Nuffnang

Monday, April 14, 2014

PEPERO, HALAL KE? HARAM KE? :)

pepero halal walau tanpa logo halal jakim. titik uols.

selain diakui oleh Farah Lee, isteri Ally Iskandar yg menuntut 5thn di Korea, company yg hasilkan pepero juga menyatakan yg pepero dihasilkan dengan plant-based.

dan aku pilih untuk percaya. titik jugaks uols.

aku tak biasa travel ke luar negara, tapi biasa carik makanan waktu terpaksa ke luar negara.

dan yg aku tahu, kalau katalah, sesak betul takde sumber makanan halal kat area tempat korang tercampak, korang boleh senantiasa opt utk 2nd pilihan, iaitu KOSHER.

kosher ni macam "halal" bagi kaum yahudi la. range utk pengamal kosher dunia maybe dah tak ramai (tapi pastinya tak even pon ngan halal user), tapi kosher ni ada saja di mana2, termasuk sesetengah menu dalam kapal terbang. penah dengar kan, Kosher Salt? see, kita yg halal ni pon takdok Halal Salt. acaner tuh? heh.

sembelihan kosher jugak kita boleh makan. sebab ianya sembelihan ahli kitab. tinggal ko yakin tak yakin jela, alangkan ikn keli ikan patin pon tokeh dia bagi makan perut babi, acaner tuh?

certain Malaysian, maaf cakap, kadang terlalu rigit sangat ngan logo halal keluaran Jakim. takde logo halal Jakim, malam tak boleh tido (ok sangat ezegeret, maaf lagi sekali)

pepero yang sekotak atau nan sebatang tuh yang dia dok gadohkan sangat, tapi aku tengok, ramai je lagi ,melayu muslim yg masuk streamboat jonny's, ramai je taram yong tau fu yang pastinya semua segala ball-ball tu bukan melayu yg buat, ramai je order kat kedai cina "nyonya, nasi goreng tapau 2, takmau daging babi ok!" ramai je masih masuk restaurant2 syubhah, ramai je lagi dok masuk kedai makan korea, mexico, Italy, japan, dan ramai je yg masuk kedai logo halal tipu...

sedih. dan kembang tekak. kadang aku lalu kedai yg takde pon nampak logo halalnya tapi aku tengok mak oii ramai melayu bertudung, berjubah berhaji berhajah masuk dan makan (pastinya bukan nak duduk rehat je ye dak?), paling2 aku buatlah muka keliru ke, muka kening angkat sebelah ke (I am not so called alis for nothing oke, ngeh!)

benar, jihad itu tidak mudah, apatah lagi jihad anak tekak. janji sedap, syubhah atau tak, takyah amek tahu, takyah amek peduli, atau paling mudah, buat2 tak tahu saja..

sila alert saja dengan code ini sebagai petunjuk. print dan masuk dalam purse/wallet masing2.

100-199    
food colors

200-299    
preservatives


300-399    
antioxidants, phosphates, and complexing agents


400-499    
thickeners, gelling agents, phosphates, humectants, emulsifiers


500-599    
salts and related compounds

600-699    
flavor enhancers

700-899    
not used for food additives (used for feed additives)

900-999    
surface coating agents, gases, sweeteners

1000-1399 
miscellaneous additive


1400-1499
starch derivatives

selalunya Emulsifier (E code) buat barang makanan jadi terlebih was-was. maka; paling tidak, ingat E code yg ini:


•Glycerol / Glycerin / Glycerine (E422) - haraam if obtained from pork or non-halal meat sources.
•Emulsifiers (E470 to E483) - haraam if obtained from pork or non-halal sources.
•Edible Bone Phosphate (E542) - haraam if obtained from pork or non-halal meat sources.
•E441 Gelatine : derived from the bones and/ or hides of cattle and/ or pigs.
•E542 Edible Bone Phosphate : an extract from animal bones
 
**aku kopipes sebab ingat2 lupa.


kalau nak cerita pasal situasi makanan halal DALAM MALAYSIA ni je, aku yakin, KALAU 100 orang baca, MAKA 100 orang pilih untuk makan kat rumah. p paso beli barang basah, masak, makan. titik. takyah nak pening2 kan. kebersihan terjamin, kehalalan dijamin, kesihatan pon terjaga. soalnya sekarang, berapa lama?

kalau korang tahu kebenaran, korang takkan nak telan dah segala jenis air batu, kek2 kat bakery dalam mall, dan apa2 kedai jual benda makan. dalam kelas dulu macam2 gambar pegawai kesihatan tuh tunjuk, dan macam2 perkara depan mata aku jumpa masa buat kerja lapangan. heh.

cakap, cakap gak, tapi baru semalam kat R&R aku order nasi ayam, akak tuh dok batuk2 kering (TB ke?) n bersin dekat ngan nasi ayam aku, hahahahaha! aku cuma doa jangan aku ceret beret dalam bas yg makan perjalanan lagi 8jam tuh sudah! :D

tarikh luput suntikan typoid aku is tahun depan. so jangan risau, aku masak apa2 korang masih boleh je telan lagi, kekekeke!

*dapat suntikan tuh time keje halal dept kat kilang roti canai tapi tetap kena turun bawah menebar roti uols. mihiks. ilmu+skill yg aku dapat boleh guna sampai mati dan, resepi rahsia yng sampai bila2 dalam kepala otak iols. roti tuh cuma boleh didapati untuk siapa yg naik eMAS business class je uols. economy class pon tak dapat. let alone naik Air Air, atau Malinjo Air.


panjangnya kita celoteh kan? penat jari jemari kita, dah laa malam tadik sampai Melaka kul 3pagi, tidonya 4pagi. bangun pagi kepala tintong dalam bilik air, sambil nyumpah diri sendiri, lenkali nak pi langkawi tuh naik je flight! titik.

alis
-ex student pensijilan halal
-bukan pengembara tegar.

3 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

alis.. aik p langkawi drive juga ke.. ingat naik flight.. mesti dah shopping sakan ekkk..

bab halal haram nie.. kita semua sendiri maklum.. akak dulu.. janji kalau tengok dia ada bgtau for vegan atau vegetarian.. amatlah yakin nak makan.. kat mesia pun.. kdg produk beli kat tepi jalan yg xde sijil halal walaupun yg jual tuhpakai tudung pun belum tentu terjamin kehalalannya..

Dulu akak ada sorg kwn yang vegan.. sampai nak makan kek.. pun dia p buat sendiri (lelaki).. kenapa dia buat sendiri sebab dia vegan.. hatta sebiji telur pun takde dalam kek dia.. kitorg makan dgn yakin..

bab coklat tuh.. atau brg2 makanan tuh eloklah check ingredient.. tapi ada juga org yangtaksub.. takde sijil halal tak nak makan.. ikut masing2lah.. akak dulu lagi.. pernah juga beli makan kat cafe yang jual juga bacon.. tapi janji niat kita nak makan yang boleh dimakan.. macam ikan atau udang.. hatta akak pernah gak makan dgn kekwn mat saleh yg makan bacon.. atau kwn thai akak yg makan dried pig.. but kita terima jelah kan.. bukan kita makan makanan diorg pun.. ;)

||alis|| said...

kak iina

itu yg sy cuba smpaikan. org dok lama di over sea msti paham kan. sy start benda2 halal-haram ni waktu 1st time keje dlm company yg bercampur kaum (cina india melayu serani) so kat opis ada 2 microwave. satu halal satu non halal.

yg jenis x kisah.. non halal pon dia belasah. heh.

bidang ni seronok. tambah "seronok" bila dpt tau halal centre kat asia ni ialah kat hong kong. haa terkejut badak sy msa lecturer sy gtau hong kong. kenapa bukan negara2 islam di asia yg lain? pelik banyak tu kan.

apa2 pon niat dan keyakinan kita betul x kak? bawak 2 tu je, inshaAllah, laluan kita dipermudahkan Allah :)

Anonymous said...

Salam...Mcm mana kosher salt boleh disamakan dgn garam yg mana saudari mengatakan Islam pon tak ada garam halal... kalau begitu macam mana dgn kosher wine? Yahudi ade minuman beralkohol seperti Kosher wine.Tak kan lh ia menjadi Wine Halal? Kosher diamalkan oleh kaum Yahudi, saudari ade menyebut "sembelihan kosher jugak kita boleh makan. sebab ianya sembelihan ahli kitab." Saya ingin bertanya, adakah Yahudi sebagai ahli al kitab menyembelih mengikut syarak? Adakah Yahudi menyembelih bermula dgn Bismillah? Jadi AMAT tidak sesuai Kosher Yahudi nak disamakan dgn Halal. Janganlah kita memberi pandangan peribadi tanpa merujuk terlebih dahulu, dikuatiri menyimpang dr ajaran Islam. Wallahhu a’lam.