Nuffnang

Sunday, January 11, 2009

Tee...Pee...Bee...

Hari ini; aku keluar bersama ibu ayah, melawat adik bongsu di sbp Selandar, dan adik perempuan di kolej islam.
Ibu drive. Ayah duduk sebelah.
Aku? Takkan dok atas pangku ibu kot??
Lu pikirlah sendiri..

Sebelum memulakan perjalanan…
=ibu: ayah, baca doa naik kenderaan.
: kakak, PAKAI SEATBELT.

=aku: orait, buk...

Sepanjang perjalanan. Diakui; tidak laa seseronok mana.
Bila sepanjang masa ko asek rasa tercekik jer dgn TPB <Tali Pinggang Belakang> nih.
Mana2 dewasa yg pernah dok belakang waja cps; dan pakai TPB nih;
tau kut rasa dia camne.

Aku relaks saja duduk belakang. Sambil melihat kenderaan yg dicaras ibu;

atau bila waja kami dicaras kenderaan lain.

Satu tika; aku ternampak dia.
Dia renung aku. Aku rapatkan keningku. Nak kata sedara, bukan kut..
Aku buat tak tahu, sebentar; aku direnung lagi. Aku buka mata luas2 padanya..

‘ko nak apa pandang2 aku nih?’ tele-pati.

Dia tersenyum. Sebelum ibu memecut dan berlalu; aku seakan terdengar; balasan tele-pati-ku darinya..

akka, u nampak kelakarlah pakai TPB tuh, macam itu baby yg duduk belakang!’

Kulihat; appa kanak2 perempuan itu terus tekun menunggang ‘sepai’nya dengan kadar 85m/j…..


jarak.kosta.merah: jadilah pengguna berhemah dijalan raya.

1 comment:

umyra said...

saya kira banyak lagi undang2 perlu diperketatkan selain dr tali pinggang belakang

ntah.terkadang susah nak pastikan yg mana punca utama.tapi penguatkuasaan tali pinggang belakang memang lucu. cdangnya mahu meniru negara maju. tapi seharusnya diselidiki situasi mereka itu dan kita di sini.

malaysia oh malaysia.