Nuffnang

Monday, August 3, 2009

Aku dan peniaga Melayu

1
Seorang teman sekerja offer aku sekian sekian barang dengan sekian sekian harga. Aku cakap hold dulu, duit takde. Tapi sebenarnya aku mahu usha barang yg sama dengan seorang teman sekuliah aku. Kira teman lama laa.. mamat nih offer aku 15 kotak rm450, kot, aku lupa harga dia. Tapi still rm450 ke atas atau kiri kanan.

-berapa awak nak offer akak kalau akak amek kat awak?
Aku sms saja. Mudah ringkas untuk difahami oleh org bisnes sepertinya.

-akak nak berapa kotak nih?
Dia membalas setelah sehari.

-kalau boleh akak nak tanya dulu, dlm 15kotak.
Aku balas kembali.

Lepas itu, senyap. Dia terus SENYAP. Dah 2mggu aku tunggu dia balas hingga kini. Kalau tak ada juga, konfem tgh bulan nih aku amek sama anak muda yg pertama tadi.

Hai laa melayu.




2
Aku mahu beli barang runcit. Terlihat ada kedai melayu dan cina (aku direct je la eh). Aku pilih kedai melayu sebab aku rasa terpanggil nak bangunkan ekonomi org melayu.

-makcik, nih sebungkus berapa ringgit? Ramah aku bertanya. Apa pon dia sedara seislamku.

-oh, rm5.80, dik. Tersenyum.

Bayar. Keluar kedai. Gatal pulak mahu masuk kedai cina di depan. Tanya pulak benda yg sama, nyonya tuh kata sebungkus rm4.50.

Aku tersenyum. Takpe la. Aku tak terasa terkena pon. Sebab masih lagi terasa dia cas mahal pon, dia akan bayar zakat. Secara tak langsung, pahala itu tempiasnya dapat padaku, amin.

Bonda pula komen: hai laa melayu... macam mana nak tolong kalau begini selalu..




3
Beli seplastik besar duku langsat ngan peniaga melayu. Waktu rasa manis belaka. Balik rumah, adik makan, muka berkerut, ayah makan sambil merungut.

Masam la kakak...

Hai laa melayu, kenapa laa jual hasilan masam untuk mengaut untung..




4
Eh ada lagi ker??

Banyak sebenarnya. Aku rasa kamu kamu kamu pon ada cerita nak kogsi pasal peniaga melayu nih kan?



Haih.


Relaks. Aku masih punya semangat sokong melayu biarpun terkadang, melayu buli aku. Teringat satu kisah pensyarah ini:

-SAYA PENGGUNA KERETA PR*TON DARI S*GA SAMPAI LAA PERDAN* V6. SATU HARI KERETA SAYA PUTUS MINYAK. SAYA JALAN KAKI INGIN KE STESEN MINYAK TERDEKAT. SAYA JUMPA STESEN MINYAK KULIT KERANG DAHULU, TAK APA, SAYA LALU JER TAK MASUK. SETENGAH KILOMETER LAGI JUMPA LAA STESEN PETRON*S. SAYA SOKONG MINYAK TEMPATAN!

Terfikir, apa yg prot*n dan petron*s buat untuk orang yang punya jiwa kental sebegini, ya??

Jujur, aku sendiri tak punya semangat kebangsaan begitu tinggi.

Kereta impianku: mari dari jepun.
Program tv kegemaranku: mari dari taiwan/usa/uk.
Kerjaya impianku: peluangnya lebih banyak di merata dunia berbanding di tanah sendiri.
Suami impianku: jeng jeng jeng.... seberang tambak paling paling (sudah laa ko nih alis berangan x habes)



..

10 comments:

*mo0ney_seLamaH* said...

suami impian tu yg xthn..hahahahaha

Ms.Lilies said...

sbb tu kdg2 aku lupa aku melayu ekekeke....nyampah tak...


bab beli membeli aku selalu terkena tapi xpe..aku x amik port sangat...cuma bab kawan makan kawan sesama melayu and islam aku sedey giler

||alis|| said...

selamah: kekeke.. ko pon mesti ada kan? kan? kan? arr... don't tipu eh miss selamah..kekeke...

kak mimi: ahuhuuu.. salu gak kawan mkn kawan eh. uhuhu... chop, n3 perjumpaan kita untuk blog saya maybe mggu depan, usb kamera TERtinggal kat umah sewa, lalala!

qishie said...

hee..tp ikutkan perangai cemtu kat mana2 ada kak.

tp yg laki tu yg tak tahan.adeh.

||alis|| said...

dr kecik: no heart feeling ya adik ku.. ku hanya buat luahan hati, acecece..

julietchun said...

Salam dik alis,
kalau kita cakap yg tak baik pasal peniaga melayu org marah, bkn semua, ada sesetengahnya sangat bagus menjalankan keje sehingga mampu dapat tender juta2.

Pasal suami seberang tambak tu, kalau ada lebih paslah kat kakak sorang,kekekekkekekekeke.

naqiubex said...

hehe.. sekarang macam tu..
kita yang sedar ttg perkara ini mari tolong ubahkan..

Sebarkan Islam.. biar cina dan india pun peluk Islam..

Tijah said...

err...blogger impian yg anda ingin jumpa puler?

wakakakkakkkkaa...

tem tanya ni dah gelak guling2 dah nih....

cikgu mas said...

cikgu sangat terkesan dgn n3 ni lah aliss..betul tu kita nk jugak bangunkan ekonomi org melayu tapi depa kurang hargai pelangggan..cikgu paling tak tahan kalau depa bermuka masam dan layan pelanggan acuh tak acuh..

||alis|| said...

salam syg semua yg ada..

kakjuliet: ahaaa... ku kenal sorang.. dok dekatttt ngan sogo nun, bisnes pomen2 kete jer, tapi masuk ratus ribu laa bulan2, heheheheeeeeeee...~
seberang tambak? jgn kata seberang tambak, kalau ada kat seberang takir pon ku boleh pass kan sorg dua, kak, kekekeke!

naqib: ahaaa... adik sedar x mualaf sekarang banyak yg lagi better dari melayu islam sendiri? *matik laa statement maut gini!

kakjah: ko kan kakkkkkkkkkk!!!!! siap laa ko nnt~ siapppppp!!!

cikgumas: ahaaa..... kita nih serupa laa kan cikgu? hehehe...