Nuffnang

Friday, April 16, 2010

sorry, put the blame on me

.
.

maaf. itu sahaja aku dapat ucapkan. maaf banyak2.

sebab selama nih aku hanya beritahu pada siapa yg bertanya. aku punya ilmunya, tapi tidak pernah mahu bicara secara terbuka. celakalah aku kerana punya ilmu tetapi tidak berkongsi dengan semua.

aku malu.
hampir setahun aku masuk dalam industri nih. hampir 2 bulan aku dan 2 teman lain hempas pulas kumpul maklumat yang akhirnya membawa aku viva dengan tajuk "penyelewengan logo halal di malaysia", malah mendapat iktiraf sebagai kumpulan dan pembentang terbaik dari 13 kumpulan dari 3-3 penilai (riak, jangan hampiri aku!)

tapi aku masih tak berkongsi? memang celaka besar. maafkan aku sekali lagi.


malam tadi aku tak boleh tidur memikirkan. berat. maka bangun pagi hari ini, aku bersedia mahu bogelkan.

aku akan bogel dan dedahkan satu persatu perkara2 yang indah dan musibatnya tentang LOGO HALAL hari ini. aku harap walau tak banyak, ia boleh membantu kalian.

nak mulakan, senang.

orang2 malaysia dan khasnya hanya orang2 di selangor, jika anda lihat logo ini, anda boleh masuk premis/makan, ini logo yg boleh diguna pakai satu dunia yg iktiraf JAKIM as pengeluar logo/sijil halal:


LOGO HALAL YANG SAH DARI J*KIM UNTUK NEGERI LAIN IALAH LOGO HALAL DARI NEGERI MASING2 (RUPA LEBIH KURANG SAMA DENGAN LOGO HALAL RASMI JAKIM CUMA ADA KOD NEGERI SAJA, AS FOR MELAKA, H-O4). KALAU MELAKA (MAIM), KALAU JOHOR (MAIJ), TERENGGANU (MAIT) ETC..

kalau anda lihat logo ini:


ianya sudah tidak sah lagi walau dimana anda berada. pemilik yang masih menggunakan logo halal di atas akan didenda/tindakan akan diambil.

LOGO LOGO HALAL LUAR NEGARA YANG DIIKTIRAF J*KIM
DISINI

PADA BLOG MAMAT NIH PON ADA
SINI

PENTING! BACA DAN LIHAT HINGGA HABIS, BAGAIMANA BANGSA YANG BANGSAT MACAM MEREKA NIH GUNAKAN ISLAM/HALAL SEBAGAI PELARIS JUALAN.
SINI

LEPAK SINI LAGI BEST
HAA.. KAT SINI.

------------------------------------------------------------

ok kita lihat ANTARA punca2 kenapa ramai yg keliru dengan penggunaan LOGO HALAL masa sekarang nih:

tanya silap orang:
orang yang takde pengalaman handle logo halal dijadikan tempat rujukan. adakah patut? ketam betol.

terima hakikat:
ramai antara kita, malas nak amek tahu pasal isu logo halal nih. (eg: masuk webside J*KIM and jengah2 apa info berkaitan halal) yer, aku pon dulu termasuk salah sorang "kita". so cik alis, ko tak payah nak banyak molot eh!

keliru, tapi terus dibiarkan:
keliru? mmg dia keliru, bertanya? mmg dia ada bertanya jugak, tapi lepas tuh, dia buat2 lupa. makan sedap laa katanya...

BIT, BITTER, BITTEST, BITTEREST.

Bit
dulu J*KIM penah cakap "kami tak cukup kakitangan untuk enforce satu malaysia dan check satu persatu pemilik premis/pengilang makanan, maka dengan itu kami akan melantik seramai 1,200 orang lagi pegawai untuk berkhidmat dengan pihak kami dan di diletakkan dalam bahagian Hub H*lal". benda yg depa cakap nih dah makan setahun. sampai sekarang senyap diam. pengap. bodoh, kalau setakat nak sedapkan hati, baik tak yah buat statement cam tuh, kan?

Bitter
dalam Malaysia yang luas nih, tak sampai 3 jer tempat yg tawarkan pensijilan halal nih, salah satunya kat M*SDEC, Melaka. tempat aku keje sekarang nih, Halal ******, merupakan satu2nya company swasta yang usahakan/consult untuk kelas2 KEPHAL (Kursus Eksekutif Pensjilan Halal) nih.(sejarah: nak daftarkan nama company pon besar cabaran: perkataan HALAL tidak dibenarkan dalam SSM sebenarnya, hanya selepas berhempas pulas dan diberi penerangan, barulah dibenarkan. maka satu2 nya syarikat yang punya perkataan HALAL dalam SSM ialah Halal ****** Sdn Bhd, hingga yg aku tahu sekarang nih)


Bittest (wujud ke bittest?? ah lantak!)
aku ikut boss pi meeting kat J*KIM untuk pembentangan kertas kerja berkaitan KEPHAL. KAU TAHU APA ORANG KEDUA TERTINGGI PANGKATNYA PUNYA AKSI BILA KAMI TENGAH BUAT PRESENTATION? MENONGKAT DAGU DI MEJA BEB! BUAT MUKA MENGANTUK DAN MENGUAP! same goes with other 5staffs yg TERPAKSA RELA datang menempel untuk meeting tersebut.

(fyi, presentation pengenalan jer kami terpaksa buat SETIAP KALI kami datang ke sana (kami dah 3-4kali datang, nak secure satu2 appmt makan masa SEBULAN!), orang bodoh pon tahu, benda2 cam nih tak sepatutnya berlaku..)

Bitterest
aku sampai pernah hilang kawan2 semata mata bagitau benda nih kat mereka. dowh! ingat senang nak berjihad zaman moden nih? tak guna pedang sumpit lagi dah bai...

**BERKAITAN ISU *LD T*WN WHITE C*FFEE
untuk makluman, KOPI MEREKA BOLEH DIBELI/DIMINUM. TAPI BUKAN MAKANAN2 mereka. sebab JAKIM hanya keluarkan sijil halal ke atas kopi2 mereka. dan bukan makanan. harap maklum.

begitu juga sekali lagi harus diingatkan, SEMUA LOGO HALAL DARI LUAR NEGARA tidak sah lagi digunapakai (termasuk logo yang ada wording lebih kurang bunyik "ASIAN REGION & MALAYSIAN"). sila gunakan logo halal yang rasmi untuk rujukan.

sekian. terima kasih.

p/s: kak jah, thanks for ur n3 yang membuatkan aku melahirkan n3 panjang nih. bagi inspirasi sebenarnya. thanks again.

(kalau aku masuk penjara sebab n3 nih, korang rajin2 laa hantar nasi kat aku masa aku kat "dalam" nnt eh. makaseh~)

sebarang keraguan? singgah laa kat sini

11 comments:

Ms.Lilies said...

sangat2 gud info lis...
aku tgh usha sekali logo halal produk obesi ni ha...kdg nak amik tp was2 aku lotakla balik...
tq 4 sharing...

pssttt....bak kata kawan aku..jakim xkepoh2..aku lak nak kepoh2 bgtau dia...dah hilang sorg kawan ha...tp aku x kisah sbb at least aku dah sampaikan

||alis|| said...

kakmimi: betol laa... tapi amek yg terdekat, kita ada epal, dia ada pear, saling tukar, dapat merasa lain2 buah-buahan obersi nih.. eh? melalut sampai ke laut sudaaa...

Ayu Zan said...

subjek pemasaran antarabangsa..
kumpulan sy diminta bahaskan secara spontan mngenai isu halal ni..
sangat menarik..
dan terima kasih kak alis utk penjelasan akak..

tasekM said...

ye lis. lama dulu darren ada pergi one kind of seminar utk pengarah2 syarikat. org s_s_m sindrik yg bgtau [penceramah masa tu]. ada kes. this one hambaallah yg betul2 nk co dia dapat sijil halal but ko tau org jakim ke hape ntah kata mende? ah! tak payah susah2 [bermaksud tak payah la buat pemeriksaan segala]. kita pi karaoke jeeeee....

gampang!


.

tasekM said...

eh! kejap. bukan ai pernah bg komen cenggini ke kt blog yu ni dedulu yang..? hahaha....

julietchun said...

kopitiam dan restoran mamak 24jam tumbuh bagai cendawan lepas ujan skang ni,sumer ada letak logo halal, tapi palsu atau tidak taktaulah.nasib baik aku ni jenis yg lepak di warung pakdin saja :P

Tijah said...

tu la kan? eh. tapi skrg kalu ko perasan diorang dah start pakai waiter melayu plak weh. no more nepalis cam dulu. nak kaver la tu.

well...

jom check dapo mereka.

cun09 said...

salam sahabatku...

sorry dh byk n3 tertinggal tp n3 kali niii betul2 'best'

tq alis bg info niiii...mcm2 cara nk tarik org muslim makan kedai yg tak sepatut muslim masuk tp ada gok org muslim yg tak kisah...janji itu selera dia...

***110410 liza p melaka...panjat taming sari ^_^...ingat alis***

Unknown said...

along: aku mmg rasa info ko tu sangat berguna..ingat lagi x camne kita raun sunway yang sangat besar tu hanya sbb kita nak carik logo halal yang betul2 cam yang d katakan~~ hurm...malaysia negara islam..tp nak carik halal yang sahih lagi susah dr oversea rasanya..alahaiii

nurKN @ Nur said...

cm s*y*al je sape2 yg dok tmpl logo halal pelesu tu..yg kite ni lak buter2 je kna tipu..org laen kaut untung..org laen yg mkn ns greng kaki ktk..cehh..

n.b:fllow u alredy..Sudi2 fllow me back..hehehe..

cun09 said...

salam alis ^_^

alis ko kat mane sekarang eekkk...sihat kee???