Nuffnang

Wednesday, April 23, 2014

semalam yang nak cepat


semalam.

system byaran baru, max*s dh tak mahu terima bayaran dari kaunter dah, dia halau ko pi bayar kat atm, which aku hamat tak suka dan tak efisien untuk system failing. tu sebab tak pasal2 aku kena snap gambo ni untuk rekod dalam fail.

owh yer, ni bil bos. aku guna prepaid tu pon nak gtau ka? :)

ok cerita semalam. sambung balik.

tengah2 aku nak bayar, ada laa sorang pompuan ni, bangsa dia sekali tengok macam cina sbb dia pakai amulet Buddha. tapi dia speaking broken English "I want put money inside"

lepas aku cakap "wait", dia senyum. pahamlah yg dia nak aku tolong dia masukkan duit ribu2 sempat melirik, wahahaha!

aku jangka dia nak bayar bil maxis guna atm jugak, so bila dia hulur kertas kecil, ada number akaun saja, ok fine, aku buat macam biasa.  3x buat tetap keluar "invalid number" appear.

ait?

aku try speaking cina, tapi dia cuma geleng2 kepala. so aku syak dia ni orang siam. sebab subutan pon ala2 bunyik siam.

lama aku nk pahamkan maksud dia. ok, rupanya dia nak masukkan duit guna CASH DEPOSIT MACHINE.

then aku cakap "this is not the place, u shud go n find the Cash Deposit Machine, maam"

"where?"

Allah. aku pon tak tau. tapi aku tau ada deretan atm pelbagai bank kat hujungggggg dunia Mahkota Parade tuh. aku terus jawab "come, I show u"

bila sampai, rupanya yang ada cuma atm saja. CDM takdok. so dia sendiri cakap "nevermind, I go n find, tq ya"

sian dia. dan aku plak nak cepat. kalau tak sebab aku gores parking 30min, bleh je bawak dia p CIMB terdekat. harap2 dia jumpa  CDM yang dihajati.

masa nak balik, sempat aku sambar satu handbag corak leped yg murah gile2 sebab sales last day semalam. ikotkan-fav aku tpi bila belek2, nampaknya lebih sesuai untuk makji, senang dia nak masuk telekung bila travel, tapi semalam beg tuh mmg worth buying. nnti senang aku tepek gambarnya ye.

bai for now. salam. selamat bekerja kengkawan! ^_^

4 comments:

t.a.t.a said...

Tengok credit limit dia, wah!! Giler aa Lis.


Awat tak bayar guna online je Lis? Lagi senang.

||alis|| said...

cikta

bos2 mmg crdt limit dia banyak kan, haha. aku gak yg main secoet-secoet.

ntah bos. dia ni org lama. epf semua pon bulan2 aku jadik runner ke hq Melaka. padahal boleh bayo guna mana2 bank kan.

hmmphhh.

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

bestlah boss dapat pekerja yang rajin macam alis.. kalau alis berhenti keje sure dia pening sapa nak tolg byrkan bil..

||alis|| said...

kak iina

sy ni dh merangka runner bagai dah. masuk cek, bayo bil, amek cek, jumpa org, jmpa bos kat luar, bla3.. semua la, haha.