aku tgh sibuk menaip tetibe ayah diri kat sebelah aku... "kakak tolong ayah taip nih skettt..ayah nak letak dlm fail lawa2.." tanpa melihat apa detailnya...aku jawab "oke."
sehelai kertas itu tidak aku lihat hingga laa aku nak mula menaip: mata menangkap sesuatu...
Pengiraan dan pembahagian bagi akaun arwah Yusop Bin Hj Talib
oh.. akaun arwah pakcik.. pakcik aku nih lahir sebagai OKU, yg mild. sepanjang hidup hingga dia dilanggar lari, dia tidak pernah menyusahkan manusia lain. waktu sihat sebelum terlantar akibat lumpuh seluruh badan kerana hit and run....
============================================
pakcik keje kat kedai makan. siang di kedai jual roti canai. malam di kedai makan. kerja...kerja..kerja.. dengan upah yg sedikit. kadang2 tokeh yg sebelumnya tak bagi upah pon, saja nak guna tenaga pakcik free2 cam tuh...berbelas tahun dia kerja. pakcik kekal kerja ngan 2-2 tokeh kedai kat area bukit, cakap pakcik pekerja yg baik. tak susahkan orang, tak buat yg bukan2 macam manusia normal lain biasa buat; larikan duit niaga.
pakcik aku putih, kurus, tinggi, dan botak orangnya. suka tersenyum. aku perhatikan, sapa2 nama yusuf mesti hensem lawa...hihi... aku masih ingat, masa aku kecik2, dia salu bawak balik roti canai 2-3keping. aku yg tukang makan ;p. dia senyum. dia bleh bercakap, tapi dia selalu senyum.
=============================================
mata aku terus melihat akaun pakcik yusop (panggillan semasa hidup, zul.)
Baki dalam akaun pada 10.6.2008 ialah RM 103,605.00
WAT??????????????????
RM 103,605.00???????
aku terus menaip......
Belanja:
(1) Haji Badal RM 15,000.00
(2) Zakat 2007 RM 2,500.00
(3) Fidyah Puasa (7 tahun, x rm1.21/hari) RM 3,484.80
(4) Upah Maryam (kakak), bersama suami,
menjaga arwah selama 7 tahun. RM 6,000.00
(5) Wakaf Masjid RM 1,000.00
(6) Kepuk Dua Nisan RM 700.00
-----------------
Jumlah perbelanjaan ialah: RM 28, 684.80
A – B;
(A) RM 103,605.00 - (B) RM 28, 684.80 = RM 74, 920.20
================================================
selebihnya; rm 74,920.20, dibahagi sesama adik beradik, termasuk ayah aku, sebab dia tak kawen. ayah tak guna duit tuh untuk kami. ayah buat wakaf dan sedekah.
kawan2;
aku gunakan blog aku, n tulis n3 ini, untuk aku, kamu renung, lihat, fikir bersama2... angka tidak penting (walaupun aku terkejut OKU seperti dia punya simpanan yg mampu sara hidup dia semasa dia masih hidup dan bayar SEMUA benda masa persiapan pengkebumian dia...)
mungkin pada kamu; oh, dia OKU, tak bijak guna wang; tapi setiap minggu, dia akan bayar duit barang dapur untuk rumah mak uteh aku. tempat dia menumpang teduh.. mak uteh aku org yg paling sedih waktu pakcik zul meninggal. "Zul tak penah susahkan aku..." ujar mak uteh aku berkali kali sambil menangis sedu sedan waktu pakcik zul siap dikapankan.
==========================================
ada sesuatu untuk aku pada n3 kali ini.........
alfatihah buat arwah yusop bin hj talib....
.
.
22 comments:
al-fatihah untuknya.ku sungguh kagum dgn org begini
Al fatihah untuk arwah
Entri ni untuk akak juga...
Nangis akak baca entri ni
begini la bagus...berkat!
hidup tak menyusahkan org mcm org normal selalu buat....
banyak pahala pakcik ko dik.....al fatihah juga buat arwah....
aku pun dpt sesuatu dr entri ko ni dik....
al-fatihah...
pengajaran utk semua....
al-fatiah
kagum aku dengan pacik ko
kita yg normal ni belum tentu mampu nak menyimpan sebanyak tu. Tapi aku tak suka betul dgn majikan yg ambik kesempatan pada OKU ni. Moga arwah ditempatkan bersama org2 yg beriman.
hidup kena pandai menyimpan kan
lg pula kita mesti bersederhana...
tak perlulah nak nampak kaya
yg penting kita ada cukup simpanan untuk masa2 gawat
makk... aku ingat n3 nih takkan ada komen, pasal aku fikir masa rewang, "balik nih aku nak delete n3 pasal arwah pakcik, cam apa plak.."
sekali; kau... 8komen!
kawan2; makaseh banyak eh atas doa n nasihat kalian ;)
aku tgh rewang nih, tak leh balas pepanjang, makcik2 pandang jerr.. haha!
daaa..... lebiu all.
alfatihah.. kagum sunggup cik pah ngan arwah pakcik... cik pah pun tetiba nak kerja keras gak lah carik rezeki taknak menyusahkan orang lain biler dah tiada di dunia ini lagi.. huhuhu.. insap jap
cikpah: saya sebak kejap masa taip n3 nih.. arwah meninggal end of dec tahun lepas...
.al-fatihah
susah jgn disangkakan x berduit
senang jgn di sangkakan berduit
itulah slalu tanggapan sesetengah org
terhadap segelintir masyarakat
takziah
al-fatihah kpd pakcik cik alis
cik intannurulfateha: makaseh :)
khairiL's: betol. stigma masyarakat. saya pon kadang2 khilaf, makaseh ;)
sangat menginsafkan
al fatihah buat arwah
al-fatihah
adik xuen: pedoman untuk kita, makaseh ;)
dude: makaseh juga dude ;)
hello, im new here. i got this entry from MonkeyD Luffy's blog. and im amazed by this entry. one of the whole entry that i will sit and think. Al-fatihah buat arwah. org mcm ni selalunya satu dalam seribu mungkin.
psst, im one of ur follower now :)
JO: hi! lor, ko nih melayu ke mek! aku ingat non malay, maaf ya, hihiks! makaseh atas fatihah nya. aku akan follow ko once masalah follow box n tak-centre lapppy aku nih dah btol~ skrg dia tgh bengong!
waa... kagum nyee. T__T
alfatihah utk dia..
subhanallah, terharu sufy..moge dy mndapat rahmat dan hidayah di alam barzah..insyaallah
farhani: tengs awak :)
sufy: tengs sama sufy :). moga dia aman disana :)
Post a Comment