Nuffnang

Friday, July 3, 2009

kisah benar.... sayu mendengarnya... (edited)

2004:

jijah (bukan nama sebenar, dan juga bukan kakjah) pelajar di sebuah kolej swasta, mengambil pengajian islam. penampilan asas harian jijah, bertudung labuh hingga boleh dibuat telekung.

tahun kedua;
jijah yg terkenal dengan sikap pendiamnya, lebih menjadi pendiam. kawan kawan rapat ramai yg tertanya tanya, kenapa dengan jijah? tidk sihatkah dia seminggu dua ini? terkadang, mukanya tampak pucat.

"jijah tuh kenapa eh? dulu dengan kita roomate dia nih, ada laa jugak bercakap, sekarang nih, senyap sunguh!" komen sorg teman.

"ar..ar la kan.. senyap betol. macam ada masalah, tapi bila kita tanya, dia jawab takde apa.." balas teman lain.

=============================================

hujung semester ke-3, ramai pelajar yang mengisi dewan peperiksaan untuk exam. roomate jijah ramai yg tiada. tinggal jijah seorang diri.

dalam pada itu; senora, kawan kepada jijah sudah berjanji mahu ke bank bersama, mengambil sedikit wang untuk membeli makan malam nanti. senora sudah siap. dia tinggal satu level dengan jijah di asrama tersebut.

=============================================

"tok..tok..tok..." bunyi ketukan pintu ruang tamu asrama jijah. senora sudah berkali kali mengetuk namun tiada orang menjawab. senora yakin jijah masih berada dalam asrama kerana baru pagi tadi mereka berjanji mahu ke bank bersama.

senora kehairanan. segera dia membuka pintu ruang tamu. ah! tidak berkunci. dicarinya jijah dalam kamar, buka pintu... tiada siapa siapa. ehhh.. mana pergi si jijah nih? tanya hati kecil senora. dipanggil panggilnya nama jijah, namun tiada jawapan. bak kato org somban: nan ado~

tiba tiba senora terdengar bunyi air shower yg deras dari kamar mandi hadapan. siapa pula yg mandi petang petang cam nih. hati kecil senora berkata kata.

AH! jijah!

lantas dengan kadar segera, pintu bilik air mahu dibukanya. tapi berkunci.

"JIJAH! KO BUAT APA DALAM BILIK AIR TUH??????????????" senora yang yakin jijah berada di dalam kamar mandi itu, menjerit bertanya. diam. masih tiada jawapan. hanya bunyi air deras mencurah.

"JIJAH! BUKAK PINTU NIH... AKU CAKAP BUKAK.....!!!!" senora yg mengesan sesuatu, terus mengetuk pintu kamar mandi dengan kuat.

masih diam. senora mati akal! bagai mahu dicarinya sesuatu untuk menghempas pintu kamar mandi itu dari luar. sedang dia berfikir..............

"noraaaa....... tollllllonnnnnggggg akkkkkuuuu........" akhirnya terdengar suara rintihan perlahan jijah.

senora panik. namun sempat ditenangkan dirinya.

"jah... bukak pintu nih apa apa hal pon.... kalau ko tak bukak, cam mana aku nak tolong kau.. bukak pintu nih, jah..... tolong laa.. ko buat macam nih lagi aku risau tau!"

diam.

TIKKK..... bunyi selak pintu dibuka..........

.
.
.

(apa yg terjadik kepada jijah....? apa pulak yg terjadik kepada senora????)



.
.
.
.
JENG JENG JENG!!!!!!!!!!!!!!



.
.
.
.
.

ai likeeeee cerita tergantung2 nih, ahahahaha!

.
JUMAHAT:11.35AM
(ALAAA.. MAAF LAAA KAWAN KAWAN, AKU NAK HANTAR ROMBONGAN KAWEN NIH.... JUMAHAT-SABTU-AHAD KENA TAG ALONG AMEK GAMBO ORANG KAWEN....*ESOK2 AKU KAWEN MANA TAU DIA SPONSER KER KAN? KAN? ISNIN ESOK AKU SAMBUNG EH... LALALALA~)



.





15 comments:

Na Shari said...

Adoi...Antiklimaks lagi....Grrrrrr!

princessjersidd said...

aduhaiiiii cepat2 la buat sambungan tu....best2 ttb tgantung

julietchun said...

ada gak yg nak kena baling ngan muffin kukus ni.

Ms.Lilies said...

Sblm aku dtg cr ko kan dik baik ko sambung cite ni

cik selamah kundang said...

ler..kena lg..aduh

CM said...

alisssss!!!!kurang aceeem betul tau budak ni!!!

Tijah said...

aku dah hijau dah nih...

copek sambungggg...

miss ahjumma said...

ala..

tasekM said...

nak kena sepak ponggong juga dak alis nih....

:p

Cik Pah said...

gatalkn ko nih alis.. nyampah betul.. cepat lah..

Kapten Luffy said...

menyampah ai!

Faizul said...

tak bek wat camni kat kawan2 yg sudi baca cite u tau...hohoho

haruan tasek said...

aku sambung.... senora terkejut melihat jijah melahirkan seorang bayi luar nikah..... agak aje

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

ah.. bikin saspen!

cun09 said...

huuuiissshh alis ko buat citer bersiri laa plakkk...
sabaq menunggu...