Nuffnang

Thursday, July 1, 2010

hehehehe...

hai sume..

makcik lambat atau lewat siaran bukan apa. kantin makcik nih wifi dia OKU btol, kejap ada, kejap takde. jangan laa cakap makcik nih perlekehkan OKU yer, niat makcik hanya nak gambarkan apa yg berlaku. relax.. makcik pon dulu ada pakcik yg OKU. ingat lagi kisah arwah pakcik yusuf dulu? haaa... sila jangan seleweng kenyataan makcik eh.

ehh.. mana ada seleweng kan.. makcik nih suka prasangka buruk tau! ok2 sorry2..


lani makcik ada masalah domestik sket dalam kantin.. orang melayu kata apa, haaa.. internal issues gitu... makcik tengah susah hati sket nih. toleransi makcik telah disalahgunakan oleh beberapa individu yang kurang matang, dan kurang pengalaman dalam pengurusan company nih.

maka semalam makcik telah berguru dengan seorang yang paling banyak pengalaman dan sangat luas pada pandangan makcik. dan seseorang tuh mmg ada afair ngan makcik. dah lama dah... fahri tuh hanya selit gigi makcik jer, takde dia pon takpe, cewah!

wehh.. jangan bersikap buruk ya... ops, makcik prasangka lagi ke? maaf la anak2 sume eh... nih sume jiwa kacau la punyer pasal, abeh hati koyak jiwa rabak dibuatnya, aduhai.

seseorang yg lebih hebat dari fahri boifren impian makcik tuh ialah ayah makcik sendiri. arakian kisahnya malam tadi beliau tidak boleh tido memikirkan makcik punya masalah, dah masuk bilik nak tidur nih, dan makcik elok laa menonton tv, oh, beliau tidk tidur.. malah telah keluar masuk bilik sebanyak 9kali memberi idea2 bernas beliau kepada makcik yang maintain muda ini.

thanks ayah, i love you forever. tetibe sedih disitu.

nak cerita dalam sini payah, kang kalau makcik citer, nih cabaran dalam berpartner ship. maka dalam 2 minggu lebih ini makcik adalah sebiji span yang kering meresap air.

tapi itu semua ialah semalam..

masuk hari ni (1 july 2010), makcik bukan makcik kantin yang berspan kering, terima apa saja yang orang luar cakap. makcik mahukan sebuah keadilan kerana kini makcik termasuk dalam golongan yang tiada hijap jika berdoa. (oh, bersajak atau apakah makcik kantin ini???)

siapa yang mahu tahu apa masalah makcik dan mahu berkongsi pendapat, sila laa memberi komen dan siapa yang tahu bagaimana mahu berhubung terus ngan makcik, melalui hp ke, fb, mca, tagged, adalah dialu2kan. ok yg mca tuh makcik tipu jer, wakakakaka.

kembali menyiapkan akaun syarikat, kita kembali ke dunia nyata. dah2, buat keje masing2.. usah lepak lama2 dlm blog makcik nih, bukan ada 5-6 fahri pon boleh korang kenal (yg lelaki pastilah 5-6 aisya, korang nak fahri gak ke? apa hal plak? motip??)



ok, sampai ketemu lagi ya. tata! salam.




makcik kantin berjiwa span, bukan berhati tisu.



.

13 comments:

Ms.Lilies said...

jap...aku kuar pi amik syira...
kang aku sambunng kot celah lain lak ehehehehe

||alis|| said...

kakmimi: ahahhaha! sempat plak dia nih, kekeke.. gelak3!

Tijah said...

haaa...sila email saya yer? saya nak kepoci...err...kepsi

julietchun said...

suka perkataan "span kering yg meresap air", tersirat di balik tersurat.

mana mimi ni tak datang2 lagi, takkan lama benar amik syira. :P

tasekM said...

kejap nak tanya. yu tokeh kantin mana ni yang...?


.

Ms.Lilies said...

aku mai dah juliet hahaha....
dah sms dah makcik kantin tu td...kepoci sungguh aku kan

||alis|| said...

kakjah: mek dah lama tak bukak Yahoo mek. mungkin kerana kakjah, mek bukak dan luahkan rahsia hati ya.. hahaha!

kakjuliet: haa... dah rujuk pada kak mimi kak? hahaha!

kakTM: alemak, kalau ai ckp, takut khamis depan yu terjah ai plak, hahaha! tak jauh dari tesco kak, MISDEC, NGO punya, tapi underdog nih. student2 dia ramai ke jerman n s'ngapore :)

||alis|| said...

kakmimi: meowww... hahaha!

julietchun said...

aku tak paham naper alis nak meowkan mimi,ekekeke.

julietchun said...

oh, aku lupa yg mimi sekarang umpama burung yang gebu dan comel, aku pun nak meowkan gaklah, meowwww,meowwww,meowwwww,ekekekeke.

julietchun said...

aku belum rujuk kat mimi sebab skang ni aku takde kredit.:P

Ms.Lilies said...

wah wah dak juliet ngan alis ni....
kemain meow2 kan aku yek...

||alis|| said...

kakjuliet: meowwww sebab ku segan ngan kak mimi~

kakmimi: hehehe.. mlm tadi kira clear la eh kak? :)