Berapa nilai diperlukan sesetengah manusia untuk memutuskan sebuah persahabatan?
RM24
Terjadi ke atas salah seorang kawan ku. Dia menjual kuih raya. Dan memberi tumpang seorang makcik menjual dodolnya. Nak dijadikan cerita, dodol yang makcik tuh hasilkan, ada kulat, maka terjadilah ketidakpuashatian terhadap teman yang membeli nya itu. Maka dodol dipulangkan. Kerana nilai rm24, persahabatan terputus sejak hari itu.
rm200
ini benar2 terjadi pada ibuku sendiri. hujung tahun lepas, seorang kenalan yang baru dikenali tak sampai 6bulan, call untuk meminjam rm200. katanya mahu membeli perkakas sekolah anak bongsunya yang akan menjadi seorang pengawas. mulanya ingin meminjam rm300, tetapi ibuku kata hanya mampu rm200. jadilah... kata makcik nih.
tempoh bayaran balik? "bulan 6 nanti yer, saya dapat duit kutu sekali masa tuh" time bagi bulan 1. ibuku pon kata "yer laa, saya pegang cakap awak bulan 6 nnt"
masuk bulan 7, senyap.
bulan 8, ibu call, bertanyakan pinjaman.
"haa yer... nanti saya bayar yer.."
hujung bulan 8, mereka berjumpa, tapi jumlah yang dibayar: rm150. ibu bertanya, bukan rm200 ker saya beri tempoh hari?
"EH, MANA PULAK? AWAK BAGI SAYA RM150 JER LAA KELMARIN"
ibu mengeluh. bukan sebab kurang rm50, tapi kerana sikap tidak jujur teman itu. ibu ambil rm150 itu, dan sempat menitipkan kata2:
"atas kepercayaan, saya beri awak pinjam rm200 nih semata2 kerana kasihan melihat anak awak nak sekolah dan perlukan duit, dan salah satu sebab kenapa saya mahu menolong awak ialah kerana, suami saya juga penah alami masalah macam nih waktu dia nak sambung belajar ke taiwan dulu.tak sangka sebab rm200, awak buat saya macam nih. saya tak mahu sebab duit, kita putus kawan.."
bila menjemput dia ke majlis kenduri kawen adikku, senyap.
call, tak berjawab.
kita tahu laa apa maknanya kan...
ibuku kata: takpe la, takde rezeki nak jadi kawan dia....
rm2000
terjadi pada aku sendiri. malas nak cerita. tapi yang aku sedar hikmahnya rm2000 ini ialah, aku baru tahu siapa A sebenarnya. aku baru kenal siapa ND sebenarnya. baru kenal, mana satu kawan yang mana satu lawan, paling terasa, baru tahu siapa duduk dalam selimut.
hanya rm2000 diperlukan, untuk aku sendiri memilih TIDAK kepada persahabatan2 ini.
aku tak perlukan mereka yang hanya pandai memijak orang lain untuk meniti kesenangan diri sendiri.
----------------------------------------------------------------------------
nilai persahabatan antara aku dan kalian, teman2 blogger;
.infiniti.
jujur;
tiada nilai yang boleh diberikan kepada aku untuk menukar hak milik persahabatan ini.
sebak eh? aku sebak dan terharu tau!
dah2... pi sambung buat keje kalian.
:P
.
7 comments:
seriyes sebak lis...
.
Pesen kengkwn zmn skrg ni lain mcm kan lis
salam..
tersebak juga membacanya. zaman fulus mmg begitu...
org suka ambik kesempatan atas title "kawan" ramai je skrg ni kan...
salam..
kaktasek
kak! aku bagi mu sms mu semalam, tapi tak sure number tuh betol ke idak.. ______003, ada betol ka? igt nak ajak jumpa ;p
kaklilies
paling terharu dapat ayat "aku kawan jer dengan ko.." dari ehem tuh~ :)
gadisBunga
makaseh yer. salam perkenalan dari alis! itulah kan... zaman dah berubah, dunia dah maju.. :(
kakjah:
gemini mg macam tuh ke kak? mudah lembut hati? aku tak pandai la kakjah...
iye2.. kat blog boleh cerita ape je. and feefback pon jujur je... tak menyakitkan hati... :)
ajEE
salam kenal! :)
yup, jarang ada blogger menilai blogger lain yg buruk2 kan :)
Post a Comment