Nuffnang

Sunday, March 8, 2009

sireh pengantin untuk si bujang

tiap kali ada majlis perkahwinan, ibu akan meminta izin tuan rumah/pengantin untuk mengambil sehelai dua sireh pengantin. motip? mestilah dia nak bagi kat aku... takkan bagi ayah aku pulak~

aku tak percaya sangat (20-80, boleh?), tapi bila ibu dah tolong ambilkan, aku pun tolong la 'simpan'kan. tempat strategik? bawah bantal. sampai sireh-sireh tuh komot+kuning+tak berbau sireh..

ada tak ada, sekali saja, aku ke umah kawan aku, dia kawen, dan mak andamnya sebaya aku. bujang tapi sudah bertunang.

mak andam: "dah kawen?"
aku: "belum", (meowww..)
mak andam: "ko amek sehai daun sireh kat sireh junjung tuh, cepat!".
wah, gaya komender gitu, aku terus amek. bagi kat dia.

mak andam: "eh, buat apa bagi kat aku... aku nak soh ko makan sireh nih."
aku :(i was like...haa?? makan? nyer looks)

mak andam: "ko makan sireh tuh, tapi jangan gitau pengantin. tuh namanya "CURI SIREH PENGANTIN", tapi lepas ko makan, ko gitau pengantin, itu takpe."

aku kan gadis yang sopan (baca: mak turut). makan jer la. TOLONG. rase sireh kosong adalah amat PEDAU!!!! ko faham PEDAU tuh apa? ntah. aku pon tak tahu camne nak explain. yang penting sangat TIDAK sedap~

So, sejak December 2008 lepas, hingga kini, fahri aku belum muncul lagi. tak apa laa, aku tak ada hal. tapi kawan-kawan, apa aku nak buat ngan sireh-sireh kering bawah bantal aku tuh, ada lebih kurang 7-8 helai dah sekarang nih...any suggestion?

jarak.kosta.merah: walaupun tak glemer cam mas cotek kakjah atau nenes batu Pn.Unibers atau jentayu puan cok atau sepan kakpiah..kalau aku 'Ebay'kan sireh-sireh aku tuh, korang agak, laku tak? orang Eskimo mesti tertarik nyer, yer tak?

5 comments:

Tijah said...

ko buat esblended! campur susu sket...

*dan aku nak ucapkan takziah in advance kalu blog ni tak berupdate lg pastu.

wakakaka!!!!

*piah...budak ni dah branik nak cuit2 sepan ko piahhhh!!!!

||alis|| said...

kakjah: uik, tak tido lagi kakjah?

kakpiah (in advance): alaaa.. cuit skett jer.. tak luak pon.. kan kakpiah kan.. hahaha!

cokolat said...

pastuh ko tabur mesmello....

susudalambotol said...

ramai gak org suruh mcm tu dulu2 :D

||alis|| said...

kak cok: sedap ke mesmello tuh? haha!

Pn Hidd: yer. awak dulu penah kena makan sireh tuh gak ke hidd? :)