seharian semalam aku rasa macam orang2 corporate. lunch di Hotel Renai dan Dinner di JW Marriot. tapi........haruslah perkataan buffet berada di antaranya yer puan puan... sebab tuh tak segan aku berbaju kurung dan berpackbag~ bos aku ada event. bos nak aku datang jugak. so, kalau tak pi kang dia balas "haa. tak mau pergi eh, sapa bayo gaji awak? ke nak gaji bulan nih saya pending kan, mahu?" jangan. dah laa esoknya (hari nih) 30 haribulan! (ok2 boss aku tak kan bagi ugutan macam tuh, ianya lahir dari sangkaan terburuk yg boleh aku fikirkan!)
memula aku segan gak, sebab selama nih pon aku mmg tak berhandbag bagai ke opis, cukup laa bagpack biru hitam antioni aku yang dah berusia 8 tahun tuh. bagpack yg bagus, tak pernah koyak lagi. dan aku sayang bagpack tuh.
sekali masuk 2-2 hotel tuh.. hamek.... ramai jer yg lain bawak bagpack, bezanya cuma jenama yg lain dan yg bawak semua nya tuan tuan, puan puan tak de. cik apetah lagi.
malam tadi event dia bernama "a night with Thailand Trade Reprensentative"
kira konon2 macam business mathching la antara Thailand dan Malaysia.
..sambil makan2 buffet tuh (aku sampai sekarang tak reti nak makan buffet yang banyak2 lauk, aku sauk dessert dia jer.. AJER???) sempat laa aku tgk persembahan kebudayaan dari penari2 thai (cun!)
satu kelemahan orang thailand nih.. mereka peramah. tapi segan nak berborak, sebab sukar berbahasa omputih.
kasihan... jadi sepanjang2 kami bertembung sesama sendiri, maka akan terjadilah angguk2.. senyum2... pandang2... sambil2 kalau dia buat salam vanekem, aku pon kena balas gak dengan salam vanekem jugak.
korang tau tak salam vanekem tuh cam mana?
ah, imajinasi sendiri sudaaa ;P
bila sampai satu corner buffet ni (aik tadik ckp tak reti makan buffet dak alis nih??), aku beratur depan mamat yang agak segak jugak laa...
jejaka segak: Malaysian?
aku toleh sebelah aku, takde orang... dia tanya aku ke? melihat dia masih merenung aku, ok, faham, dia tanya aku!
jejaka segak: awak.. Malaysian?
aku: yer... (senyum) Shah Alam to be exactly...
jejaka: diorang nih tak paham omputih, susah laa nak communicate skett...
aku: awak dari mana? (masih senyum)
jejaka segak: -------a
aku: ha? Myammar???!
jejaka segak: BERNAMA (tegas bunyinya)
aku: ooh.... (maintain senyum)
-----------------------------------------
persoalan dan jawapan sesiap dari aku.
a) adakah aku nih ada rupa macam orang thailand?
-haruslah tidak! kecik hati aku tau jejaka segak ingat aku nih orang thailand, dan bukan Malaysia.. (dak alis nih tak habis2 ngan kecik hati dia!)
b) adakah jejaka segak itu handsome juga?
- sudah segak, harus laa disertakan bersama handsome juga.. lalalala~
.
8 comments:
alis vs thailand??
aku xbleh imejin...
jap aku imejin dulu ye
wakakakaka....larikkkkkk angkat peruttt
akak mimi: ahahahaha! (aku plak imajin kak mimi lari sambel angkat pewot beliau yg masih comel itu.. hahahaha!)
dan.....
adakah dia fahri yg kamu tunggu2...?
haaaaaa.... aku dh nampak alis imejin macam2. hehehehe...
:P
.
lis.... salam tu aku panggil salam sawadikap.
he he.
.
hahaha..alis ni kelakar lah..
amat rugi bawak alis makan buffet.. kalau cik pah dah lama sauk makanan lain.. setakat desset tuh pandang sebelah mata jer.. hahahaa.. bukan pelahap.. tapi pencinta makanan.
mamat tu saja nak mintak no tepon, macam2lah dia cakap :P
kakTM: haa.. fahri? takde maknanya kak weh, segak, satu patah tuh jer aku nak ko imajin, hahaha!
kakTM lagi: haa... betul la tuh, selama nih vocab BM aku berterabur :P
sis: haa.. baru tau ke? kekeke.. yg sebelah sana tuh "alis yg suram" :)
cikpah: tuh la cikpah. tapi kiter mmg suka tgk cikpah citer tang makan n tempat makan, sedappp..
kakjuliet: kalau dia bagi.. kecik tapak tanganmu, KLCC daku tadahkan. eh? KLCC? hehehe...
Post a Comment