Nuffnang

Thursday, July 23, 2009

Takat mana korban demi cinta terhadap manusia?

Bila adik2 dan aku dalam suasana santai, kami akan saling melihat semua simpanan video yang ada di dalam hp dan lappy masing2..

Penuh aktiviti mingguan tgk wayang/third video (HP) free ;p

Namun salah satu third video membuat aku tersentak hebat. Sampaikan malam pon aku tidak dapat tidur.

Third video itu bertajuk “gantung diri”. Hmmm… aku sedih. Dua kali aku tengok video tuh, aku sebak.

Lagu yg menghiasi video: lagu zur eda, kalau ada yg masih ingat: “demi cinta yg menyala, ku rela….lalalala…Sungguh aku rela… biarpun pada pandangan… lalalala….”

Video bermula dengan menghalakan lensa ke arah seorang lelaki usia awal 20-an. Lelaki itu seorang melayu, yg mana aku yakin 100%, melayu islam. Bibirnya sudah pucat, raut wajah, aku boleh kata sedap mata memandang… tidak terlalu kacak dan tidak terlalu seperti Mr Kacang. Pendek kata, wajah boleh cari makan.

Lelaki itu bukan lagi hidup, tapi telah meninggal dunia, akibat menjerut diri sendiri. Bahasa mudah, menggantung dirinya sendiri. Bahasa pasar: BUNUH DIRI SENDIRI. Ya Allah… masa nih, aku dah mula buatkan diri hanyut dalam video itu...sebab pada mulanya aku sangsi, “betulkah budak ni bunuh diri???”

Bila melihat minit ke-5 tayangan, baru laa aku sedar, ini bukan prank. Ini realiti. Sayang nyawanya dihabiskan dengan begitu sahaja. Hanya kerana apa?

CINTA.

Kenapa aku kata kerana cinta? Sebab bila video tersebut menyoroti dinding luar rumah sewa lelaki yang sudah arwah, aku terkejut, kerana hampir 40% daripada permukaan 10x8 kaki dinding itu dipenuhi dengan kad pra bayar, atau bicara mudah dalam bahasa ’melayu’nya, top up card, yang memang sengaja dilekatkan bagai kertas dinding. Dinding separa papan itu penuh dengan kad yang berwarna merah-biru. Ya, kad H*TLINK.

Aku hampir tak percaya bila masih ada manusia yang kreatif hingga begitu sekali. Sekali pandang, tak ubah seperti banner background H*TLINK. Cuma yang buat aku kuat nyatakan lelaki malang itu mati kerana cinta ialah: diatas kad tersebut tertulis nama marker hitam ”AIN....90’an”

Sorotan seterusnya menunjukkan mayat lelaki itu diangkat masuk ke dalam plastik hitam milik pasukan polis/forensik. Badannya sudah keras, kejung. Tidak berkutik sedikit pun. Sekali pandang kerasnya tak ubah seperti patung display pakaian di butik~

Seterusnya, lensa dihadap ke arah dalam dinding rumah dan meja. Masya Allah, beratus lagi kad pra bayar elok terlekat di dua kawasan tersebut. Aku sudah mula sebak. Dan lagu Zur Eda masih lagi berkumandangan hingga video tamat.

Dan aku mengulang-tayang menonton hingga dua kali video yang berjangka masa selama lebih kurang 4minit itu.

Ya. Betollah bila orang kata cinta itu buta. Tapi pada aku, manusia yang buat cinta itu buta.

Sungguh aku kecewa melihat lelaki itu memilih untuk mati di tali kipas yang diikatnya sendiri.
Sungguh aku kecewa kerana melihat dia putus asa kerana cintanya ditolak seorang wanita yang bernama Ain itu. Dengar cerita dari penyimpan video (adik rumah sewa aku), lelaki malang ini kecewa kerana wanita pujaannya yg berusia 18 tahun itu, yang juga merupakan tunangan orang, menolak permintaannya untuk berkasih. Wanita ini terus memberi kata putus, TIDAK MAHU. Lelaki malang ini tidak dapat menerima hakikat, lalu mengakhiri hidup dengan kematian yang dicari sendiri. Tak pasal pasal menjadi bahan kayu api Jahim hanya kerana cinta si dara usia 18..! alahai, sungguh tidak berbaloi ku rasakan.

Kalau aku kenal lelaki malang ini sebelum dia menjadi arwah;

Jujur.

Aku sudi dengar luahan, keluhan lelaki malang ini.
Aku sudi mengganti tempat AIN. Malahan.
Aku sudi kalau takdir dan luh mahfuz bertulis ”alis, ini jodoh kamu, sila terima”

Sungguh aku terima!


Semata kerana tidak mahu dia menggantung mati dirinya kerana seorang AIN.

Alis masih ada, masih ramai lagi yang ada atas muka bumi tuhan ini, kenapa seorang AIN bisa buat dia menghabis nyawa? aku termenung. Malam selepas itu, hingga kini, aku masih memikirkan, KENAPA............????

Perjalanan ciptaan Allah ini Maha Hebat, luar jangkauan fikiran kita. Bila selesai solat, aku sedekah apa saja yang aku boleh sedekah buat arwah lelaki malang ini. Semoga dia mendapat sedikit ihsan dan keampunan Allah Maha Pencipta. Biarpun sebenarnya, arwah tidak wajar diampunkan langsung!

Tidak. Aku tak gila la, kawan.. aku cuma mahu beri pendapat, Allah menjadikan setiap sesuatu itu, BERSEBAB. Kenapa kamu, kamu, dan kamu menjadi manusia? Sebab DIA tahu apa yang mampu kita lakukan sebagai manusia selain menyembahNya...

Kalau tidak, baik laa kita, kita, atau kita ini, menjadi rumput, atap rumah, laptop, jalan tar, petir, hati unta padang pasir, atau pon sel darah merah ATAU PUN....protozoa sahaja.. kan?

Aku percaya itu, sebab itu tiap kali aku mengeluh kerana masalah yang melanda, cepat2 aku sedar, apa gunanya Allah itu mencipta aku ini sebagai manusia. Pasti aku mampu sumbang sesuatu yang bemakna terhadap sesuatu. Betol tak? Kalau setakat asyik nak mengeluh, baik jadi siput sedut! (tiada kaitan apa apa ya...)

Aku cuma kesal, itu saja. Eh, bukan bukan.. AKU TERLALU KESAL.
Sebab dia melayu. Sebab dia Islam. Sebab dia bukan lelaki yang hodoh.

Cuma pada aku, dia bodoh.

kalau sayang benar, sila beri 90% saja. lagi 10% buat tabungan. kalau satu hari dia tiada depan mata, kamu kamu kamu, dan aku sendiri, masih lagi waras, bukan mengira ada berapa butir bintang pada siang hari.
Titik.

12 comments:

Ms.Lilies said...

itu bila otak ntah ke mana hati dok dalam tengkorak kepala...huhu..
sudahla kita kekurangan lelaki..makin kurangla nampaknya

cun09 said...

salam...
miss u... 5 hari tak baca n3 baru alis ^-^ ....2 minggu lepas liza baru tgok ape yg alis tulis... malam jumaat (02072009) dan liza pun tak leh tidoq...tgok pun tak abiss memang tak leh tgok...sedih??...kesal??...simpati??...marah??...

joegrimjow said...

entry panjang
pasal cinta

sah!

kamo dah jatuh cinta

Ayu Zan said...

hm...
kenapa la mcm tu jadiknye...
Allah kan ada...
kenapa xmintak ptnjuk skalipun tlalu sedih..
xbebaloi mati kerana AIN..

cik selamah kundang said...

agree

qishie said...

qish dah pernah tgk dah vid tu..
sgt sedih okay...
bukan ke mayat org bunuh diri antara mayat yang takkan mencium bau syurga.
wallahu 'alam

||alis|| said...

kakmimi: huhu... chances nak jumpa fahri pun kurang, huawaaaa! :P

liza: salam n tq liza ;)... kan? terasa tak sampai hati.. lain bila tgk in real life dlm tuh, org gantung diri sebab cinta~

joe: jatuh cinta? blom lagi :)

ayu: salam adik :)... takut, kan? siksaan yg menanti tuh buat kita berfikir.

muni: aku pon agreed gak!

qishie: brapa kali kamu ulang tayang, Dr Kecik?

tasekM said...

alahai kesiannya... :(

CM said...

sayangku alis,ko terus tanya kenapa?,kenapa? dan terus kenapa?..jawapan cikguu ialah...

BILA DIA TAK TAHU DAN TAK DIBERITAHU APA TUJUAN ALLAH JADIKAN MANUSIA DI MUKA BUMI????

||alis|| said...

kakTM: mmg kesian. kalau bangsa lain aku tak heran kak...

cikguMas: dear cikgu sayang, ya itu benar... hakikat itu pahit sungguh...

naqiubex said...

Huih... apala lelaki tu...
sayang betul..
rugi hidup didunia dan akhirat.

||alis|| said...

naquib: now we are in the same sampan, adik ;)