Nuffnang

Monday, January 26, 2009

pick it up, very fast!

prihal kejadian alam:
sorry laa ek, kamera aku bukan teleskop;
so tak brape nak nampak gerhana mataharinya itu.
(snap guna shades)
(snap biasa)
==================================================================

perihal masak memasak
agak rajin ke dapur minggu ini. curik resepi kak tijj. 2resepi lagik!
(rupa semasa dalam proses amatlah huduh, maaf~)
==================================================================
perihal jiran tetangga.
nampak gambar diatas? salah! bukan pokok mangga,
tapi pokok kuini yg berusia >100tahun.
jgn ko caya ckp aku, bukan 100tahun, tapi >50tahun.
caya tak? tak caya sudah, nama ko dollah, (sila sambung sendirik~)
pohon kuini tuh sebelahhh je ngan rumah aku,
(apa aku nih, kejap pokok, kejap pohon.. lantak!)
begini, sekarang kuini itu sedang lebat berbuah,
oleh sebab ketinggian pokok melebihi bangunan 14tingkat,
maka "org2 yg diberikan hak mengambil buah kuini itu" hanya tunggu kuini jatuh;
baru mereka pon mengutipnya,
sejak 2minggu lalu, ada jer rezeki dari pohon kuini tuh Allah nak beri.
hari nih, pakcik tuh amek, esoknya, adik pompuan pakcik tuh plak,
tulat, cucu plak yg ambil, berplastik2 mereka dapat.
tuan tanah yg kini pemastautin tetap di kota singa, dah beri kebenaran,
kalau sapa2 berhajat kuini tuh, sila ambil..
tapi ayah aku pesan jangan ambil,
pasal keliling rumah kami, saudara kuat tuan tanah...
waima kalau angah aku yg dah kawen tuh, ngidam kuini pon time2 skrg,
BELI sendiri!
nampak aksi ini? ibu aku tgh 'siang' nangka madu benih dari negara india (motip??)
semasa pengambilan gambar; ibu pesan: kakak, jgn ambil gambar ibu! (baik.)
(perhatian: bandingkan ulas2an nangka itu ngan selipar ibu aku! sama kaler, kan?)

masa tgh siang nangka tuh, pakcik kuini tuh ada,
tgh kutip kuini tgh2 hari buta nan paneh tuh,
ibu terus cepat2 ambil plastik kosong,
grab beberapa ulas nangka baka baik itu.
aku tahu beliau nak beri kat siapa.
ye, kali ini korang betol.
kat pakcik kuini tuh.
masa ibu panggil dia nak beri nangka itu,
pakcik kuini sedang memegang erat plastik berisi kuini,
aku kira >5kg jugak berat plastik tuh
(hasil menjenguk2kan diri dari tingkap nako dapur)
kendian, borak2 jiran, dah dapat nangka, terus pakcik tuh blah!
aku terasa beb. kot yer pon, ko campak la sebiji kuini tuh kat ibu aku.
ini. lu blah itu macam saja.
ibu aku relaks.
aku ckp: hai.. sebijik pon tak hulur ke?
padahal 2minggu nih, adalah 3-4kali dia dapat berkilo2 kuini tuh..
ibu aku ckp: jgn berharap hasil org. kita ada rezeki sket nih, berilah org..
sebenarnya...
kami baru pindah ke kampung kelahiranku semula, 5tahun lalu.
22tahun terbiasa duduk di taman perumahan,
aku bertegas tak mau pindah.
ada logik yg tersembunyi rupanya.
kat taman dulu; jiran, depan belakang kiri kanan,
dlm seminggu tuh, ada je beri apa2 juadah,
bukan apa, kita nakkan semangat rukun dan kasih tu,
bukan nak makan sgt...
ada pisang tanduk 2bijik, sebijik pasti akan diberi org sebelah.
ataupun, petang2, juadah pisang tanduk goreng akan dihantar sepinggan.
keje kau, just siapkan teh-O suam 1 teko SAHAJA! senang hidup.
tak payah tunggu lama, esoknya, dibalas sama juadah lain pulak.
itu org taman aku. taman lain aku tak tau..
aku bangga jadik orang Taman Air Molek, Melaka!
pindah jer kampung; aku dah jangka, suasana tak best.
jawapnya; YA. aku benar kali ini..
dari segi nak membalas2 juadah nih, amatlah jauh sekali..
bezanya, ko tau macam apa.. mcam bontot ngan punggung!
haram.
tapi ibu aku nih, lain sket, dia tak harap balas.
(ye, aku yg harap ada balas, dari situ datang keramahan dan kemesraan!)
dlm seminggu, tak kira sarapan ke, juadah petang ke..
mesti sekali ibu pass, sampai >6org jiran.
mak. ramaiii kan? plastik tahan panas rumah aku, 6x9cm, cepat habis~
sebab apa 6 orang?
sebab kalau ko nak bagi akak jiran sebelah nih,
ko kena bagi akak tuh nyer mak sekali, then 2 org ipar dia,
then pakcik kuini tuh..
kadang2, aku geram. kenapa nak tabur budi kat org yg tak reti nak balas.
ibu jawab: kita tak minta dibalas.
kau! mati kata aku lepas tuh.
yg lagi sorang, nih kira jiran belakang rumah, makcik Meera,
dia sorg yg reti balas2 juadah nih..
dan juadah dia sume sedap2 :)
dah.
tamat kisah aku dan jiran2 ku.
=================================================================


perihal hospital di wad bersalin.
(ko pandang nama kat number 21, tuh sepupu aku, kak nab)

(berjalan menuju wad setelah tahu katil dia number berapa...)
sila tumpu kat deko gongxifacai dia, bukan "papan kuning" tuh

(haa... inilah kak nab, selepas bersalin,
kelihatan hajah rahmah, ibuku, memegang kaki kak nab)

(eh, tapi... mana bayi kak nab?)
jawapannya: meninggal dunia, tak sampai 2 jam dilahirkan..
punca bayi meninggal: lemas.
kak nab nih, ibu kepada 4 anak lelaki.
yusuf, daud, ibrahim, isa.
kelahiran kali ini, ramai jangka lelaki juga.
ibu sorang jer teka perempuan.
so, lahirlah bayi perempuan.
tanpa nama.
waktu lahir, keluar tak berbunyi, ubun2 tak berdenyut.
lalu, apa harapan si ibu, dan ayah?
pasrah.
Allah lebih sayangkan dia.
lemas dalam kandungan hanyalah sebab untuk ditulis di atas kertas sahaja.
yg benar; Allah sayangkan dia,
mahu dia menjadi penunggu ibu ayah di pintu syurga kelak.
suaminya, mohd taat, serius relaks. sambut kami dengan senyuman.
kak nab juga, tidak menangis, menitik air mata pon tidak.
yang buat aku terkezut, kak nab bilang,
hari itu saja, ENAM bayi meninggal dunia.
gulp!
yg pasti, bukan hospital swasta yer.
benar.
GH.
aku dah mula rasa ngilu kat perut nih...
adehhhh......

=================================================================
perihal projek 3 hari, 3 malam

(kira berapa biji telur dlm periuk ini, kendian ko darap 2)

dedaun yg bakal digunakan.

(campur2 kan semua, gaul mesra)

(masukkan air, kendian bukak api kecil, tunggu 3 hari lagi...)


yer... telur pindang, ada sapa nak order buat pahar pelamin/para tetamu?
sila bagitau aku ya..)


(ini stok terakhir daging korban, lama giler simpan, sampai muharam baru buat lauk!)
===================================================================

perihal buku

(buku yg aku baca kini, kedua terbaik selepas AYAT-AYAT CINTA)

(buku hadiah dari angah sempena Bday07 aku)
yg sampai kini angah tak tahu aku tak pernah baca, err.. takkan baca, kut..
angah tahu aku obses gile ngan Dan Burstein (da vinci),
sebab seminggu tuh penuh jadual aku cerita ttg betapa bestnyer buku itu,
sumpah, aku cerita jer.. tak espect apa2...
sekali, may07, angah bagi aku hadiah nih. NEW lagi.. (sila lihat bukti kaler oren itu)
angah tak perasan tajuk dia..
yg buku nih, aku belek sekali imbas, merupakan eleberate dari semua koleksi da vinci;
yg banyak melibatkan ayat2 dlm bible..
kesian angah.
mahal buku nih.
bayangkan, masa tuh dia keje kat sushi king, keje penat2 bagi aku hadiah mahal2,
tapi aku tak baca, tak pernah langsung nak baca..
angah, sorry..... :(

(pengarang buku nih, paling aku suka!)
(buku nih, paling tebal aku miliki.....................dan aku dah baca >5kali,
akan datang pon, aku takkan jemu baca buku nih...
best giler oke!
=====================================================================
perihal kalau aku merajuk

(hmmmm?????)
kalau aku merajuk
aku tak mintak benda mahal..
waima mutiara sungai hitam;
atau anting2 milik kate middleton;
atau kasut posh spice;
atau banglo dato-sukati-ko-ckp-sapa;
aku hanya mintak ini sahaja..
tolonglah...
kalau aku merajuk, belikan aku sepeket ini saja..
aku tak mau banyak.. sepeket saja, ya? boleh?
:)

jarak.kosta.merah: n3 terpanjang setakat ini...

4 comments:

Tijah said...

n3 ko kali ni mmg best. tapi aku tak tau nak komen tang mana sbb panjanggggnyerrrrrr!!! huhuhu.

apa2 pun..

pakcik kuini mmg tak patut! dia patut dihantar ke pulau besar jer...xdo org, ko makan la kuini tu siang mlm pagi ptg.

||alis|| said...

kak jah: aku sedih kak, bila baca 1 N3 ko nih, ko yg dok penthouse pon ada kak ungku and rakan2 tukau2 juadah~ huhu..

Anonymous said...

ala nok. biar la pakcik tu bawak kuini tu masuk kubur dia sok...

||alis|| said...

kak jah: biau ler. mals aku nak pikir2. tadi makcik kuini plak datang , aku tgh masak, saja ketok kuali tuh kuat2, "weh, balik umah masak weh..." (shyaithon sungguh nih~ hahahah!)