Nuffnang

Friday, April 9, 2010

Aku dan masalah masalah di kedai makan…

kes 1

“kak.. nak air suam satu..”

“baik.”

Segelas air tawar dihulur, aku minum, SEJUK.


kes 2

“dik, milo suam kurang manis satu, kurangggg manis eh..”

“ok”

Gelas milo suam diletak lepas 5minit. Aku minum, mak! Manis!

Tak tunggu lama.. aku panggil dia semula.

“dik, air suam satu, cawan kosong satu.”


kes 3

“Bang, nasi goreng daging merah, ser. Pastu bagi kawan saya nih nasi goreng ikan masin, ser.”

“bereh…”

15minit kemudian, nasi goreng kami siap dihantar.

Aku belek belek daging merah aku- 2 hiris jer?

Kawan aku belek belek nasi goreng ikan masin dia..
“aik mana aku nyer ikan masin? Takde bau ikan masin pon?”

Kemudian kami sama sama perhatikan nasi goreng dia- rencah daging merah dlm nasi goreng ikan masin dia lagi banyak dari dalam nasi goreng daging merah aku.

Gerai nih sebenarnya fav aku. Selang seminggu mesti datang makan sekali kat sini. Kualiti tip top. Kawan yg sama pernah order nasi goreng daging merah dan hasilnya memuaskan.

... pelik....pelik...

tapi komplen tetap komplen, waktu nak bayar kat kaunter. adik kaunter terus terdiam, kawan aku dah sesiap lari jauh2 dah.. hahaha!

rupenyer... tukang masak kedai tuh dah tukar daa.. patutlah kedekut bahan!!


.

6 comments:

tasekM said...

kalau nasi goreng kampung tu mau 2 ekor ikan bilis je tu. ha ha.



.

Ms.Lilies said...

ko pun tuko geraila lis ahahaha

Tijah said...

kepsiiii...kepsiiiii...

konfem ayam seratusperatuspersen...

julietchun said...

tak suka kedai makan yg selalu tukar tukang masak sebab mesti rasanya lain sangat

joegrimjow said...

masak sendiri kat rumah lag best kot
huhu

||alis|| said...

kakaTM: haiyaaa melampau tuh kakak ikan bilis dohekor!~

kakmimi: tak dan tukar, gua dah balik melaka mggu depan :)

kakjah: wakalakalakala menjelma laa dikau! (naik sheikh~) hahaha!

kakJ: nih 1st time dia tukar, sayang betol!

papajoe: duduk umah dua org jer. kemarin masak sambal pati santan telur puyuh n sardin masak lemak, masak sorang2, makan pon sorang2 (housemate ngajo kelas sampai mlm). caner tuh?