Nuffnang

Tuesday, April 14, 2009

[...INFINITI...]

[amaran: entry ini sesuatu yg luar biasa dari aku, kalau mahu teruskan bacaan, sila baca dari a --> z, kalau tidak, tunggu n3 auto-publish aku kemudian nanti.. ini bukan aoto publish, nih real time captured...dan n3 ini mengandungi semua tanda2 'hanya 18thn ke atas jer boleh baca, sekian.']

(1)
dah 12.37am... aku tak boleh tido.. banyak benda aku fikirkan buat masa nih. aku pasti korang dapat email ada menyatakan, kemungkinan besar, 22july09, tsunami akan melanda mesia. erk. oleh sebab masa solat maghrib hingga isyak, dalam kepala aku asek fikir "22july..22july..22july.." lepas solat, bila aku bukak tafsir untuk sambung bacaan yg dah seminggu aku tinggalkan.. aku baca laa macam biasa.. tiba2 bila sampai kat tafsirannya;

"mereka menanyakan kepadamu tentang KIAMAT, "bilakah terjadinya?" katakanlah: "sesungguhnya pengetahuan kiamat itu adalah pada sisi tuhanku, tidak seorangpun yg dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain DIA. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yg di langit dan dibumi. Kiamat itu tidak datang kepadamu melainkan tiba-tiba." mereka bertanya kepadamu seakan akan kamu benar2 mengetahuinya. katakanlah "sesungguhnya pengetahuan ttg hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya"...." surah al-a'araaf, ayat 187.

allahuakbar!... aku menangis terus disitu. Allah Maha Mengetahui.

kadang kala, terbit rasa pelik bila pada hari tuh, aku terasa sempit dengan soalan yg aku tak mampu nak jawab, terasa macam dunia aku nak terbalik, secara 'kebetulannya', aku akan terus dapat jawapan ttg soalan aku hanya melalui ayat tafsiran aku pada time2 tuh jugak.. DIA Maha Tahu semuanya, kan? kagum aku jadik infiniti.

(2)
malam tadi aku baca belog kak Diana (green apple), terkejut aku dengan cerita sepupunya dah convert jadi kristian sabtu lepas.. ya Allah ya Rabbi Azali... speechless. aku terus menangis (lagi) depan lappy. berat ujian umat2 Nabi kita hujung2 zaman nih kan... walaupun sebenarnya, secara alaminya, ramaiii dah anak melayu kita 'kristian tanpa sedar'. tapi bila terjumpa yg benar2 wujud depan mata, mmg mampu luluhkan hati kita.

aku terima satu email dari sorang hamba Allah nih, aku akui sungguh kata beliau, ringkas tapi mmg sentap.

"ramai antara kita kini solatnya bukan untuk Tuhannya, tapi untuk dirinya sendiri~"

(allahuakbar! aku terima satu lagi email berkaitan semasa aku sedang menulis n3 ini..)

Apa Ertinya Kita Menganut Islam?
"Dia telah memilih kamu dan Dia tidak sekali-kali menjadikan untuk kamu dalam agama satu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia telah menamakan kamu sekalian orang-orang Muslimin dahulu dan (begitu pula) dalam Al-Quran ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas kamu dan supaya kamu menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu kepada (tali) Allah, Dia adalah pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong." (Surah Al-Hajj: ayat 78) "


(3)
aku pernah menerima kehadiran seorang teman (purely teman sahaja) dalam hayatku, dia lelaki cina-kacuk-mat salleh, dipendekkan cerita, family dia kuat dgn katoliknya, kemudian hidayah Allah itu sampai, dia convert jadi muslim. alhamdulillah.

Berbulan dia cuma elak dari inform family dia, tak lama lepas itu, family dia dapat tahu, dan 'meletup'.. aku faham bagaimana rasanya dimusuhi family sendiri. aku mintak dia sabar, hanya dalam talian, sebab masing2 jauh dan sibuk. diingatkan, dia ambil masa untuk mengucap kalimah syahadah kerana dia bimbang, tiada org yg akan membimbing dia kelak.... i mean life after dia convert...kesian.

lepas convert, TAK ADA ORANG YANG BETUL2 MAHU BIMBING DIA. kemudian dia hilang arah kejap, setahun dia terumbang ambing dlm islam, dan dia mula jadi 'dia' yg sebelum Islam... sikit2 mula hanyut dari nama baru dia, Muhammad xxxxxxx, malah hampir murtad ke agama asalnya, hingga satu hari, sorang ustaz datang bantu dia, tahun berikutnya, dia masih Islam, dan tinggal bersama keluarga mualaf. kini, terbabit dgn ceramah/motivasi sana sini, dalam, dan luar negara.

aku lihat kebolosan hal tu boleh berlaku, bagaimana payahnya saudara Islam kita yg baru, diterima masyarakat, islam khasnya, jawapan aku, sungguh kasihan... mana hala tuju mereka? nak pergi pada family, family pulak dah buang jauh..nak bimbingan dari kawan2, tiada siapa yg benar2 mampu nak bimbing ("sorry la beb, ilmu agama gua pon cetek lagi nak ajar lu pulak, mana laa pass..~"), malah ada antara mereka yg menggeleng, bahkan mencemuh dia memeluk islam...! kata mereka:

"eh apasal ko masuk islam? ko tau tak dalam islam BANYAK PERKARA BEST ko tak boleh buat.. dalam islam tak boleh minum, tak boleh seks bebas, tak boleh disko, tak boleh itu, tak boleh ini, everything is a NO.. ape laa ko nih! bodoh. elok2 kristian masuk islam pulak.."

pandangan anda? aku rasa cam nak tembak jer ngan senapang gajah arwah atok aku!

chop2.. korang jangan laa pelik eh.. aku mmg, kalau tang gile, aku giler... lebih giler dari kakjah kekadang (giler ke kiter nih, baby? hehehe....)

ini juga bukan bermakna, esok aku akan mula buat n3 agama bagai. buka2 belog aku, korang boleh dengar azan walaupun masa tuh baru kul 3.30 petang..

tidak.... aku manusia biasa. kiter semua manusia biasa. ingat mengingati tanda kita sayang antara satu sama lain...just to share something yang boleh buat ukhwah kita makin dekat. aku sayang korang sume nyer tawu... :D

[alis, 1.20am]



5 comments:

Cik Pah said...

yer..kengkadang biler drg cite cite nih suma mmg mengingatkan kita bahawa kiamat tu dah nak dekat.. akak paling sedih bile baca orang islam tu sendiri dah convert ke agama lain.. sian mak bapak dia yg melahirkan, membesarkan. mengasuh.. alih alih.. anak ko buat ko camnih..

Tijah said...

isk.

jgn la family aku diduga dgn cerita2 murtad nih...

Ms.Lilies said...

sedihkan bila jadik gitu..mintak dijauhkan la dr diri sendiri n org2 sekeliling

julietchun said...

aku ada jumpa dgn seorg mualaf yg tak tentu arah hidupnya setelah memeluk Islam dan hampir kembali ke agama asalnya. Dan kami, berusaha selamatkan dia dgn membawa dia berjumpa dgn beberapa org ustazah,dan alhamdulillah dia kini menjadi seorg muslimah yg baik.

||alis|| said...

cikpah, kakjah, kaklilies: sama2 kita doa semua ahli keluarga kita dan keturunan kita dijauhkan dari bencana ini. amin.

kakjuliet: alhamdulillah. bagus usaha ko dan family kak.

*nak baca n3 khas kak Di pasal spupu dia, ada disini: http://comatosewithbraindamage.blogspot.com/