Nuffnang

Saturday, December 27, 2008



Kes rita-aidil.
Aku tidak minat mahu tahu tentang bola sepak. Waima luar negeri sekali pun. Tapi aku kenal aidil, sebab dia ada kembar. Dan dua-dua manis.
Aku juga tak minat rita. Waima terkadang aku ada melihat lakonannya di TV, secara kebetulan.
Secara terus-terang, aku bukan fan yg asli kepada keduanya.

Namun kerana hangatnya berita pernikahan mereka, aku tidak pula membenci. Tapi aku kasihan pula sama mereka.
Itulah, org Malaysia, nak2 melayu, belum dapat terima jika si isteri tua bertahun2 dari suami.
Aku juga pernah menjadi sebahagian dari mereka yg berdoa, kalau bisa, jangan temukan aku dengan jodoh muda. Hatta bedanya cuma setahun. Biarpun arwah Zainal, beda setahun denganku, Asri, juga beda setahun. Mindaku yg dulu, belum bisa memahami, usia hanyalah angka. Walau dahulu aku juga sedar, kedua mereka, Zainal dan Asri, matang sekali, jauh beda denganku waktu itu...

Ok, kembali kepada rita-aidil.
Aku jadi bingung bayangkan, bagaimana mereka mampu bertahan, menjalani pernikahan secara sembunyi selama 10 bulan??
Bagaimana kehidupan mereka sejak 25 febuari, bagaimana mereka sembunyikan status? Teganya mereka bersembunyi disebalik tali perkahwinan hanya kerana risaukan penerimaan ibu ayah, peminat dan masyarakat Malaysia??

Bagaimana sayunya rita bila tidak dapat menciumi tangan aidil sewaktu takbir aldilfitri bergema? Bagaimana dengan hari2 istimewa yg lain? Yg terpaksa dipendamkan hanya kerana terlalu ingin menjaga hati2 mereka yang tidak mahu memahami? hatta keluarga sendiri? Hmm…

Sewaktu baru meledak kes nya rita-aidil, aku suka membaca sms kiriman pembaca2 dari akhbar dilanggan oleh ayah. Harian M. ada yg bising, ada yg mendoakan. Tapi percayalah, masyarakat lebih banyak yg bising dari yg mendoakan. Sekali lagi, melayu khasnya. Salah satu yg ku ingat, dia benar2 bising kerana aidil sembunyikan pernikahannya dengan rita.

Come on.

Pada aku. Tidak salah mendapatkan restu ibu ayah demi menjamin sebuah perkahwinan itu diberkati. Dan udah berapa kali ku dengar dari pakar2, perkahwinan itu harusnya sesuatu yg diberkati ibu ayah.

Namun….

Aku juga percaya, bukan mudah aidil-rita membuat perancangan kahwin lari (bunyinya pelik seh..), mungkin, setelah aidil mencanagkan niat untuk bernikah, ibu ayah serta seluruh keluarga aidil menentang, hanya kerana usianya rita (yg aku rasa memang tiada sebab lain kenapa niat mereka bernikah ditentang.)

Hey.

Bukan mudah seseorang menempuh semua ini sekaligus.

Bayangkan.

Aidil merahsiakan semua dari ibu ayahnya. Chop! Si kembar, Zakuan sendiri, yg kita maklum amat rapat dengan aidil, tidak merasakan sebarang perubahan aidil. Sekali lagi, jangka waktunya bukan sebulan atau 6 bulan, tapi 10 bulan yo..

Restu dan berkat ibu ayah memang penting. Tapi jangan berlandaskan kepentingan diri sendiri….. kalau ibu ayah terasa berat bermenantukan wanita berusia lebih dari si anak, itu bukan “tiada restu” atas dasar akan mudaratkan anak, tapi lebih kepada menjaga air muka! Toh.. lihat bagaimana perkahwinan yg tidak berlandaskan usia… rasanya mereka2 ini lebih bahagia.

Dan kamu. Pengkritik isu rita-aidil. 99% aku percaya, kamu tidak pernah mengalami perkara ini dikeliling kamu, sebab itu kamu senang melontarkan apa saja yg kamu rasa ok pada umum…

Once again, guys…
There’s nothing right or wrong… it’s all about the majority~
Maaf buat yg terasa.
Buat aidil-rita, salam bahagia dari ku.
jarak.kosta.merah: masih belajar untuk menilai manusia tidak bersandar usia.

No comments: