Nuffnang
Tuesday, September 1, 2009
Allah itu Maha Adil, Sayang...
Ahad lepas, aku memasak. Sambil aku saute bawang besar bersama garlic untuk buat kuah pasta, mata aku terlirik pada bayangan orang lalu di belakangku. Oh, adik rumahku, biar ku namakan dia wani.
Aku lihat wani seperti membakar sesuatu. Aku cuba melihat, kelihatan dia membakar gambar seseorang. Lelaki. Oh, aku mula faham. Aku pilih untuk diam dahulu.
Kemudian dia bersuara.. ”akak alis masak apa tuh...”, ”oh, masak main2 jer, akak buat pasta untuk berbuka nnt..” jawab aku. Aku bertanya ”gambar siapa tuh?” berhati2 aku bertanya, takut menyinggung perasaan dia ”gambar lelaki poyo yg curang.”
Gulp. Aku menelan liur. Aku senyap selepas itu. Dan dia terus membakar beberapa keping lagi gambar kecil2, semuanya gambar lelaki itu posing solo, termasuk satu name card lelaki itu. ”marah habis nih.. mesti kes besar..” ujarku dalam hati.
Selepas selesai membakar, aku masih sibuk di dapur. Dan wani terus bertanya jika ada apa yg boleh dia bantu. Ku kata, ”kupaskan akak bawang merah dan bawang putih”. Dia menurut.
Tiba tiba tanpa dipinta, dia bersuara.....
”saya tak sangka dia curang kak alis. Dua tahun kami bercinta, boleh sampai hati dia mainkan perasaan saya.. saya tak kisah kalau dia ada pompuan lain, cakap jer ada, saya tak kisah putus.. ini dah kena tangkap hidup2 dlm hp dia, boleh lagi dia cakap dia takde apa2 dengan pompuan tuh..” wani mula tersedu. Tak tau laa sebab pedih bawang, atau pedih ulu hati..
“macam mana wani tahu dia curang?” aku bertanya.
“saya tahu dia baru tukar hp, so semalam masa kami berbuka bersama, saya minta laa hp dia, konon nak belek2, hp baru laa katakan... sekali saya nampak “sweet darling” dlm simpanan hp dia, yg buat saya lagi sakit hati, no saya pon dia tak simpan...” sedu makin bertambah.
Sambung lagi lepas sedu.....“saya tanya dia, apa lagi yg dia nak tipu atau nafikan lagi, bukti dah ada depan mata saya dah sekarang, sakitnya hati ya allah, dia terus nafikan kak alis...”
“dua tahun saya korban macam macam, sampai ada 2 org merisik pon saya ckp saya dah ada yg punya... kalau itu tak cukup saya tak tahu la nak ckp apa lagi kak...”
“sabarlah wani, tabahkan hati, Allah itu maha Adil, mungkin dia bukan jodoh kamu, mungkin ada yg lagi baik dari dia..”
“tuh la, mmg dia bukan yg terbaik untuk saya...”
Lepas masak, dia angkat wuduk, mengaji hingga berbelas muka surat, sambil menangis. Kemudian, lepas berbuka, dia loya.
“kenapa dengan wani ya..?” aku bertanya pada teman baiknya, ijah.
“wani nih tak boleh tension, kak. Asal tension jer dia akan loya, sampai laa tension dia hilang...” ujar teman baik selama 4 tahun itu.
Aku faham bila seseorang itu kecewa teramat. 2 tahun mendamba kasih mengharap impian akan termakbul pada seseorang.
Berat rasa itu jika ditanggung seorang. Hingga kini (selasa, 1 sept), loya wani sudah hilang. Alhamdulillah.
Allah itu Maha Adil, sayang... berubat laa hati kamu padaNYA. Dia saja tak pernah kecewakan kita.
*wani, pada pandangan mata wanita aku, sungguh cantik orangnya. persis maya karin, sungguh nih, bukan aku melebih2 nak gambarkan cantiknya wani nih.. bertudung labuh, sopan bicara, islamic, sekali pandang, tak ubah bagai wanita arab atau perempuan bosnia. cantik begitu pon, ada lelaki nak main2kan lagi..
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
sungguh bagus cara adik menasihati rakan yg sedang dalam kekecewaan.
pasta utk berbuka? feberet kanda mizan tu :D
mungkin satu hari nanti kakak boleh merasa air tangan adik ya :D
tapi kakak tak berminat dengan masakan barat, maklumlahlah kakak ni melayu tulen :D
belajar bebaik, dan sabar-sabarlah menanti hari raya yang penuh bermakna :D
rindu kamu :D
gila kuasa dak juliet komen bebanyak nih...
lis... mai sechawan pasta. he he.
bersabar je le.mmg dia bukan terbaik buatmu.ade yg lbh baik menanti di luar sana.sabar je la..
kakjuliet: humang aiii! akak rindu adik yer.. kekeke! ku tunggu mu di pintu rumahku raya nih.. :)
kaktm: kan? nak makan mai dtg umah yer raya nih :D
ita: tuh laa.. harap dia bersabar banyak2 sambil tuh dekatkan diri nganNYA..
errkkk....kemain si juliet arini ahahahaha...
mmg btl apa yg dia buat..ngadap Dia lah ubat paling mujarab
sayu plak rasanya...
jgn oh lelaki mainkan perasan pompuan
vise versa
Lamanya tak menjenguk..
bulan puasa ni macam2 dugaan.. dia patut bersyukur kerana Allah dh tunjuk pe'el lelaki tu sblm bergalar suami.
salam..
ya memang betul salah satu simptom hypertension and heavy streess ialah loya...saya pernah mengalaminya,hanya tuhan tempat mengadu,biro pengaduan yg terhebat dan hakiki,moga dia tabah..
kakmimi: kan? hmmm... nasib laa pegangan agama kuat...
papajoe: yer, pompuan pon jgn mainkan laki... insop2...
mrsharris: salam kak.. :), saya pon setuju ngan akak.
cm: cikgu su lagi faham situasi wani, kan? kasihan dia... :(, but now she's looking better..
aku tak penah pulak tergerak hati nak cek henpon orang lelaki, harus buat ni, :D
kasihan dia
takper2
ada lg lelaki yg single mcm aku ;p
salam...
semoga adik kita tuu tabah...(perempuan baik utk lelaki baik)
*soalan cepumas utk alis*
sapa yg salah dlm hal niii eekk..lelaki ke pompuan?
kakjuliet: ko nak cek hp kanda mizan ke kak??????
zali: kekeke, jahit dulu seluarmu yg koyak di **** itu, ahahaha!
liza: salam liza. hmm, pada hematku yg tak belum cukup ilmu di dada ini, lelaki itu yg salah, ego tak bertempat.
salamz..
k.alis,btul == telah allah ciptakan llki baik utk prmpuan yg baik...n sblkny...mudahan Allah bantu seme2 wanita...slmt kan kami...n slmt kan juge kaum llki yg baik ;)
g-had's: salam sayang gee... hmm btol. akak aminkan doa kamu..
Post a Comment