Nuffnang

Sunday, December 5, 2010

Apa jajan jajan yg best kat pasar malam?

Aku dan pasar malam punya kisah klasik. Lama dah hubungan aku ngan pasar malam nih, pasar malam feveret aku ialah pasar malam Rumah Awam Ayer Molek. Memang kacip la kalau dapat ke sana. Dulu rm10 naik penuh tangan aku borong. Lani, rm20 pon rasa macam tak beli apa2… Sejak tahu membeli belah di pasar malam, aku akan tetap beli benda yg sama, setianya aku.

Lantas, apa antara makanan atau jajan yang aku akan beli kat pasar malam eh?

Air tebu Atok Pokok Ceri.
Tak yah citer banyak. Atok nih meniaga sejak aku belum lahir lagik. Kalau aku kan dah nak dekat 30 (ceh!), makanya atok nih dah meniaga hampir 40tahun. Rasanya atok nih dah nearly 70 kot. tapi taff, mana tak, hari2 perah batang tebu sampai jadik jus, guna mesin. Pokok ceri sebab gerainya bawah pokok ceri. Atok nih garang, tapi kelakar. Sila buat tafsiran sendiri. Salunya aku akan beli 2 bungkus: rm2.


Taufufah makcik “mak kau apa khabar….”
Dekat 6 tahun aku beli taufufah halia ngan makcik nih. Aku tak tau nama makcik nih. Sebab aku panggil dia makcik taufufah “mak kau apa khabar” ialah sebab dia kawan lama dan sekampung mak aku yg aku kurang kenal, pastu, 3 tahun lepas, mak aku ada sekali beli taufufah kat dia dan demam, maka minggu depannya time aku beli, dia Tanya “mak kau apa khabar”, aku jawab la “sihat, makcik”, sambil senyum. Keadaan makin parah bila sejak itu, asal aku beli jer taufufah dia, dia akan Tanya aku soalan yg sama.

Niat asal nak ngorat anak bujang dia yg hensem juga tak kesampaian. Alih2 sampai sekarang, anak bujang dia dah 2thn kawen, aku gak yg bujang2.. haih. Lenkali niat tuh sila perbetulkan sebelum membeli taufufah makcik nih. Salunya aku akan beli 2 tafufah:rm3, dan soya panas:rm2.



Keropok lekor gemok gemok sue
Ini antara peniaga yg paling bertahan lama di pasar malam aku nih, dekat 20 tahun, atau lebih dah mereka 1 family (kawan aku gak, sue nama dia) niaga kopok lekor+cucuk cucuk+vadey.

Kopok lekor dia macam2 bentuk: kurus+garing, gemok+buncit, kopok losong. Tapi aku kurang gemar kopok losong pondan (bukan asli), aku salu beli kopok lekor gemok boncet2 tuh, yg garing pon aku beli sebab orang kat rumah aku tak satu selera macam aku. Kopok gemok:rm2, kopok kurus:rm2. Vadey macam biasa: rm1. Sekarang aku baru belajar makan rangka ayam, so, rangka ayam ada isi banyak, 2rangka: rm8.



Makcik pendiam jual kuih cara sedap
Makcik nih jual kuih macam2 jenis, dan sedap2 plak tuh. Tapi aku lagi suka beli cara, atau bakar berlauk (sama jer tuh kan sebenarnya, kecik besar je saiz dia..). salunya dia akan ditemani anak dara lawa sorang, anak dia kot. Kalau cara aku salu beli rm2:6ketol. Kalau bakar berlauk, 1bijik:rm4.50. makcik nih pendiam. Tapi senyum tetap ada, tuh pon kadang2.



Pakcik kacang kuda rebus sedap.
Mak aku yg jadik pelopor kepada minat aku makan kacang kuda nih. Daripada harga sebungkus kacang tuh dalam plastic macam plastic air tebu tuh 50sen, sampai lani dah dekat rm1.50 kot sebungkus, mak aku tetap akan beli 2 bungkus. Sebab pakcik nih orang kampong mak aku, dan kebetulan kacang kuda rebus dia sedap, tak macam orang lain rebus. Dan dia dah berpuluh tahun niaga kacang kuda rebus nih, sejenis jer dia jual. Gigih kan? Apa? Resepi? Gua tak berani nak tanya, pasal misai dia melintang tajam! Kekeke~



Mee goreng abang bulat.
Aku tak tau apa ganja abang bulat nih letak masa menggoreng mi dia, even mi dia rencah telur jer, orang kata, mi bodo, tapi tetap sedap, nak2 dia letak cili jeruk, alamak, terliurnya saya… err bang, saya nak 2 bungkus! Letak cili jeruk lebih yer! Ok, siap! Nah… 2bungkus:rm2. Murah, kan?



JKM: sambungan pasnih, pasar malam terbest di segamat.


.

4 comments:

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

pasar malam memang sebati dengan jiwa kita sudah..

muda-mudi,golongan dewasa malah anak2 kecil pun suka jajan di pasar malam yang diadakan satu kali seminggu...
most of them memang setia beli makanan yang sama di tempat pak cik n mak cik yang sma..

tup2, tak kabar yg diri dh besar n pak cik n mak cik tu masih beniaga! owh begitu cepat masa berlalu:D

Tijah said...

saya suka cari sayur kampong saja

marinahunny said...

hahaha best kan.. nak2 tang mee modo tu..huhhu best2!

||alis|| said...

fifiey
haa.. betul tuh kan? kiter rasa macam dah besar jer, tapi makcik n pakcik kekal niaga sampai ke cucu ;). hi ;)

kakjah
takkan tak beli jajan kak jah? moskel nih, ratu dapur tak beli jajan pasar malam. oh, bikin sendiri eh? ;)

mariah
mee bodoh ada satu kat area tengkera ada. kete bukan calang2 parking situ ;)