Nuffnang

Sunday, January 10, 2010

saham 25 persen VS saham 100 persen

sekarang kan aku dok serumah ngan member kamcing aku kat shah alam... nama dia Cett (bukan nama yg diberi oleh keluarganya)

kenapa kamceng?
- kami geng sejak form 3 (1998) lagi, sejak dia 15, aku 16, so skrang dah almost 12thn kami berkawan. dia, seperti aku, bujang dan masih belum dimiliki, tapi keje dia best, ngajor budak uitm, aku jer yg masih belajar lagi, hehehe~

- masa sekolah dulu, kami sama2 minat sorang mamat sekelas nih, nama mamat nih; fahri, eh bukan, ameer (bukan nama manja yg sebenar). mmg betol tall-dark-hensem la konon2.. maka kami sendiri gelar diri kami, 25% share! (sebab selain kami, ada 2 lagi pompuan minat kat ameer nih), hingga ameer dah berkeluarga, dan punya sorang anak kini, kami masih lagi digelar '25%', ajaibnya, ke4-4 kami nih sampai kini, masih bujang! sumpahan kot... (~sigh~)

- meningkat dewasa, kami minat plak sorang pengacara bebas yg sememang memang taste kami la! (sekali kau positif drug, kan bang? aku mmg "SUKA"! grrrr...!)

- hingga pada kini, kami dah takde nak minat sapa2... insaf buat sementara menanti 'saham' yg lain muncul..
-------------------------------------------------

hingga laa 3 hari lepas, aku tersedar seorang dari tenaga pengajar (dia ajar IT) kelas aku semasa di MISDEC Melaka, merupakan staff di tempat aku bekerja kini. wah! Mr Jay (bukan nama dlm IC dia) yg kami sekelas kenal, merupakan seorang artis indie. pernah sumbangkan lagu dalam movie KAMI, dan selalu jamming sekitar sunway dan kl.

samapi jer rumah petangnya, ku terus khabarkan kepada Cett;
- mamat nih ensem boleh tahan
- mata kucing
- rambut belah tengah
- putih mulus (ok tang ini mmg aku tak sedar diri sket, eh tak sedar diri banyak!)
- ada indie band! (wakakaka! alih2 perasan leeyana jassmeeen)

ok, kami sepakat membawa berkat, kami nak minat laa en jay nih, auwww!
------------------------------------------------

kejap kejap..... sabar... dugaan belum datang lagi nih...

-----------------------------------------------

lepas 3 hari berkongsi pejabat dengan mr jay nih, baru laa aku report balik kat cett:
- mamat nih pakar hadith dan sirah nabi (setakat perang tabuq tuh, hujung jari jer dia boleh cerita)
- tiap pagi bagi tazkirah kat staff2 opis nih..
- buat keje sambil layan mp3 berisi kuliah2 subuh dari ustaz terkenal yang di download.
- tiap 10am jer solat dhuha.
- nak e-book buku2 hadith? 60% darinya sume dia ada...

lepas aku gitau cett, dia diam, lama laa jugak. ntah teruja atau terkejut, aku tak sure... tapi lepas tuh, terus dia cakap:






".....takpe la, lis. ko amek jer la 100% share dia~, aku sedekah kat hang!"
-----------------------------------------------



inilah kawan. tenuk gaung betol, hahaha!

















.

5 comments:

mr edz said...

berapa dividen setahun dapat?

julietchun said...

ada borang kosong lagik ka? ehehehe

||alis|| said...

mredz: tak banyak.. 25 dirham!

kakjuliet: boleh.. ada 3 lagi kosong! haha!

cun09 said...

salam alis...

betuah punyee sahabat ^_^

||alis|| said...

salam liza: bertuah banyak! hehehe!