Nuffnang

Tuesday, January 20, 2009

i'll be dead meat rite after you finish read this!!!!

Disuatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia denganmeninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.

Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya denganmengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yangcukup untuk mengendalikan ladangnya.

Jadi dia pun membuat keputusan untukmengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladangternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempatkediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohonpekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagiyang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksamemilih salah seorang dari mereka.

Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernamaLeman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggalbersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuhtekun dan rajin. Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuatkerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiakdan sihat-sihat belaka. Gembiralah si Minah ni tadi.

Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepadaLeman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan punkulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakantekanan kerja..." Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan. Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah.

Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Lemanpulang kerumah.. Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofaberhampiran unggun api.

"Buka butang bajuku dan tanggalkannya. " Kata Minah. Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

"Sekarang, buka kasut but ku." Leman buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.." Dia buat juga.

"Sekarang, buka skirt ku." Dia buat juga.

"Sekarang buka coliku." Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yangdisuruh.

Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata...

"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Apa yang korang pikir haaa? hehehehe.......sabar jelaa!!!!....


jarak.kosta.merah: err.. no comment!!

2 comments:

Tijah said...

kentot la! mak dah pikirin lain nihhh!!!

||alis|| said...

kak tijj: sesungguhnya anda tidak keseorangan..hikhik!