Nuffnang

Sunday, January 11, 2009

jelas

Aku melihat segalanya dengan jelas.
Beberapa pokok besar, kukuh, seperti pokok jati, cengal, merbau dll..
Semuanya bagai diserap ke atas. Nun jauh ke langit tingkat tujuh.


Aku juga, melihat dengan jelas, seorang gadis, yg aku kenal, melintasi aku dengan mini kurung putihnya, kelihatan seperti mahu nikah, cantik bersolek nipis.
Pendek kata: Semuanya ku lihat dengan jelas.

+++++++

“kakak, bangun, dah 6.30 pagi nih. Subuh!” ibu mengejutkan.

Segera aku mula meraup wajah, oit, something wrong somewhere nih….

Ceh!
Patutlah, apa yg aku mimpi tadi, semua JELAS BELAKA

AKU TIDUR pakai SPEAK MATA rupanya….~ kudus suara hatiku mengeluh kecil...

Jarak.kosta.merah: mimpi mainan tidur, kalau mimpi takde, tidur nak main dengan siapa?




1 comment:

madam kheyr hameed said...

ahaks..
bagus..
tidur dengan kaca mata itu keselamatan :)

*ye laa sangat kan*