Nuffnang

Wednesday, May 7, 2014

bertanya lebih tidaklah salah, kan?

tempat kerja aku dekat dengan kandang lembu. walau aku bukan kerja dengan jabatan haiwan, haha.

semalam, ada mamat cina ni bawak kereta, masuk area kawasan keje aku, melilau2 sambil pusing perlahan-lahan keretanya, dia nampak aku kat luar yang nak perati dia buat apa. lalu dia tanya..

"....kak, nak mintak itu tahi lembu sikit boleh tak?" dalam pelat cina dia.

"ha? u mau buat apa leh?" budak melayu yg cuba nak slang cina.

"saya mau bikin ubat la kak.."

"...hah?? ubat?? ubat untuk apa?"

muka dia nampak hesitate, tapi baiklah aku layan akak ni punya soalan kalau nak barang yg dihajati.. takut tak dapat plak, bukan senang nak jumpa tahek lembu kat area tmpat keje aku, ceh!

"...buat itu ubat untuk anak saya.. bawah dia bengkak kan.. so kena balut la sama tahi lembu.."

erk??

"habis u balut itu macam saja kah? takde campur bahan lain?" pergh ayat...bahan! haha!

"saya campur sama itu *ubat senapang.."

pitam!

haa.. ok, ok, u pergi depan mintak itu sama bini tauke.."

"ok thank you kak.." dia berlalu.

*ubat senapang-belerang

harap2 betul sukatannya, takut meletup je kang. eh tahi2 haiwan ni kan ada gas metana kan? tahi paling banyak tuh, tahi *babi

*aku penah panggil babi dengan khinzir, lebih lembut dan sopan bunyiknya kan, tapi prof aku sendiri cakap, nak buat apa lembut2, dah babi tu memang babi, benda haram, najis berat, nak panggil lembut2 sopan pasaipa plak?.. ganeh kan cara penerangan prof aku? hihi

.

10 comments:

julietchun said...

tak geli ke?

lupa, salam.

gadisBunga™ said...

tolong...!!!! nakmuntah!!!!

marinahunny said...

Hehehe ank dia kena angin pasang kut. Hehe wei stuju dgn prof tu dah mmg namanya babi kan hehehe. Cuma jadi mcm kasar sbb org duk guna nama binatang tu utk memaki hamun

||alis|| said...

kakjuliet

heyyyy bangun pon anda.. hihi

eh, w'salam :)

||alis|| said...

gB

sorry gB. sorry2.. hehehe. maybe ada unsur2 perapan yang boleh ubati adik tuh. pelik2 je petua eh.

||alis|| said...

kakna

haah, angin pasang. kesian kan. ada yg amek daun mengkudu and salai atas api and balut. babi tu untuk menaip comel la, tapi aku pon jarang sebut secara lisan, Nampak x permainan dia kat situ, kekeke!

Tukang Padam Papan Putih Cute (T3PCute) said...

Teringat dulu cari tahi lembu dan kambing utk baja masa kelas pertanian.. bau dia brrhari gak melekat kat tgn

||alis|| said...

kak iina

saya ni tempat keje dekat sebelah kandang lembu, rumah pon tak jauh dari kandang lembu..

tapi xde penah bau tahi lembu tu. cud be either hidung sy kenot detact, atau system pembersihan yg bagus dari owner, hihi~

Lizzie Yasmin said...

Ingat dia cakap nak buat dinding rumah. Kan ada masyarakat kat India buat dinding rumah pakai tahi lembu.. Grr

||alis|| said...

lizzie yasmin

hi :)

bukan, yg ni apek cino yg mintak, hihi~