Nuffnang

Sunday, November 30, 2008

edisi bumper keBODOHan

Bodoh. Mmg aku bodoh. Kalau org lain tahu, derang pon akan kata aku nih stupit. Even buat yg baru tahu kisahku ini… akan ckp ‘apa lah pompuan nih… wake up plisss~’

Aku penat sebenarnya. Penat untuk cuba membuang rasa kasih ini. Ternyata gagal.
Hey, bukan senang mahu berjumpa dengan lelaki yang mampu terima kita seadanya. Dan punca kenapa hubungan yang pernah bakal bercambah ini gagal, ialah kerana hanya 1 ayat aku.

Ril, percayalah, kalau aku tahu, ko mengelak aku hanya kerana sebab itu sahaja, ko plak yg bodoh~ apa kena mengena harta ayahku dengan kita~ ayah, ialah ayah’s, manakala aku, ialah aku’s. beza. Kau takut, aku tahu, kau takut!! Tapi ko bukan pengecut. Aku tahu bukan sebab yg lain.

End up, kau pilih wanita yang aku rasa tak mampu nak jawab soalan2 dibawah ini (*more than 10 nih tau)

Apa minuman faveret ko tiap kali minum kat luar.
Apa kereta impian kau.
Apa sukan kegemaran kau.
Apa impian hidup kau.
Apa yg kau nak sebenarnya.
Apa berlaku masa ko darjah 5 hingga 6.
Apa yang paling kau tak suka.
Apa yg buat ko tersenyum.
Apa yg buat ko bengang.
Apa yg mampu buat ko naik angin.
Apa buat ko teruja.
Apa matlamat hidup ko yg sebenarnya.
Apa alat muzik kegemaran kau.
Apa tabiat yang buat ko lemah badan nak buat jika terpaksa jugak buat.
Apa alat muzik kegemaran kau.
Apa station muzik faveret ko.
Apa band kegemaran ko.


So, meh aku buat soalan bocor, mana tau si dia cari jawapan untuk mana2 soalan yg dia tak mampu nak jawab satu hari nanti ke.. sapa tau kan..

milo ais
honda civic (hybrid lagi ko suke giler~)
badminton (tiap2 malam main sampai pagi, sampai wakil persatuan)
impian ko nak jadi orang kaya dengan own bisnes sendiri.
ko nak benda2 remeh kekal remeh, yg berat kekal berat.
arwah ayah ko meninggal (ko underpresure, setahun tak kuar umah.)
Hypocrite, kelewatan dll (aku selalu lewat bila ko ajak jumpa, ngeee…)
bila ko dapat apa yg ko nak, atau bila ko buat sesuatu yg ko suka. *bangga.
orang lewat datang appmt (macam aku, ngeee lagii..)
bila cerita tentang impian ko (refer soalan #4)
nak jadi orang kaya yg beriman/solleh
beli/cari bunga kat kedai yg kau tak tau kat mana, 3kali ko turun naik MP cari kedai tuh kat mana~
ko suka gile main gitar, gile punyer suka, masuk kedai muzik, terus amek gitar n play.
liteFm
the beatles, minat giler sampai ko PAKSA aku minat, ok.., tq, but NO thanks~.


Aku beat, kalau si dia, yg kini telah selamat menjadi tunangmu, boleh jawab 5soalan diatas dengan betol pon, mana2 soalan hatta soalan2 bacin macam air fav/alat muzik fav/kete fav/station muzik fav kau, aku sanggup angkat kaki, terus blah. Bukan main2 nih.. (*tapi janji jgn buat open book exam ler dowh..~)


Last2, ko pilih dia… dia yg aku kenalkan plak tuh! Aku, ko tolak tepi. Aku tahu, bukan kehendak ko buang aku secara perlahan. Ko taknak aku terasa. Tapi kau terpaksa pilih, kan

ko nak kawen awal, sebab rezeki murah lepas kawen nanti, kata kau.Aku plak jenis tak mahu terikat awal. Lantas, ko pilih dia.

Aku,
Orang yang tak pernah lupa wish ko 7/12 tiap tahun, tepat 12am..
Aku,
Orang yang berada betul2 belakang ko masa ko dalam kesusahan..
Aku,
Orang yang akan ikut apa saja keputusan ko tanpa banyak bicara..
Aku,
Orang yang jadi tempat bertanya pendapat bila jalanmu makin sempit..
Aku,
Orang yang lagi banyak YA daripada TIDAK bila ko minta tolong apa pun..
Aku,
Orang yg tak pernah menolak tiap kali ko ajak pi mana pun..
Aku,
Orang yg duduk sebelah kau, lantas ko paut tangan kat belakang kerusinya.. terkejut aku siuttt..(the Zon JB)
Aku,
Orang yg minta ko berhenti kete kat tepi jalan semata2 nak tgk askar RAMD buat latihan terjunan payung kat tanjung bidara.
Aku,
Orang yang sanggup datang rumah kau, sorang2, malam2, semata2 nak bagi moral support kat family ko masa ko benar2 jatuh terduduk semata2 kerana dikhianati..
Aku,
Orang yang akan tipu situasi sebenar jika tahu benda tuh buat ko susah hati..
Aku,
Orang yg bagi suggestion
CARA2 NAK PIKAT DIA~
Aku,
Orang yg pujuk ko bila si dia 2 KALI TOLAK AJAKAN KO untuk jadi pasangan.
(ingat lagi tentang kisah setakat kapal terbang kena curik tuh?)
Aku,
Orang yg mintak no phone kau dari hawa, semata2 sebab instinct aku ckp: ko org baik.
Aku,
Banyak lagi. Aku tak mahu dedahkan sebahagian yg besar lagi.

Dia,
Tak tahu apa yg aku buat selama ini untuk up kan semangat kau bila dia ‘tendang’ kau bulat2 bila ko propose dia 1st n 2nd time..
Dia,
Ah~
Cukuplah sekadar aku katakan,
Dia tak tahu apa2 tentang kita..
Kalau aku cerita, kau n dia maut.
Kalau kau cerita, kita sume sama2 maut.

Kau,
Hmmm…
Macammana aku nak describe ko nih yer..
Kau,
Ialah seorang pakwe yg berdebar2 tunggu detik tepat jam 12am, hoping dapat bday wish daripada awek kau..
Tapi, dia tak hantar pon..
Kau kena gelak dengan bdk2 team badminton kau..
Macamne aku dapat tau? Aku sms ko 2am tuh gak, then ko luah perasaan sedih ko kat aku, huhu.. masa tuh aku sedih, aku sanggup tunggu 2 jam semata2 nak bagi ruang awek mu mesra2 ngan ko dlm phone, sebab dah biasa, tepat 12am, akan wish ko, tapi bukan kali ke-3.. aku takmau jadi batu penghalang..
Kau,
Suruh aku senyap2 tiap kali buat bisnes baru.. ‘jgn bagitau awek aku’, pintamu.
Kau,
Lelaki yang tak pandai menghargai jerih perih aku
Kau,
Tak pantas dalam tindakan logikmu.
tapi kan...

Apa2 pun…
Kau,
Masih lagi dalam hati, minda, angan, dan hidup aku..~

Hilang.satu.skru.

No comments: