Nuffnang

Monday, April 7, 2014

sedih tau jumpa kes mcm ni :(

-beli jus jambu batu, busuk. tak sampai tekak lagi dah rasa busuknya. yucks. (RM2.00)

-beli kerepek, lemau (RM2.00)

-beli taugeh tak smpai 24jam dalam peti es, busuk. (RM0.50)

-beli tafufah pasar malam, rasa hangit melampau (RM1.50/bekas)

-beli mee goreng buh cili jeruk, makan malam ni esok pagi cirit-cirit (RM2.00)

-tempah bilik hotel mahal tapi kualiti tak sama banding kuatiti. (2mlm RM500.00)

-beli laksa paso malam tapi jari berbalut plaster kotor dan hitam2. (sebungkus RM3.50)


di atas ialah antara bisnes dimana rootnya dari satu bangsa, MELAYU. bangsa aku tuh. (walau tak 100%)

harga memang tak mahal, murah je kan. takkan nak berkira?

well bukan harga aku nak sebut, nak tekankan, nak ralatkan.

tapi etika.

boleh yer dia tido malam niaga benda-benda tak sesuai untuk pengguna/pembeli?

terambil dia yer duit yg hasilnya dari tak redha pembeli yg ralat (aku la antaranya).

aku memang seorang pengguna. dan pernah menjadi penjual (yg mungkin esok lusa aku jadik peniaga semula)

dan aku, dan kamu juga, sendiri boleh jamin, bukan semua melayu tuh berniaganya takde etika.

aku penyokong tegar peniaga melayu. tak payah nak hebatkan sangat produk orang luar, aku beli tanda sokong, sebab rata2 barang orang kita (nak2 bahagian makanan) tak mahal mana sampai kita ralat nak beli dan keluar duit.

kilang dodol bukan milik bumiputera yang terkenal dalam Melaka dulu operasinya dalam kilang berdindingkan papan, dengan anjing bersepah-sepah.

sekarang taktau la apa kisah, tapi pelancong muslim antara pengunjung tetap di bangunan niaganya untuk beli dodol. aku, sekali dah tau, sampai bila2 aku kembang tekak. bagilah free, mintak maaf. nak bagi orang? takpe2, baik aku buangkan saja. benda tak sampai rm10.00.


4 comments:

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

akak dulu masa mula2 balik.. bila mkn kat luar manjang sakit perut.. itu tak masuk yg benda sikit tapi harga tak sepadan..

skrg nie dah ok sikit.. tapi akak masih prefer masak kat rumah hatta sarapan pun skrg semua bwk dr rumah.. jimat.. bersih dan insyAllah halal..

kdg beli kat psr mlm kena jaga2juga.. akak biasa beli kat org yg dh biasa beli dan rasa.. seng sebab yakin..

||alis|| said...

kak iina

haaa sama kak kita.

-masak/makan di rumah (ikot peel ayah)

-kalau makan di luar pon tengok dulu.

-bab paso malam tu kita boleh sep ah, sy tiap khamis p paso mlm ke gerai yg sama. kazen ckp hujan2 kena aware ngan cili jeruk (dia ex nurse)

t.a.t.a said...

Baru-baru ni beli keropok lekor mentah, nampak okay aje. Tapi bila goreng, makan rasa busuk. Tanya my sis, ini kira aniaya orang tak?

||alis|| said...

cikta
org takut rugi banyak. apa laa sangat kan.. buat yg baru. jual. berkatnya berkali2 ganda. sedihlah. kita x ralat duit keluar.. cuma ralat sbb bila nk makan.. dh smpai tekak.. tiba2 x bleh makan plak. org blanda ckp apa tu.. haa.. potong stim.