde benda hilang kecuali jam tangan adik lelaki akak.. lelain brg kemas mak akak.. duit semua tak berusik walaupun dia selongkar habis kertas2 geran rumah siap bertabur atas lantai..

kata mak akak dia selalu amal doa brg hilang.. sebab itu kot pencuri tuh tak nampak brg2 mak akak.. pelik juga bila mak akak cite tuh..

||alis|| said...

salam kak iina

mmg ada sesetengah amalan dan doa tuh kan kak... kita pon x pasti doa yg mana, tapi mmg ada.

masa kita dok kat shah alam dlu umh kazen member dh bersepah kena kemas dek pencuri, bila carik2 rupanya pencuri tu masih ada atas almari baju sambil buat kuak renang. kazen member ckp atok dia dah 'pagarkan rumah', bila pencuri tuh 'sedar' dia ckp tiba2 dia nmpak laut dan dia terpaksa 'berenang' nk cari tepian.

fuh.

*babai Malaysia, welcome to Japan ye kak! ewah :P

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis..

akak kat mesia lagik belum terbang hahaha... insyAllah malam esok akak fly.. petang esok nak ambik kwn thai akak kat lcct..

||alis|| said...

haah.. 1 may akak fly, igt, takut akak dah x online je, mana tau, tuh yg wish awal, hehehehe!

enjoy ur trip kak.

t.a.t.a said...

Rumah aku dulu pernah dimasuki orang, sebab orang tu pernah ternampak aku naik rumah melalui tingkap. Hahaha.

Masa tu aku balik dari asrama awal. Kat rumah tiada orang, tapi aku tahu ada tingkap yang boleh dikumpil, so aku kumpil dan naik la lalu tingkap.

Beberapa hari kemudian perasan rumah dimasuki orang bila tabung kelapa penuh dengan syiling hilang. Huhu.

||alis|| said...

cikta

mmg malang takde bau la kan.. amek barang je takpe ta, jangan dia cederakan, takuttttt ~_~