Nuffnang

Sunday, August 30, 2009

Lailatul Qadar

Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid, kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

Kenapa? tanya Abah.

Lailatuqadar, kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubah tu dorg angkat letak kat tanah. sambung Abah "mengajar".

(cerita dari email yg aku dapat)

7 comments:

joegrimjow said...

pernah baca
;-)

cun09 said...

salam...
"cantek punye pengalaman"...

moral: jgn ramaikan masjid hanya bulan ramadhan shj. ^-^ bln lain x kenal masjid

||alis|| said...

papajoe: nari berbuka apa plak? hehee!

liza: salam liza :), adeh, terkena 2kali, huhu! hehehe!

cikgu mas said...

hehehehe..ko ni liss pandai betul wat cikgu ketawa..

Tijah said...

haa...menu apa berbuka tadi nok

khaiza said...

hahaha..lawak lah..moral ye kena selalu pi masjid..hehehe

||alis|| said...

cm: ala cikgu lagi pandai buat saya gelak :D

kakjah: huhu.. nnt ku citer dlm n3 baru eh.. sadis ooo...

kakkhai: yer.. paham.. T_T, saya nih bulan pose baru naik masjid~ uhuks~