10 minit sebelum nak balik.......
"haa.. nih uncle bagi Kak Long duit raya, nih plak untuk Kak Ngah... nih abang CD punya duit raya, simpan baik2 tau... haaa.. adik Aziah punya Uncle nak tahan dulu..."
kemudian adikku, Aziah, yang tika itu baru berusia 4 tahun, terus tersipu2 malu ketika sampul duit raya yang hampir dalam genggaman, ditarik kembali oleh pakcik kami yang suka mengusik..
"uncle nak Aziah nyanyi satu lagu P Ramlee dulu, boleh??"
kemudian, tanpa dipaksa, sambil tersenyum, dia akan malu malu, tapi tetap menyanyikan lagu kesukaanya, ketika itu.
"DI MANA... KAN KU CARI GANTI, SERUPA.... DENGANMU........"
Selama 3 tahun, sejak dia berusia 3, 4 dan 5, setiap kali aidilfitri, setiap kali mahu memberi duit raya, Aziah pasti akan menjadi 'mangsa dera' pakcik2 dan jiran2 yang suka menyakatnya. suka benar mereka bila Aziah nyanyi lagu tersebut.. haih.. Sesekali duduk duduk minum petang, aku boleh tersenyum sendiri memgingati kembali kenangan lama... sorang2..
itu....
19 tahun lalu.
dulu,
lagu itulah satu2nya lagu yang menjadi pujaan hatinya.
kini,
lagu 'Dimana Kan Ku Cari Ganti' itu sudah berganti dengan lagu2 terkini dari corong IKIM dan MixFm. dia peminat tegar 2 music station tersebut.
dulu,
kegemarannya ialah memakai gaun kembang pendek yang biasa dipakai waktu kecil... bila sampai waktu petang, pasti gaunnya akan comot, dengan tumpahan air milo laa, dengan debu tanah laa, dan berbagai lagi kotoran.
kini,
gaun2 pendek itu, sudah diganti dengan baju kurung dan tudung labuh, perubahan baik ini berlaku sejak dia memulakan alam sekolah menengahnya di maahad. sejak itu, jarang sudah mahu melihat dia 'seksi', haha!
dulu,
dia teman aku. teman bergurau, teman menangis, teman mengadu nasib. teman penyimpan mohor besar raja2, pendek kata, teman segala teman...
kini,
dia masih lagi teman bergurau, teman menangis, teman mengadu nasib. teman penyimpan mohor raja2........
--------------------------------
cuma selepas Julai ini, aku benar2 100% yakin, dia akan mulai kurang menghabiskan masanya bersama aku kelak. kerana aziah, adik kesayangan aku ini, bakal melangsungkan pernikahan dengan pemuda pilihan hatinya julai ini.
aku sedih. aku gembira. aku sedih balik. bercampur.
Tuhan.
sungguh aku happy amat melihat jodohnya bersama dengan pemuda yg baik budi. yang bisa menceriakan hari2nya. yang mampu meredakan gundah gulananya.
sungguh juga aku berkongsi riangnya hati bila semalam kami sama2 mencari baju untuk hari pertunangannya 14feb ini kelak... membebel aku bila baju yang dia pilih tak kena tema. buntang mata bila dia memilih baju yang berwarna kuning gading sebagai baju 'reserved'nya tatkala masih di kedai pertama.
"hang ingat hang nih Puteri Raja Gunung Telipot nak pakai kuning terang bagai cam nih??"
pecah tawanya disitu melihat aksi aku berlagak Puteri Raja dengan jari melentik ke atas *imagine: pose tiaraaa jeklina dlm PGL sudaaaa...
bila malam tiba, mula laa aku emo. 1 pagi mata terkelip2 takmo tido, kemudian ralit melihat adikku ini tido. inilah adik yang tempuhi segala suka duka bersama aku selama ini. berbanding kak ngah, aku lebih rapat dengan dia. eh, paling rapattt!
mesti laa aku terasa kan... lepas nih dah tak boleh huha lagi, sebab bakal suami pon "sepohon kayu daunnya rimbun" kekdah tatasusilanya kan...
ada sapa2 nak kawen ngan saya tak? kita saing dengan my sis ya... 17 julai nih, boleh?
*mula laa kepala aku dah start tak betol kan petang2 cam nih!*
.
No comments:
Post a Comment