Nuffnang

Sunday, April 12, 2009

nasib menjadi seorang bujang..

SEMINGGU yg lalu..
aku mendapat satu sms berkepanjangan (perkataan apakah ini) kira kira 3pages. tepat 12.45am... beliau ialah seorang wanita yg baru berkahwin...

sms diringkaskan berbunyi:
"kpd kak alis yg disayangi, Liz nak luahkan perasaan pd akak nih. begini kak, daku telah 3bulan 22hari mendirikan r/tangga, tetapi masih lagi belum ada tanda2 diri ini mengandung..sedara mara, pama, dan teman2 turut bertanya... kekdg terasa cam kecewa yg amat, suami ku pon begitu juga, dan bla bla bla..." (dan aku sebagai teman yg memahami, tidak pernah bertanya bila dia akan berbadan dua, never.)

SMS telah bersambung menyambung hingga 1.45am. gundahnya dapat ku usaikan dalam masa sejam. tepat satu jam. hatinya yang walang kembali menjadi tenang.
________________________________________________

DUA minggu yang lalu;
dapat YM dari seorang wanita, salah seorang x-opismate aku. nasibnya selalu walang walhal hatinya baik (hingga lunyai dikenakan org). dia, ibu tunggal seorang anak. sudah berusia 9thn. bernikah 2kali, bercerai 2kali, dengan LELAKI yg SAMA. aduhai...

baru baru ini.... dalam YM:
cik.zet: alis, aku ingt nak rujuk balik laa ngan -x aku tuh. kesian aku tgk adik, skrg dah darjah 3 lagi pandai berckp.. kadang2 dia mainkan emosi aku.. "mama, bila mama nak baik balik ngan papa?" sayu tau.....

cik.alis: hmmm... ko dah abes pikir ker? nih kali ke-3 tau. korang cerai 2kali dulu pon atas alasan yg sama.. ko tak takut?

cik.zet: tuh la yg aku dok pkir sangat2 nih.. takut mmg la takut..

setelah hampir 30min berYM; akhirnya dia ambil kata putus, hold dulu tujuan murni itu. sukarkan... zaman sekarang nih, sayang jer tak cukup, si -x... less bertanggungjawab.. susah nak cakap laa... masalahnya wanita ini redha bekasnya begitu, haih..
_____________________________________________________

SETAHUN yang lalu;
kali ini bukan SMS, tapi CALL. SETIAP HARI selama SEJAM, Sepanjang 1hb JUN hingga 30hb JUN. jarak panggilan: antara tanah kat rumah aku, ngan tanah rumah sewa dia di MADINAH. dia disini ialah seorang lelaki. punca call: makwe di malaysia sudah berjumpa dengan 'lelaki yg lebih baik dari dia', sebulan aku terpaksa melayan apa jua luahan dia, makian dia (kepada wanita itu laa, sampai aku ckp: weh ko nih main maki2 kat tanah haram, tak kena sumpah ke ngan nabi kat sana? poyo betol dia nih...). kini, dia sudah tenang, tapi masih lagi disana. sudah kerja. takmau balik malaysia selagi duitnya belum berkati kati.. haih...
________________________________________________

DUA tahun yg lalu;
terima SMS, seorang lelaki, dia yg amat2 aku harapkan adalah Fahri aku, tetapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya panas terik seteriknya di tengah hari (suhu ialah kira2 40'c).

SMS yang aku dapat ialah pada jam 3am..
sms berbunyi;
"salam, awak, saya harap awak dapat tolong saya.. saya buntu sangat sekarang nih. TUNANG SAYA macam buat tak endah kat saya, mcm mana saya nak buat nih, bla bla bla..".

(perhatian: waktu sms dihantar: 1) sudah hampir 8 bulan dia tidak menghubungi aku, 2) aku TAK TAHU MENAHU dia dah bertunang, 3) aku masih lagi mengharapkan agar dia benar2 menjadi FAHRI aku...)
Sms berlangsung 1jam. kemudian dia ucapkan terima kasih kerana selesaikan kusut dia, dan selamat berbahagia untuk aku (part nih aku mmg tak paham...dia yg bertunang aku pulak yg bahagia??? lantak laa labu...)

=====================================================

KONKLUSI:

Kalau yg lain2 tuh, aku boleh faham.. Satu yg kurang nak faham, aku sering dihujani masalah2 orang yg dah berdua, malah ada kala bertiga atau berempat... minta panduan atau setidak2, pandangan 2kupang aku.. sesuatu yg pelik, misteri, mistik disitu...

:: AKU MASIH BUJANG ::

maybe sebab aku suka baca Mingguan Wanita...

JKM: pasnih, aku boleh laa kot, bukak ruangan 'luahkan apa saja, kecuali masalah dalaman suami-isteri, yg itu kena tanya org yg berpengalaman.'

siapa yg berpengalaman itu? any volunteers?





7 comments:

Tijah said...

cik alis.

saya tijah (bukan nama sebenar).

masalah saya...suami saya kerapppp panggil saya baby sejak domenjak nih.

hikhik...

Ms.Lilies said...

heheheh....ko ganti dang setia la dik...

||alis|| said...

puan tijah;
mungkin beliau benar2 mahukan seorang, atau mungkin dua orang baby lagi selepas ariff, sekian.

*LARIKKKKKKK!!!

kakalilies: dang setia? dang anum, dan segala dang dang nih pon tak lepas lagi kak, hehehe!

Kapten Luffy said...

cik alis bujang lagik? ingat dah kawen ;)

Hajar said...

salam...boleh jadi kaunselor nih...eh, ari tu interbiu jawatan apa ye?

Hajar said...

alis akak dtg lagi...lupa lak, sudi2 ambik award kat umah akak ye, aliskan pompuan sejati, mesti suker ngan color award tu...

||alis|| said...

zali: yer encik-serba-tau-semuanya, saya bujang lagi =D

kakhajar: kemarin intrview for n17. o.. ada award yer.. apakah kaler untuk wanita sejati, hehehe~