tak sangka 2020 kita cuma bulan 1,2 dan 3 kan.
apa khabar kalian diluar sana? aku harap kalian baik2 saja. aku disini, baik2 saja dengan keluarga. masih dalam malaysia 😂
buat yang sedang patah semangat, jangan mengalah.
buat yang sedang berjuang, cekalkan hati, sikit lagi.
buat yang sedang bahagia, aku ucap tahniah.
buat yang sedang enggan berganjak, utk kamu, aku ada.
buat yang baru di garisan pemula, semoga berjaya ya!
buat yang rasa gagal, ingatlah kembali apa yg buat kau berazam.
jalan kita semua tak sama.
baik jika masih atas dunia;
atau jika sudah ada disana.
teruskan usaha amal, jangan berhenti.
tahun 2020
aku keguguran lagi, sampai aku trauma untuk hamil kembali, aku rasa gagal sangat, kenapa susah nak jadi ibu buat kedua kali?
siang malam aku nangis. mimpikan anak2 yang pergi tak kembali. masih lagi tengok gambar2 waktu aku masih hamil, walau tak lama, 12 minggu, 10minggu. aku tetap pernah hamil anak kedua dan ketiga.
kekuatan aku; suami.
ternyata sangat, Allah maha bagi apa yg aku perlu (bukan apa yg aku mahu). terima kasih syukur alhamdulillah untuk pemberian insan yg buat aku kadang lupa yg dia ada kat sebelah walau pada waktu aku di titik paling rendah. dia ada. dia ada. alhamdulillah.
hujung tahun, saat mahu mengira detik meninggalkan tahun 2020, mak ani aku pergi mengadap illahi. Allah. mak ani was my eldest sister biological mom. kakak aku takde adik beradik lain yg seibu. mmg anak tunggal. mak ani lepas berpisah dengan ayah, memang tidak berkahwin lain. ya Allah sedihnya.. sedih hilang mak ani.. sedih tengok kakak yg kehilangan mak buat selamanya.. 4 hari dah mata ni bengkak tak reti nak relaks. asyik nak menangis je kerja dia 😢
doakan kakak aku kuat. doakan kami kuat.
aku doakan kalian semua jugak kuat.
bismillah. selamat datang 2021..
No comments:
Post a Comment