Nuffnang

Thursday, May 22, 2014

kejadian-kejadian

i)

beratur, nak bayar parking. kat hospital swasta. mamat rambut afro depan aku.dah masukkan rm10.. kemudian masih teraba2 poket seluar, beg sandang..

dari elakkan beratur lebih lama, aku offer budak ni rm1. sebab dia kurang lagi 70sen. dia segan2 tapi amek gak. nak pulangkan baki 30sen, aku cakap "amek jela dik"


ii)

sementara tunggu kawan di depan kedai buku, dalam semua mall. aku tunggu di bangku2 khas untuk ibu ayah area arked mainan kanak2.

ada 2 buah mesin dekat dengan bangku aku duduk aku perati je gelagat kanak2 dan manusia2 yang ada.

pertama, sepasang kanak2 lelaki leka main kat mesin yg offer kad. sekali main perlu 3 coins. dan aku lihat budak2 ni sekali tukar, rm10. untuk sekitar 15min, diorang dah habiskan rm30. tanpa pengawasan dewasa.

kedua, aku lihat sorang kanak2 perempuan dalam 3tahun, tunggang kuda mainan, dah habis coins, dan dia nak tunggang lagi, aku tengok atoknya selamba tinggalkan dia sorang kat kuda tuh untuk ke kaunter dan tukar coins. jarak? boleh laa kalau sesiapa yg nak sauk je budak tuh tanpa org lain perasan.

iii)

parking dalam giant, ibu kanak2 di tangan penuh barang, anak lelaki 4 tahun dah berlari keluar, kereta sebiji elok tengah lalu amek lap, aku tarik tangan anak dia, dan cakap dengan kuat, "kak, pegang tangan anak ni, parking bahaya, keta laju2!!"

mak dia tak terkata, tapi cubit dan tarik telinga anak! damn. apa pulak salah anak? dia kecik, tak tau apa. kan? ko mak, ko yang kena jaga anak. haish.

iv)

kejadian ni berlaku masa aku nak balik langkawi, by bus. kat Kedah kot, bus stand Kedah, org semua beratur nak naik bas, ada sepasang suami isteri ni, suami tu tukang hantar isteri naik bas. aku, seperti biasa, normallah kalau kita suka memandang org2 luar bas kan..

then something happen. b4 si isteri naik bas, dengan isteri sebagai org pertama yang beratur, dengan orang belakang yang ramai, depa dok kiss2 mulut ok! weh malu la weh, get a room. aku macam... arghhhh! gila la korang-buat-bus stand Kedah-macam-Central Park-atau-King's Park!


tu je untuk hari ni. WW pon takde sebab aku takde gambo yang menarik. hurm.

10 comments:

tasekM said...

budak mmg tak reti berjalan. deme tau berlari je.
sama la budak MC pun.
dah besor2 ni pun asiklah berlari.


.

t.a.t.a said...

Part laki bini tu memang aku geli sgt! Eh jap, mana kau tahu depa laki bini?



Aku pernah tegur orang dalam bas macam tu. Seat lain punya la kosong banyak, depa pilih duduk berdua. Lepas tu duduk rapat-rapat giler. Aku nak turun aku cakap, bang malu aa bang buat macam ni. Cover aa sket.

Lepas tu baru aku tahu depa tu memang laki bini. Aahh lantak pi la. Awat pi buat lagu tu dalam bas? Kan dah kena.

t.a.t.a said...

Aku paling tak suka ibu atau ayah yang cubit anak sebab anak tu jatuh ke apa ke di khalayak ramai. Kesian anak tu. Kesian juga pada diri sendiri sebab orang akan lihat macam mana kita didik anak di rumah.

julietchun said...

saya tak pernah cubit anak buah saya walau deme lasak macam mana pun, sila percaya :D

||alis|| said...

kaktas

kak, jangan marah tau kak, mc dh beso, takpe lagi, dah paham. ni budak 4 thn. haha. yer, ank2 sdara aku skrg jenis ligan. penah bawak dak husna 3 thn masuk family store duyung tuh, dalam aku leka kejap gile belek susu tepung dutch lady maknya kirim, sedar2 dia takde sebelah aku! berderau. jeritlah nama dia, Husna! Husna! tengok2 dia leka nak panjat tangga FS tu.. TT_TT

||alis|| said...

cikta

aku ni jenis cepat panas hati bila tgk maksiat. dlu kat itm suka sergah budak2 merendek. haha!

serius. lelaki, dah kena, ada harga lagi. pompuan? habis takat tuh jela maruah ko. takde jual mana2 tempat. biau ler dia nak marah aku ke, maki ke, aku kisah apa. aku tegur sebab aku kesian-sayangg kat budak2 pompuan mcm ni.

dalam bas, mmg ada, kongsi sweater selimut dua badan. perjalanan malam. habis satu badan ko kena raba. lepas tu, apa ko dapat? haish.

aku fikir baik lagi kot ta, aku HARAP diaorg laki bini la kan.

||alis|| said...

kak J

awak cakap apa pon saya caya je, haha!

kem salam dak arip.

t.a.t.a said...

Juliet, aku percaya aje. Aku pun tak pernah cubit anak buah kalau nakal macam mana sekali pun. Aku tak pandai guna tangan.

||alis|| said...

cikta

aku dulu ketam berjalan gak kadang2. sekarang dah insof. molot je garang. haha

Anonymous said...

sedeh kan bila melayu dah lupa adab sopan, malu, segan, silu, dan ikut mem@#%^buta corak hidup barat. kesian budaya kita hilang, dipupuskan. bimbang masa anak2 kita yang membesar dengan persekitran begini, tunjuk ajar dari orang dewasa sekrang yang mereka pandang.
sangat risau.