Nuffnang

Friday, June 5, 2009

berkenaan kasih sayang dan adil

1
wanita melayu; ibu tunggal; punya 3 anak dari 2 perkahwinan separuh jalan. anak pertama hasil perkahwinan sama cina mualaf, perempuan. sepasang anak perempuan dan lelaki pula hasil dari perkahwinan kedua, bersama seorang american, mualaf jugak. si ibu berjawatan agak tinggi dlm pentadbiran. gigih bekerja. impiannya hanya satu: MAHU MEMBINA SORANG SEBUAH RUMAH UNTUK ANAK2. Si ibu hadiahkan anak2 nya rumah fully furnished...
.
.
.
.
aku kagum sama semangat si ibu ;)

===============================================

2
seorang anak, berkerja di 7E selama setahun selepas habis SPM, sebelum mula menyambung pelajarannya. kenapa bekerja setahun dahulu? MAHU KUMPUL DUIT YURAN KE IPTA, KAK, ujar anak muda ini tersenyum manis. si anak ini masih punya ibu ayah. ibu suri rumah. ayah? ayah punca anak ini berkerja selama setahun demi yuran dan wang belanja ke IPTA kelak. kerana ayahnya pernah berkata : "buat apa ko nak sambung belajar? habis belajar pon bukan dapat kerja terus, meyusahkan org jer.. tgk abang ko tuh, ijazah ada, tapi dudukkkk jer kat rumah taknak carik kerja!" si ayah nih mmg sgt membuatkan orang2 keliling berasa mual..! demi niat nak sambung belajar, anak muda ini gigih bekerja.
.
.
.
.
.
aku kagum sama semangat si anak :)

===============================================


3
ibu dan ayah. anak perempuan dua org, kakak dan adik. mak ayah sayang kakak. mak ayah kurang sket ngan si adik. kakak kawen ngan org yg agak senang. anak kacukan cina-jawa lagi you.... mak ayah suka. takdir, adik pula kawen ngan lelaki yg 'biasa biasa aja'. mak ayah: oke. si kakak dapat anak, lawa, putih, gebu, debab, sume orang suka. kemudian si adik pulak ada anak, anak dia pulak kurus dan berkulit 'melayu biasa biasa aja'... atok nenek layan pon, biasa biasa aja... haih.

yg buat aku hek ellehhhh ngan si kakak, sebab hidup serba serbi baik, maka dia jadik si sombong, tak tahu hormat org yg lebih tua, dan kalau ckp, harus laa ke atas jer. si adik, sebaliknya, walaupun hidupnya biasa biasa, dia isteri yg jaga makan minum suami, ibu yg penyayang, dan anak yg patuh. hormat org tua. sentiasa senyum. nampak maknya pukul atau jentik anak2 dia, dia pandang sayu...
.
.
.
.
.
aku kagum sama semangat si adik ;)

============================================


itu saja dari aku hari ini...
.
.
.
.


12 comments:

julietchun said...

cerita 1,
bertuah sungguh sapa yg jadi anak siibu tadi.

cerita2,
abang kepada budak yg keje kat 7E tu bukan ex boypren ko kan,kekkekeke.

cerita3,
hanya jauhari mengenal manikam,hehhee.

Ms.Lilies said...

semua cerita adalah sedih tp itula life kan...ko jgnla sedih2 dik...dua tiga menjak ni syahdu je aku tgk

||alis|| said...

kakjuliet:
cer 1:
anak bujang dia sebijik mat salleh tuh.. nak? 12 tahn la tapinyer~

cer 2:
ish, bukan, bukan, bukan. dia anak jiran aku ;)

cer 3:
aku baru tahu jauhari tuh rupenyer pembuat barang kemas. ntah2 ilham nama JOHARI tak?


kakmimi: bukan sedih amat kak, sket2 sudahhhhh laaaa ;P

lieza said...

sedihlah cita 2 dan 3. Cita 1 untung anak-anak dapat kemewahan berbanding anak2 ibu tunggal yang lain susah. nak mkn pun susah..

||alis|| said...

khaiza: tuh la. tapi tuhan dah janji sume nyer adil dan saksama. mana tau anak cer 2, akan jadik org besar kemudian hari, dan cer 3, anak itu laa yg akan jaga pama dia bile dah tua kelak. kiter takkan tahu ;)

Cik Pah said...

aku rase kan alis... ko jgn tunggu lagi.. ko kene cepat cepat carik fahri ko tuh..

||alis|| said...

cikpah: ha? apsal cikpah? apsal saya kena cecepat carik fahri saya?

joegrimjow said...

turt bangga!!

||alis|| said...

joe: bagus bagus ;)

Tijah said...

kau citer psal sapo nok?

cik selamah kundang said...

aku kagum ngn kau sbb taruk citer ni.bagus!

||alis|| said...

kakjah: cer 1,2,3 kisah benar. cer 1, lect/warden aku, cer 2, anak jiran aku, cer 3, sedara jauh aku. sume citer benar n ditanggung halal ;)

mooney: tq. tapi aku lagi kagum ngan org2 yg tabah cam dlm citer nih n kau sebab kagum bile aku taruk citer nih ;)